CARA MENCARI UMPUN-UMPUN

Pumpun adalah sejenis cacing air masin dan terdapat 3 jenis
Pumpun dikawasan paya bakau iaitu
·
Ruat Bakau (Ruat Lumpur @ Ruat Nipah)
·
Pumpun Sarung atau Umpun-umpun Sarang.
Merupakan umpan paling digemari oleh pelbagai jenis ikan air
masin,iaitu sekecil-kecil ikan (kekek, jebong, gelama,bolos dll) sehingga
sebesar-besar ikan(Duri,Belukang,Sembilang,Ungga,Kerapu,Tuka,Pari dll) terutama
ikan yang menggemari bermain dasar sungai atau dasar pesisiran pantai termasuk
spesies ketam dan Belin,(sirat atau
belut laut.)
Kebanyakan pemancing sanggup membeli sahaja Pumpun ini
daripada nelayan,orang asli atau penduduk tempatan dikawasan berhampiran perkampungan
hutan paya bakau bagi mendapatkan stok pada hobi yang semakin diminati oleh
semua orang.
Dalam mencapai hajat dan minat mendalam ada juga pemancing
yang sanggup mencari sendiri umpan Pumpun walaupun ianya boleh diketogerikan
sebagai kerja yang kotor iaitu bermain dengan selut atau lumpur.Kerja mencari
Pumpun juga bukanlah kerja mudah malah ianya memerlukan kemahiran bagi
mendapatkannya.
Disini saya ingin tunjukkan beberapa cara mendapatkan
Pumpun,(jika ada kesilapan harap dimaafkan…)
·
RUAT PASIR atau PUMPUN MERAH:

·
PUMPUN SARUNG atau UMPUN-UMPUN SARANG

Cara mendapatkannya juga tidak berapa sukar,
dengan membawa alatan skop dan pergi kepantai sewaktu air surut pemancing boleh
mengesan sarang Pumpun Sarung dipermukaan pasir atau berlumpur dimana pintu Pumpun Sarung sering bertanda tompokan
hitam dan bersabut serta ditutupi daun reput atau sarangnya terbonjol diatas
permukaan.
Bagi memanjangkan
hayatnya,Pumpun Sarung hendaklah dibungkus dengan suratkhabar yang telah
dibasahkan. Ada juga caranya untuk memperoleh Pumpun sarung tanpa
menggali,iaitu dengan cara mengumpan Pumpun itu keluar dari sarangnya. Dengan
menggunakan isi ikan atau parutan ubi kayu, nasi atau juga nenas cincang
kemudian disumbat didalam stoking,basahkan biarkan ia berjus kemudian perah
dipintu sarang Pumpun tersebut. Apabila ia terpesona dgn bau tersebut ia akan
keluar,sebaik keluar saja kepala Pumpun tersebut,cubit kepalanya dan tarik
keluar ianya perlahan-lahan kerana ia mudah putus.Cara ini memerlukan masa dan
penilitian.
·
RUAT BAKAU (RUAT LUMPUR @NIPAH atau PUMPUN
MERAH)

Kerja ini sememangnya
kotor dan menggelikan dimana terpaksa berkubang tetapi bagi pemancing kepuasan
mendapatkannya dan menggunakanya dengan sepuas-puasnya serta realiti keberkesanan bagi memperoleh ikan yang
dicari.
Bagi mengekalkan hayatnya letak di bekas yang
luas,beralaskan surat khabar yang dibasahkan kemudian ditaburkan dengan abuk2
kayu lalu letaklah di coleman yang dingin (jangan terendam air) juga usah
dijemur pada pancaran matahari berterusan.
Semoga dengan maklumat ini dapatlah member tunjuk ajar
kepada pemancing yg ingin mendapatkan ilmu pancingan….SELAMAT MENCUBA
DAIRI HALAMAN PENGAIL
ZULKIFFLEEH
belajar mencari umpan sendiri
BalasPadamNk cari unpun unpun area pekan, pahang
PadamSunggoh lengkap informasinye tentang Tips Mencari Umpan Pumpun Atau Cacing Laut
BalasPadamterimekaseh sudare salam kenal dari tanjungpinang riau indonesia ^_^
saya berminat utk menjadi peraih umpam utk para peminat pancing
BalasPadamArea Melaka x de org yg jual ke umpan sarung
BalasPadamNak import ke kuching,boleh ke..dlm kuantiti banyak
BalasPadam