Ahad, 20 Mei 2012



MENU HARI INI..KIJENG GORENG BELADO DGN GIMBAL UDANG

Gimbal udang??apa Gimbal udang…ia sejenis makanan sampingan atau ‘snek’yang dihidang bersama lauk-pauk dimana sering dijadikan menu tekala dibanjiri musim udang papai oleh masyarakat tempatan yang tinggal berhampiran pantai.
Gimbal oleh masyarakat keturunan Jawa adalah seperti bagedil atau lebih ringkas lagi seperti cecekodok @lempeng yang isi keseluruhannya dari udang atau udang papai, dan cara membuatnya juga ringkas…
Adunan bahan membuat Gimbal Udang iaitu:
·         Udang (sebarang jenis udang)
·         Telur (sebiji)
·         Tepung Beras
·         Dan sedikit bahan perasa.
Kesemua bahan digaul sebati dan pastikan adunan tidak berapa pekat atau terlalu cair .
Cara menggorengnya juga mengikut citarasa sendiri, sama ada macam cekodok (yg ingin rasa basah) atau digoreng seperti ‘rempeyek’ iaitu nipis dan rangup.
Untuk membuat Gimbal Udang seperti ‘rempeyek’ iaitu:
·         Panaskan kuali dgn minyak banyak
·         Siram sedikit minyak ditepi kuali (agar tepung cair tak lekat)
·         Dgn menggunakan senduk,siram bancuhan (tepung cair dgn udang) sesenduk ditepi kuali yg telah disiram minyak ,dimana bancuhan tepung  akan turun keatas minyak panas tadi.
·         Siram perlahan2 keatas tepung tadi agar mudah terkopek,setelah terlerai balik2kanlah Gimbal Udang tadi sehingga masak…
Selamat mencuba….

1 ulasan:

  1. saya selalu dapat kijeng ni ditepi pantai. macam mana nak buangkan lumpur/pasir dalam perut kijeng ni ya? saya dh rendam semalaman tambah dgn ramasan cili kering pun hanya kurang sikit je. trimas

    BalasPadam