CASTING KERAPU DIPANTAI BEBATU HASILNYA LUMAYAN NO 1.
Dengan bersenjatakan rod joran keras,tali ‘spaider’,floating
baits,kasut getah dan bonjot ikan distinasi saya ke pulau bebatu.
a-tujuan rod joran keras agar gasak ikan tak lama (rod joran
lembut,ikan akan bawa ke celah2batu)
c-Floating baits,rapala ni amat berkesan menarik minat
kerapu dgn lenggoknya malah mudah dilihat dan resiko tersangkut di bebatu pun
kurang disamping tak susah-payah ingat bawa umpan segar atau umpan hidup.
d-Kasut getah efisien mengcekam berjalan di atas bebatu yg
licin,walau bagaimana pun berhati-hati ketika melompat dari satu batu ke batu
lain kerana jika cedera akibatnya jelas menyukarkan..
e-Bonjot ikan amat sesuai bagi memastikan ikan kekal hidup
kerana jika ikan dah mati kepala ingat nak balik aje khuatir ikan dah tak fresh
dan nak bawa tong ais amat menyusahkan.
Dengan bersantai sambil lihat arah bebatu,gewang yg nak dilontar,arah angin juga penting agar
lontaran tak mengecewakan. Buatlah lontaran 2-3kali dalam satu tempat kemudian
beralih ketempat lain pula
.Kebiasaanya pancing ketika air surut kerana ketika air
gerak pasang kemungkinan kita dah dpt berpatah balik ketempat mula2 kita turun.Dan
jika gewang tersangkut, paras air tak terlalu membimbangkan,seandainya
tersangkut ditempat berisiko harap lupakan saja.Sebaiknya dinasihatkan bawa
lebih dari satu set gewang.
Nasihat saya,Ketika gewang telah diragut ikan,usah layan
lama2 kerana tak mustahil ikan berjaya bawa kecelah batu.kerana kerapu memang
habitat tinggalnya di karangan bebatu.
Sepanjang pengalaman
saya memancing dipulau Setindan Mersing..bergerak ketika air surut kering, dari
satu batu ke batu lain hingga dpt pusing pulau saya masih dpt menewaskan
pemancing bot yg hanya peroleh ikan kurang dari 1kg setiap ekor sedangkan
setiap ikan yg saya dapat sekitar 2-3kg seekor. Dan dapat pulang ketika air
gerak pasang dan tak susah-susah nak bermalam disana sementara tunggu air surut
kembali.
Walau bagaimana pun keselamatan diri harus diutamakan.
Beritahu tempat lokasi pancingan,bawa hand fone sekali tak lupa beg sandang utk
bawa set pancing,makanan ringan dan air minuman. SELAMAT MENCUBA.
Hasil Laman Pengail zulkiffleeh.
Hasil Laman Pengail zulkiffleeh.
Tempat setindan mersing tu cun tk?
BalasPadam