RAHSIA KETAM NIPAH BAGAIMANA
MENJERATNYA
Nama saintifik ketam nipah ni adalah Scylla Serrata…atau Ketam Nipah,Ketam Bakau atau kat Johor gelar Ketam Bangkang kerana reaksi atau sifat nya suka melawan.ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang.
Habitatnya ketam ini menghuni lubang di tebing sungai selain tinggal di celah akar pokok bakau di tebingnya serta diperairan cetek serta berlumpur.
Dahulu dlm tahun 70an nelayan yang memburu Ketam Nipah menggunakan kawat khas yg dihujungnya berkait bagi menangkap ketam yang berada di dalam lubangnya ,sama ada mengait atau membenarkan Ketam menyepit lalu ditarik keluar.di mana tidak semua nelayan mahir menggunakan teknik ini.

Sekarang, nelayan mencari ketam menggunakan bento atau bubu
(diperbuat daripada kawat dan jaring yg mempunyi pintu perangkap serta diberi
tali dan pelampung) yang diletakkan umpan (ikan) didalamnya dan Bau daripada
umpan (pari ,yu,segala jenis ikan yg telah
dibusukkan)atau perut ayam yang diletakkan dalam bento menarik perhatian
hidupan bersepit ini untuk keluar dari tempat persembunyian. Bubu tersebut akan
biarkan di tebing atau anak-anak sungai selama setengah jam hingga satu jam
lebih. Agak sukar dilakukan dan seseorang kerana perlu menggunakan bot bagi
memudahkan menangkapnya.
Ada juga cara/kaedah menjerat Ketam Nipah tanpa menggunakan bot,..
A)Bagi pantai berpasir carilah lopak atau kawah kecil ,letakkan Bento disisinya ketika air surut dan dibiarkan sehingga air surut kembali.
B)Letak disepanjang jambatan atau Jeti nelayan,ketika air pasang dan lihat sekitar 1/2jam.
C)Cari parit2 kecil diBagan yg boleh ditenggelami air masin ketika air pasang besar,letakkan Bento dan biarkan semalaman.
Harus diingat usah biarkan Bento terlalu lama kerana dikhuatiri dicuri orang atau dimasuki Biawak yg tak diundang.
Ni rupanya ketam nipah.....
serta bento atau bubu nak tangkap ketam nipah
Ketam Nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi dari jenis rustasia. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut.Kehidupan ketam Nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Oleh itu dari segi hukum Ketam Nipah adalah binatang yang boleh dimakan..
Selamat mencuba,semoga Berjaya….
Terimakasih pada saudara memberi penjelasan kehidupan ketam Nipah dan juga bagaimana dan masa untuk penangkapannya. Asalammualaikum .
BalasPadamPembetulan banh,scylla serrata tak ada di malaysia
BalasPadam