PASAR ORANG ASLI (KAUM SELETAR) DI SETULANG LAUT
GEOGRAFI
Terletak di 1°29'U 103°44'T, bandaraya Johor Bahru bertempat di pinggir Selat Tebrau yang memisahkan Malaysia dari Singapura. Keluasan sebanyak 185 km², Tanjung Puteri, nama asal Johor Bahru diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggong Daeng Ibrahim (Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim), bapa kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, seorang Sultan yang amat dikenangi. Pada permulaannya, ia merupakan sebuah kampung perikanan Melayu
Terletak di 1°29'U 103°44'T, bandaraya Johor Bahru bertempat di pinggir Selat Tebrau yang memisahkan Malaysia dari Singapura. Keluasan sebanyak 185 km², Tanjung Puteri, nama asal Johor Bahru diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggong Daeng Ibrahim (Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim), bapa kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, seorang Sultan yang amat dikenangi. Pada permulaannya, ia merupakan sebuah kampung perikanan Melayu
Lirik lagu Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu
Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri
( korus )
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diraja
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diraja
Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri
Begitulah senonim nya Stulang Laut dgn lagu rakyat Johor dan
juga cerita ttg sejarah pahlawan diTanjung Puteri,stulang. http://tawau.wordpress.com/2008/04/09/sejarah-si-bongkok-pahlawan-johor/
Suku Kaum Seletar
jugak dikategorikan sebagai Orang Laut. Di Johor,terdapat beberapa buah kampung
yang menjadi penempatan suku kaum Seletar,antaranya Kampung Orang Asli Stulang
Laut,Kampung Orang Asli Bakar Batu,dan Kampung Orang Asli Telok Jawa-Semuanya
terletak di kawasan Johor Bahru. Walaupun diorang asalnya sebahagian daripada
kelompok Orang Laut,tapi kerajaan Malaysia telah mengkategorikan mereka sebagai
sebahagian daripada Orang Asli. Orang Asli merupakan kelompok minoriti di
negara ini.Walaupun Orang Asli dikategorikan sebagai golongan bumiputera,mereka
agak terlewat menerima pembangunan kerana kelompok ini lebih selesa hidup
secara tradisional dan tinggal di pesisiran sungai/pantai dan di hutan.Dan
sumber pencarian mereka ialah dari hasil laut dan hasil hutan.
Di Stulang Laut juga terdapat ‘pasar
Pagi atau Pasar Segar Orang Asli’ betul2 ditepi pantai.hasil laut segar ini dijual
utk org ramai.Pasar ni telah ujud sejak dahulu lagi juga di,sekitar tahun 70an
dimana dulunya x berapa popular sangat kerana sekadar men jual hasil2 laut
kepada penduduk setempat iaitu seperti udang2,( juga udang papai),ketam
,beberapa jenis ikan juga ikan tamban serta beberapa jenis kerang-kerangan laut
seperti lokan,kupang,kijeng,remis dan sebagainya .Kini nelayan telah pergi jauh
kelaut lepas dan hasil yg diperolehi lebih banyak.
Seawal 7pagi lagi org ramai berpusu2
menanti nelayan org asli ...warga singapura pun ramai dtg membeli kerana hasil
lautnya yg segar2 dan nilai mata wang membolehkan mereka membeli tanpa
tawar-menawar harga. Itu yg org tempatan kalah dgn org singapura ni
Kadang-kala,belum sempat di bawa
keatas...org ramai telah berebut membeli di bot nelayan orang asli... ibarat siapa
cepat dia dapat,kerana waktu jualan cuma sampai jam 9aje..dah habis

Hasil laut segar dgn harga
berpatutan.Umpan udang hidup utk kaki pancing dgn harga 30sen seekor pun
terdapat disana.Dan kebanyakan pemancing yg menaiki bot bergegas menempah umpan
udang hidup bagi jalan mudah untuk mendapatkan umpan segar.
Lihatlah...ikan besar2 ni..ianya bukan ada terdapat disungai2,biasanya adanya di laut lepas...dimana kerajaan telah banyak membantu Orang Asli ini seperti memberi peralatan menangkap ikan seperti Bot,Jaring,engine bot,penempatan baru yang lebih selesa kepada kaum asli ini




Tiada ulasan:
Catat Ulasan