Isnin, 4 Jun 2012

TEKNIK PANCINGAN DI KELONG@RUMAH RAKIT


    BERSANTAI MEMANCING DIRUMAH RAKIT ATAU KELONG SERTA TEKNIK TERBAIK.

Cuaca sekarang sedikit berbeza dimana musim hujan lebih panjang dari sebelumnya,minat serta aktiviti memancing menjadi bercelaru. Menaiki bot terfikir keselamatan diri dgn keadaan petir,angin dan hujan…Arah tuju ke sungai2pula dgn keadaan air tak menjanjikan peroleh hasil yg baik sementara kolam mancing pula menjadi pilihan terbaik tetapi bagi mereka yg menggemari rasa ikan laut…ikan kolam tidak begitu menyelerakan .Jalan terbaik distinasi keRuman Rakit ataupun Kelong.
DiJohor saja banyak rumah rakit sekitar Pasir Gudang dan Kelong yg pernah dinaiki adalah Kelong Penyabong diMersing. Dengan bersantai kita boleh juga membawa keluarga sekali menikmati suasana laut. Disana juga terdapat tempat penginapan serta restoran bagi menjamu selera sekeluarga.Berlainan pula dgn Rumah Rakit,tempat tidur kadangkala diPangkin atau lantai sahaja. Makan minum dibawa dari rumah kerana tiada Tukang Masak disediakan tetapi kadangkala Tuan Rakit ada menyediakan peralatan memasak,bagi yg rajin pandai2lah…
 

 Kebiasaannya Tuan punya Rumah rakit memberi sewa dgn harga berpatutan termasuk perkhidmatan bot sekali,seingat saya sekitar RM10 untuk rumah rakit dan Rm20-Rm30 untuk Kelong.

Biasanya 3 jenis peralatan mancing digunakan;
1)Joran ringan utk dptkan umpan hidup,spt tamban,selar dan sebagainya.
2)Joran aksi berat jenis pantai utk balingan jauh dan aksi ikan gadang spt ‘gerong belang,braccuda,pari dll.
3)Amboh atau Koyan bagi dihulurkan kebawah tiang2 kelong utk menjerat kerapu atau pari yg gemar bermain di tiang2 berteritip atau dasar.

Salah satu teknik menggunakan Amboh(Koyan) ialah cara ampaian atau”glaider”.Gunakan tali utama sekuat 500paun,tanpa perambut tanpa matakail ikat batu ladung yg besar dan berat(500gm-1kg) pd tali utama kemudian baling sekuat hati kesasaran dan biarkan tali tegang. Dengan perambut sedepa dan tali kabel pada mata kail kasar (bagi mengelakkan perambut putus) dan letakkan umpan hidup(hasil dari pancingan apollo), letakkan ‘snap swivel’atau kili pd pangkal perambut kemudian longsorkan dimana umpan sentiasa hidup bagi menarik ikan besar.Umpan hidup yg dibawa spt udang ikan belanak atau ikan sepat atau juga umpan Apollo hendaklah diletak disangkar kecil ,bagi memastikan umpan sentiasa hidup.manakala umpan sejuk spt sotong,isi ikan dan udang sentiasa menjanjikan peroleh ikan2 dasar.

Teknik mengumpan kehadiran ikan juga penting agar sentiasa peroleh (tak menang tangan) ikan pancingan iaitu dgn meletakkan hirisan isi ikan(dihancur2kan/lumat)disumbat pd batu ladung khas bagi ditabur kedasar laut. Ini bagi menarik kehadiran ikan kesasaran pancingan.
Dengan keadaan cuaca yg sering kali hujan berserta rebut petir kelong atau rumah rakit tempat paling selamat bagi melepaskan keinginan memancing yg kadang-kala tak dpt ditahan-tahan.Keselamatan diri harus dijaga dan ingatlah org dirumah.
 SELAMAT MEMANCING…
HASIL HALAMAN PENGAIL ZULKIFFLEEH 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan