UMPAN MENJERAT SEMBILANG @ GEMANG ,DAN SEDIKIT INFO

2) Wat Bakau-Mengikut sejarah silam saya sekitar tahun 80an ,dimana saya pernah
memperolehi Gemang sebanyak 37ekor pd satu tempat sahaja .Dimana dalam 1/2hari
memancing sekadar dpt ikan duri,gelama dan beberapa Unga tanda saja (keadaan
air pula pasang besar dan berarus kuat)
cuaca sejak 2-3hari pula asyik
hujan jadi pendapat saya mungkin air
agak payau dan sejuk..

Begitulah beberapa peristiwa berkenaan sembilang, dan
sebelum memulakan pencarian sesuatu
marilah pempelajarinya agar tidak memberi kehampaan.
·
Seawal dunia pancingan adalah memahami dan
mengenali dulu fungsi sebenarnya peralatan memancing Strategi dan teknik lah
sebenarnya adalah kejayaan dengan menggabungkan kekuatan peralatan mancing
dengan bersepadu, maka pertarungan akan
lebih memihak kepada anda….
·
Pastikan pelajari umpan yg digunakan samada
hidup atau mati sesuai jenis umpan@makanan kesukaan dengan spesis yang di cari
seperti habitat umpan dan ikan pemangsa.

RAHSIA MENJERAT SEMBILANG
Sembilang terbahagi kepada dua.Sembilang biasa atau Gemang (
jika besar) dan sembilang karang pula badannya dipenuhi dengan jalur-jalur
putih atau dinamakan Usat. Ikan ini hidup secara berkumpulan dan sangat rakus
meragut umpan.
Habitatnya yg menggemari kawasan berlumpur atau berselut
juga,mendominasi kawasan pinggir laut atau muara. Kebiasaannya pemancing tidak
perlu melontar jauh kerana sembilang tidak gemar melawan arus,kawasan
kegemarannya seperti ditebing kuala, muara sungai, reba-reba,tiang/tunggul atau
kawasan berbatu yang bersifat menahan arus.


Sembilang
juga bergerak aktif ketika air mula pasang dan gerak surut ia juga boleh
didapati ketika air surut kering iaitu sebelum air gerak pasang dan tempat
stratigiknya di Kuala atau Muara sungai yang kebiasaannya selepas hujan dengan
keadaan air keruh.
Wat Bakau
atau Umpun-umpun badan merah amat sesuai dijadikan umpan sembilang yang
menggemari dasar berselut namun apa saja umpan yang digunakan turut digemari
oleh spesies yang mendiami kawasan tersebut juga,seperti anak ikan yang turut
sama menggerutu umpan sebelum dijumpai oleh sembilang yang meronda.lain-lain
umpan juga akan menghadapi masalah yang sama seperti udang,sotong,pumpun
sarung,isi kerang atau juga umpan hidup seperti Udang Hidup atau Umang-umang
akan habis sebelum sembilang menjumpainya.Kesemua umpan yang disebutkan tadi
adalah umpan terbaik sekiranya tiada gangguan dari anak2 ikan.
Jadi
pendapat saya sembilang atau Gemang boleh didapati
·
Kawasan muara,berbatu,reba,tiang2 atau
bersembunyi dari arus kuat.
·
Keadaan air keruh ketika pasang,surut dan
baru habis hujan (tak berapa masin)
·
Umpan kegemaran dari spesies habitat semulajadi seperti umpun2 sarung,wat bakau,
umang2 dll

Umang-umang adalah jenis Krustasia dekapod yang tergolong dalam keluarga Paguroidea. Kebanyakan spesies umang-umang berabdomen panjang dan lembut yang dilindungi dari ancaman pemangsa dgn memakai cangkerang kosong yang ditinggalkan haiwan lain, bagi memuatkan badan haiwan ini. Selalunya umang-umang memakai cangkerang siput laut atau mana2 moluska gastropod marin. Sebaik sahaja bertambah besar, umang-umang perlu mencari cangkerang yang lebih besar, sekaligus meninggalkan yang lama.
Kebanyakannya tinggal dalam air masin dari secetek terumbu karang dan pesisir pantai hingga sedalam dasar laut,ibarat kata pepatah”bagai umang-umang,menumpang rumah orang” Cara-cara memperolehinya ialah di pangkal2 pokok bakau atau berhampiran gigi air.Titik atau pecahkan kulit cengkerangnya bagi mudah dijadikan umpan hidup.

Diharap info-info ini banyak membantu dan selamat mencuba.
Diari Halaman Pengail Zulkiffleeh
Salam,,,bercakap pasal sembilang nie sy dah puas memancing sembilang...di johor sembilang terbaik adalah di sungai benut,di sungai sanglang,di sungai ayer baloi dan di kukup,,,tp di kukup sembilang agak kurang enak sbab ia hbitat nya pasir bcmpur lumpur...kalau saudari ingin memncing sembilang saya syor kan saudari guna kan ketam selepak yang ada di hutan bakau...ketam nya berwarna kelabu dan ada juga warna kehitaman..sy jika memancing sembilang sy msti cari ketam selepak tu dahulu...cara nya amat mudah bg yang dah tahu...sy biase pilih ketam yang besar2 cikit...cara nak guna kan ketam tu mule2 buang kulit ketam tu yakni mcm siang ketam ah...lps tu potong dua bdn ketam tu tadi..buang kaki dan sepit ketam tu skali...ok ble dah siap ape yang sy kate kan tadi cangkuk mata kail di lubang kaki ketam tu tadi dan kemudian tarik mata kail tadi sehingga terlerai kaki dan bdn ketam..ok selepas tu cangkuk lagi mcm td biar smpai pnuh umpan di mata kail...sy harap saudari tahu apa itu ketam selepak dan cara menagkap nya...umpan ini sangat berkesan menjerat sembilang...sy selalu memancing sembilang di sungai benut pontian jhor...jika musim nya sampai insyaallah berminyak mulut...
BalasPadaminfo yg berguna utk dicuba...
BalasPadamCam mana nak tangkap ketam tu...??
BalasPadamklu tempt temn pki siput sdut je...
BalasPadamklu tempt temn pki siput sdut je...
BalasPadamIsi kerang boleh buat umpan sembilang x?
BalasPadamSiput babi pon boleh, lalu dgn x je nak makan..
BalasPadam