TENTANG BELANGKAS,KAEDAH DAN MENANGKAPNYA.
Banyak info berkenaan belangkas tetapi disini saya
ingin selitkan sedikit berkenaan belangkas. Nama saintifiknya ialah Tachypleus
gigas, merupakan sejenis haiwan yang hidup di laut dan paya air payau. Badannya
yg berbentuk seperti kereta kebal dan darahnya berwarna biru, Belangkas juga seringkali dikaitkan
dengan manusia melalui pepatah 'seperti belangkas' dimana pasangan lelaki dan
wanita yg bergerak bersama2 kemana2 saja.
Ada pelbagai
kaedah bagi menangkap belangkas.Bagi kebanyakan
nelayan yg menjadikan belangkas sebagai sumber rezeki,mereka menangkap
menggunakan pukat/jaring yg dipasang
memanjang di pesisiran pantai berpasir. Apabila air pasang banyak belangkas yg terperangkap di jaring.Kaedah ini memang mudah
dimana hasilnya agak lumayan,kerana bukan sahaja belangkas yg akan terperangkap
malah ketam juga boleh diperolehi.
Bagi penggemar belangkas
yang ingin mendapatkan belangkas secara santai,ada rahsia bagi memperolehinya
iaitu:
·
Pergi di persisiran pantai berpasir atau dikuala
sungai(sebaiknya berpasir)
·
Cari
waktu air gerak pasang (jika boleh air gerak besar)
·
Tanpa
melihat dengan mata kasar kita tidak
mengetahui kehadiran Belangkas.
·
Satu
caranya dgn mem perhatikan jika terdapat’busa’atau kelompok buih diatas
air(sepanjang gigi air) pasti kita akan peroleh pasangan belangkas disana.
Belangkas mudah
ditangkap serta tidak menggigit dimana dengan
memegang ekornya dan menjijing kedarat.Daging dan telur belangkas boleh
dimakan oleh orang Islam namun ada
setengah pendapat menyatakan tidak boleh dimakan kerana haiwan dua alam. Namun
ia sebenarnya mempunyai ketahanan yang lama sedikit di darat namun akan mati juga
jika tidak bertemu air masin.
Kehebatan belangkas pula ialah mana-mana anggotanya yang
putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang
menakjubkan.
·
Hanya belangkas betina sahaja yang
ditangkap untuk dimasak, yang jantan dilepaskan ke pantai.
- Ini kerana belangkas betina mempunyai banyak isi dan ada telur. (Belangkas jantan kurang isi dan tiada telur).
- Apabila belangkas melekap (ibarat simpulan bahasa untuk pasangan berkepit 24jam), belangkas jantan melekap dibelakang belangkas betina.
- Belangkas betina lebih besar dari belangkas jantan.
- Belangkas dalam Bahasa Inggeris dipanggil "horseshoe crab"
Menyiang belangkas perlu penelitian
dan berhati-hati dimana kita perlu membuang saluran najis hingga ke kantung
perutnya yg berada di tengah2 anggota kakinya hingga ke dubur (pangkal ekor
tajamnya)yang mengandungi sejenis toksin yang boleh membuat pemakannya berasa
mabuk dan pening kepala. Terdapat cara menghilangkannya ialah dengan minum air
kelapa.
Pelbagai cara belangkas boleh
dimasak seperti asam pedas kering atau salai/bakar kemudian siang lalu dimasak
lemak cili api. Rasa isinya memang manis seperti isi ketam dan telurnya yang
banyak dan rasanya seakan kuning telur asin yang menyelerakan.juga dipercayai
dapat menguatkan tenaga.
Bagi nelayan pantai pula,belangkas
boleh dijadikan umpan bagi tujuan menjerat ikan karang. Belangkas disalai
dahulu kemudian letak dalam bubu lalu bubu tersebut akan diletak/rendam di
karangan berbatu di dalam laut yg telah ditandakan kedudukannya (rahsia)
Kemudian selepas 2minggu bubu tersebut akan diangkat,jika bernasib baik banyak
ikan karangan diperolehi.
Belangkas salai/bakar juga boleh
dijadikan umpan rawai bagi menjerat sembilang dimana saya pernah melihat
nelayan diBatu Pahat Johor menggunakannya,dan hasil nya juga tak menghampakan.
Harap info ini dapat membantu penggemar Belangkas memperolehinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan