Sabtu, 19 Mei 2012

Hidupan laut ~ Kerang-kerangan





KERANG-KERANGAN  SEDIKIT INFO DAN CARA-CARA MENDAPATKANNYA.
Membawa anak2 mandi-manda cukup menghiburkan,dan kebiasaan bagi orang tuanya, ianya akan mengais2 atau mengorek2 pasir cubaan mencari kerang-kerangan.Meskipun terpaksa membiarkan kulit digigit panahan matahari, mencarinya sekadar suka-suka serta menjadi ikutan dan tidak ramai yang sanggup berhabiskan masa berjam-jam bagi mendapatkan seberkas kerang-kerangan. Hanya mereka yang tahu keenakkan rasanya saja sanggup melakukannya. tetapi usaha mereka akan gagal andai tiada pengetahuan utk mendapatkanya.

Terdapat pelbagai jenis kerang-kerangan,ianya terbahagi kpd 3 kawasan iaitu (1)kawasan berlumpur (2)kawasan berpasir dan( 3)yg melekap dicelah bebatu atau pangkal pokok.
·      *    Kerang-kerangan  yang terdapat dikawasan berlumpur seperti Lokan,Kerang,Mentarang dan berapa sepsies lagi.
·      *   Kerang-kerangan yg melekap seperti Tiram,Kupang(siput sudu),siput sedut,Siput Timba,Abalone dll
·      *   Kerang-kerangan dikawasan berpasir paling banyak sekali spt Kijeng,Kepah(gayam), Remis, Pepahat(Ambal@Buluh),Kima, Gongong,Etok,Lala(Siput retak seribu),Siput Duri,Kekapis(Siput Piring @Terapit),Beliung(Siput Baji),Siput Cangkul(Biji Nangka@Halia)dan lain2 lagi.
Ada beberapa cara untuk mendapatkannya kerang-kerangan tersebut:
1)Kerang-kerangan kawasan berpasir…
·         Selain bermandi-manda dan merehatkan minda sambil menikmati lautan biru bersama keluarga, aktiviti mencari siput remis,kerang kecil dan kepah menjadi sebahagian perkara menyeronokkan bagi masyarakat setempat danpengunjung pantai. Bagi mereka yang kurang mengenali Remis atau disebut Lala kecil dan Kepah Ia adalah sejenis moluska bercengkerang yangboleh didapati di pesisir pantai. hampir tidak dikenali oleh sesetengah individu.
Namun, bagi masyarakat pesisir pantai spesiesterbabit bukanlah sesuatu yang baru.
Kulit Remis dan Kepah(siput Gayam) umumnya mempunyai pelbagai corak yang unik dan berjalur.Malah, ada yang tidak mempunyai corak. Namun, ia mempunyai warna tertentu seperti hitam, putih dan coklat. Mencarinya  agak unik,dimana anda hanya perlu mengorek pasir sedalam kira-kira 2-3 inci bagi mencari spesies siput tersebut yang terdapat dalam pasir laut kira-kira satu meter dari gigi air laut. pencarian itu memerlukan kesabaran kerana tidak semua tempat di kawasan pesisir pantai itu menjadi habitat spesies siput tersebut ianya mudah didapati pada awal pagi sebelum air laut surut  kering.
·         Ada sejenis alat yg digunakan oleh masyarakat tempatan bagi mengesan atau mendapatkan kerang-kerangan yg berada di pesisiran pantai ketika air laut surut. Alat yg berbentuk spt penyapu dimana didasarnya dipasang sekeping zink(spt alat pengesan apabila terkena objek keras) yg akan ditarik menggunakan tali yg diikat pinggang,berhampiran gigi air.

Bagi mereka yang kurang mengenali remis atau disebut lala kecil dan kepah Ia adalah sejenis moluska bercengkerang yangboleh didapati di pesisir pantai. hampir tidak dikenali oleh sesetengah individu.
Namun, bagi masyarakat pesisir pantai spesiesterbabit bukanlah sesuatu yang baru.
·         Sementara untuk mendapatkan Kijeng,Siput Cangkul(Siput Biji Nangka@Siput Halia) dan Siput Kemudi(Siput Kipas Laut) memerlukan penggalian sedalam ½ kaki hingga 1kaki.Dengan berpandukan pancutan  air dipermukaan agar dapat mengenali kedudukan kerang-kerangan tersebut.

·         Selain Remis,Lala,Kepah Kijeng dan beberapa spesies yg tadi,pengenjung juga boleh turut mencari Siput Gongong,Siput Duri,Kekapis ,Kima dan Beliung (siput Baji)ketika air surut dikawasan pantai berpasir landai yg terdapat rumpai laut(kawasan digenangi aircetek)Caranya dengan memijak2 dimana tapak kaki terasa objek  keras spt batu,atau bagi yg mahir mereka akan mengecam melalui mulut cengkerang  tersebut. Namun, semuanya kini semakin sukar untuk didapati. Mungkin spesies inisudah hampir pupus atau tiada orang yang mahir mencarinya,

·         'Etok' pula ialah sejenis hidupan air tawar , Kebiasaannya Etok boleh didapati dari timbunan pasir di dasar Sungai .Berikutan pencemaran air sungai akibat kerja-kerja pembangunan dikawasan tanah tinggi dan pengambilan pasir di sepanjang sungai yang menjadi habitat semula jadi hidupan air itu hampir pupus. mengaut Etok di dalam sungai juga tidak dibenarkan di beberapa negeri  bagi mengelak ia pupus juga kerana etok menjadi sumber makanan ikan Patin.
2)Kerang-kerangan kawasan berlumpur..
·         Kerang dan Lokan biasanya kedudukannya dia lumpur yg  cetek,mudah mendapatkannya dgn melihat mata atau cengkerangnya yg terbuka sedikit dipermukaan,dimana penelitian amat diperlukan.
·         Pepahat atau siput buluh terdapat didalam lumpur atau pasir,cara mendapatkannya yang saya ketahui ialah dengan menjolok lidi kelapa yang telah dicalitkan sedikit kapur sirih dihujungnya kedalam lubang mata/udara. Tak lama andai terdapat Pepahat dilobang tersebut pasti akan tersembul pepahat tersebut kerana kepanasan.Kebiasaannya pepahat bermusim.
·         Lanyau atau lumpuh selut merupakan habitat semula jadi siput mentarang, sejenis kerang laut yang berbentuk bujur telur namun meruncing di bahagian hadapan. memberi cabaran, khasnya kepada sesiapa yang tidak biasa berjalan di dalam selut. Bukan mudah untuk memijak permukaan tanah yang licin dan tidak rata. Hendak mengimbangkan diri pun susah tetapi apabila dipijak, kaki akan terbenam hingga ke paras lutut dan mentarang hanya ada di kawasan tengah pantai berselut tersebut.
Mentarang tinggal di dalam tanah liat ia tidak timbul di permukaan sebaliknya lebih suka tinggal di dalam selut yang lembap. Untuk mengenal pasti lokasinya, ia boleh dikesan melalui lubang udara yang memancutkan air secara berkala. Apabila ternampak lubang mentarang, kita perlu korek lubang tersebut menggunakan tangan yang sudah bersarung Mentarang akan duduk di dalam selut dengan muncungnya menghala ke atas, muncungnya cukup tajam. Kalau tak pakai sarung tangan, boleh terbelah tangan dibuatnya. Kebiasaannya apabila tersentuh muncungnya, ia akan melarikan diri dengan menyorok ke dalam. Kadang-kadang kita perlu menyeluk lumpuh sehingga ke pangkal lengan.
Ada juga yang memanggilnya siput sekunci sempena lubang udaranya yang mengelirukan dimana lubang udara tunggal biasanya kepunyaan ketam,tetapi lubang udara Mentarang@ Sekunci mempunyi 3 lubang udara.menjolok  jari mengikut saluran udara yg kadangkala tersasar kearah jalan mati.itulah keunikan mencri siput Mentarang.
3)Kerang-kerangan yang melekap…
·         Tiram,siput Timba dan Abalone kedudukannya dicelah-celah batu dikawasan berbatu yang menerima air pasang-surut.Caranya dengan mencongkel atau menitik untuk memisahkannya dari melekap dibatu.sementara siput sedut kebiasaannya melekap dipangkal pokok bakau semasa air surut.
·         Kupang pula terdapat dibawah2 tiang,pelampung besi dan kini kupang mula diternak yang menggunakan kaedah sistem rawai dengan mengikat tali pada rakit dengan kedalaman kira-kira empat meter dan tali berkenaan dibiarkan terampai dalam air kira-kira satu meter daripada dasar laut.
·           Pengail yang menumpang di rumah rakit ternakan Kupang sering menggunakan isi kupang sebagai umpan ,dimana isi Kupang menjadi diet makanan habiat yang berada di sekitar kawasan tersebut.
Begitulah serba sedikit info kerang-kerangan yg terdapat diperairan Negara kita untuk tatapan umum.semoga penggemar2 yg ingin mencarinya dapat mempraktikannya bagi memudahkan pencarian.
Harap dapat dikongsi bersama dan selamat mencuba…
Zulkifflee Hussin


6 ulasan:

  1. Info yg sgt menarik, saya ada cuba nak tangkap pepahat guna lidi, kapur dan air garam tapi tak pernah berjaya. Nampak mcm ade lohong kecil yang timbul ats permukaan pasir cucuh lidi 6 inci dgn kapur.nmpk air keluar dr sumbu tu tapi.takde pepahat pun.. Mcmna ye nak tgkp?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya lubang pepahat ni cam bentuk lubang kunci..kalau musim hujan ni elok bawa btg kayu lurus dan cucuk2 pada permukaan pasir. Nanti bila dicucuk baru akan nampak lubang pepahat yg macam lubang kunci. Amik lidi dan kapur dan cucuk dlm lubang tu nanti keluarlah dia tu.

      Padam
  2. Salam semua, saya ada menjual siput beliung dan siput balitong dari Taiping...berminat boleh terus whatsapp saya di talian Hp : 019-6198355...terima kasih

    BalasPadam