Khamis, 31 Mei 2012

CARA MENCARI UMPUN-UMPUN





CARA MENCARI UMPUN-UMPUN

Hutan Paya Laut merujuk kepada kawasan di persisiran laut yang berlumpur bercampur pasir laut yang mengalami air pasang dan surut. terdapat Spesies utama Hutan Paya Laut ialah pokok Bakau. Telah dikenal pasti sebagai kawasan yang paling produktif dari segi penghasilan dan pembiakan sumber-sumber laut. Kawasan paya laut atau paya bakau juga merupakan kawasan yang kaya dengan makanan yang gugur dari pokok-pokok sekitar dan menjadi habitat seperti ketam,siput2,pumpun dan sebagainya tinggal.

Pumpun adalah sejenis cacing air masin dan terdapat 3 jenis Pumpun dikawasan paya bakau iaitu
·         Ruat Bakau (Ruat Lumpur @ Ruat Nipah)
·         Ruat Pasir atau Pumpun Merah.
·         Pumpun Sarung atau Umpun-umpun Sarang.
Merupakan umpan paling digemari oleh pelbagai jenis ikan air masin,iaitu sekecil-kecil ikan (kekek, jebong, gelama,bolos dll) sehingga sebesar-besar ikan(Duri,Belukang,Sembilang,Ungga,Kerapu,Tuka,Pari dll) terutama ikan yang menggemari bermain dasar sungai atau dasar pesisiran pantai termasuk spesies ketam dan Belin,(sirat  atau belut laut.)

Kebanyakan pemancing sanggup membeli sahaja Pumpun ini daripada nelayan,orang asli atau penduduk  tempatan dikawasan berhampiran perkampungan hutan paya bakau bagi mendapatkan stok pada hobi yang semakin diminati oleh semua  orang.
Dalam mencapai hajat dan minat mendalam ada juga pemancing yang sanggup mencari sendiri umpan Pumpun walaupun ianya boleh diketogerikan sebagai kerja yang kotor iaitu bermain dengan selut atau lumpur.Kerja mencari Pumpun juga bukanlah kerja mudah malah ianya memerlukan kemahiran bagi mendapatkannya.
Disini saya ingin tunjukkan beberapa cara mendapatkan Pumpun,(jika ada kesilapan harap dimaafkan…)
·         RUAT PASIR atau PUMPUN MERAH:

Badan Ruat Pasir ni  warnanya kemerah-merahan dan badannya mudah putus serta mudah mati.Bagi mengekalkan hayatnya bolehlah menggunakan abuk kayu bersamanya didalam satu bekas kemudian disimpan dalam freezer atau coleman dengan suhu dingin. Cara mencarinya juga mudah iaitu dibawah timbunan batu-batu dipesisiran pantai berpasir yang sering menerima pasang surut air laut atau menggali 5-6inci didalam pasir sewaktu air baru surut.
 
·         PUMPUN SARUNG atau UMPUN-UMPUN SARANG

Pumpun Sarung ni paling diminati oleh pemancing kerana umpan yang berkesan untuk segenap ikan juga kebolehan spesies ini boleh hidup lama (tahan lama..)kerana tinggal di dalam sarang sendiri seperti straw minuman. Perumpun ni juga panjang2 sekitar 1kaki hingga 2kaki...dan tinggal dikawasan berlumpur atau kawasan berpasir +lumpur dipesisiran pantai atau tebing2 sungai,
 
 Cara mendapatkannya juga tidak berapa sukar, dengan membawa alatan skop dan pergi kepantai sewaktu air surut pemancing boleh mengesan sarang Pumpun Sarung dipermukaan pasir atau berlumpur dimana  pintu Pumpun Sarung sering bertanda tompokan hitam dan bersabut serta ditutupi daun reput atau sarangnya terbonjol diatas permukaan.
 Kepantasan sering membuahkan hasil kerana Pumpun Sarung sungguh sensitif dengan persekitaran,dengan tekanan sedikit pada sarangnya saja ia akan menyusup jauh kedalam pasir atau selut. Dinasihatkan pada pencari Pumpun Sarung menggunakan kepantasan yg jitu apabila anda dapat mengesan kedudukan sarang Pumpun tersebut.iaitu menyungkil menggunakan skop disekitar sarangnya.
Bagi memanjangkan hayatnya,Pumpun Sarung hendaklah dibungkus dengan suratkhabar yang telah dibasahkan. Ada juga caranya untuk memperoleh Pumpun sarung tanpa menggali,iaitu dengan cara mengumpan Pumpun itu keluar dari sarangnya. Dengan menggunakan isi ikan atau parutan ubi kayu, nasi atau juga nenas cincang kemudian disumbat didalam stoking,basahkan biarkan ia berjus kemudian perah dipintu sarang Pumpun tersebut. Apabila ia terpesona dgn bau tersebut ia akan keluar,sebaik keluar saja kepala Pumpun tersebut,cubit kepalanya dan tarik keluar ianya perlahan-lahan kerana ia mudah putus.Cara ini memerlukan masa dan penilitian.
·         RUAT BAKAU (RUAT LUMPUR @NIPAH atau PUMPUN MERAH)
Ruat Bakau ni merupakan umpan terbaik dari segala ketogeri umpan dengan warnanya coklat kegelapan kadangkala merah dan berkilat seperti pelangi semasa meliuk2. Badannya lebih liat dari Pumpun Sarung ,dan banyak cecair berupa darahnya serta baunya lebih hanyir kerana sifatnaya yang pemakan selut dan ranting2 kayu reput. Panjangnya juga berjela ada yang hampir 3-4 kaki panjang.

Cara mendapatnya juga sukar kerana kedudukanya didalam tanah yang berselut. Bagi yang mahir cara mengesannya ialah dengan melihat kedudukan najisnya yang berbiji2warna kehitaman berkilat diatas lumpur. Dengan menggunakan cangkul pendek dan Cangkul Penggembur mempunyai 3 mata yang tajam.  Alat ini memudahkan menggembur tanah dan dapat mengelakkan dari mencedera atau memutuskan badan Ruat tersebut.Buatlah tapak galian sedalam sekaki setelah dibersihkan ranting2 buruk atau reput dengan menggunakan cangkul pendek,kemudian menggunakan cangkul penggembur mata 3 kedudukan laluan Ruat dapat dikesan atau memperolehinya.
 

 Kerja ini sememangnya kotor dan menggelikan dimana terpaksa berkubang tetapi bagi pemancing kepuasan mendapatkannya dan menggunakanya dengan sepuas-puasnya serta realiti  keberkesanan bagi memperoleh ikan yang dicari.


Bagi mengekalkan hayatnya letak di bekas yang luas,beralaskan surat khabar yang dibasahkan kemudian ditaburkan dengan abuk2 kayu lalu letaklah di coleman yang dingin (jangan terendam air) juga usah dijemur pada pancaran matahari berterusan.



Semoga dengan maklumat ini dapatlah member tunjuk ajar kepada pemancing yg ingin mendapatkan ilmu pancingan….SELAMAT MENCUBA

 DAIRI HALAMAN PENGAIL ZULKIFFLEEH


Selasa, 29 Mei 2012

CASTING KERAPU DI PANTAI BEBATU







CASTING KERAPU DIPANTAI BEBATU  HASILNYA LUMAYAN NO 1.
Dengan bersenjatakan rod joran keras,tali ‘spaider’,floating baits,kasut getah dan bonjot ikan distinasi saya ke pulau bebatu.

a-tujuan rod joran keras agar gasak ikan tak lama (rod joran lembut,ikan akan bawa ke celah2batu)
b-tali sulam(spider)lontaran jauh,bukan saja kuat malah susah putus ketika bergesel teritip bebatu.
c-Floating baits,rapala ni amat berkesan menarik minat kerapu dgn lenggoknya malah mudah dilihat dan resiko tersangkut di bebatu pun kurang disamping tak susah-payah ingat bawa umpan segar atau umpan hidup.  

d-Kasut getah efisien mengcekam berjalan di atas bebatu yg licin,walau bagaimana pun berhati-hati ketika melompat dari satu batu ke batu lain kerana jika cedera akibatnya jelas menyukarkan..

e-Bonjot ikan amat sesuai bagi memastikan ikan kekal hidup kerana jika ikan dah mati kepala ingat nak balik aje khuatir ikan dah tak fresh dan nak bawa tong ais amat menyusahkan.
Dengan bersantai sambil lihat arah bebatu,gewang yg  nak dilontar,arah angin juga penting agar lontaran tak mengecewakan. Buatlah lontaran 2-3kali dalam satu tempat kemudian beralih ketempat  lain pula
.Kebiasaanya pancing ketika air surut kerana ketika air gerak pasang kemungkinan kita dah dpt berpatah balik ketempat mula2 kita turun.Dan jika gewang tersangkut, paras air tak terlalu membimbangkan,seandainya tersangkut ditempat berisiko harap lupakan saja.Sebaiknya dinasihatkan bawa lebih dari satu set gewang.
Nasihat saya,Ketika gewang telah diragut ikan,usah layan lama2 kerana tak mustahil ikan berjaya bawa kecelah batu.kerana kerapu memang habitat tinggalnya di karangan bebatu.
 Sepanjang pengalaman saya memancing dipulau Setindan Mersing..bergerak ketika air surut kering, dari satu batu ke batu lain hingga dpt pusing pulau saya masih dpt menewaskan pemancing bot yg hanya peroleh ikan kurang dari 1kg setiap ekor sedangkan setiap ikan yg saya dapat sekitar 2-3kg seekor. Dan dapat pulang ketika air gerak pasang dan tak susah-susah nak bermalam disana sementara tunggu air surut kembali.

Walau bagaimana pun keselamatan diri harus diutamakan. Beritahu tempat lokasi pancingan,bawa hand fone sekali tak lupa beg sandang utk bawa set pancing,makanan ringan dan air minuman. SELAMAT MENCUBA.
Hasil Laman Pengail zulkiffleeh.

Isnin, 28 Mei 2012

UMPAN SEMBILANG/GEMANG









  UMPAN MENJERAT SEMBILANG @ GEMANG ,DAN  SEDIKIT INFO
1)Umang-umang rahsia umpan berkesan pancingan dasar utk ikan sembilang dikuala sungai. Dulu semasa tinggal diMersing saya sering tertanya-tanya mengapa orang kampung sana sering dapat banyak sembilang dan gemang,sedangkan saya yang berada disebelah masih gagal mendapat sebarang sembilang,walhal umpun2sarung,udang kopek dan sotong masih gagal peroleh ikan sembilang... akhirnya selepas terlihat rahsia tersebut,lalu menggunakanya...hasilnya terbukti berkesan. Dimana setiap kali saya pergi mengail dikuala sungai dengan menggunakan umpan umang-umang,sembilang pasti akan dibawa pulang juga…

2) Wat Bakau-Mengikut sejarah silam saya  sekitar tahun 80an ,dimana saya pernah memperolehi Gemang sebanyak 37ekor pd satu tempat sahaja .Dimana dalam 1/2hari memancing sekadar dpt ikan duri,gelama dan beberapa Unga tanda saja (keadaan air pula  pasang besar dan berarus kuat) cuaca  sejak 2-3hari pula asyik hujan  jadi pendapat saya mungkin air agak payau dan sejuk..
Semasa air gerak surut,dengan cuaca mula hujan lebat..kemudian saya melabuhkan bot fiber di tebing sungai berhadapan kuala anak sungai, lagipun semasa air surut arus pasti akan kuat. Saya menggunakan 3joran dan berumpankan WAT BAKAU (ia spt umpun2 tapi besar mcm puntung rokok ,berwarna merah dan isinya lebih liat,lagi hanyir) Ketika air surut separuh,ketiga2 joran saya bengkok disambar rakus dan tak terlayan saya dibuatnya.. selepas senyap seketika saya masuk pula dlm anak sungai berhamiran dan acara tetap tak berhenti diasak Gemang.
Begitulah beberapa peristiwa berkenaan sembilang, dan sebelum memulakan pencarian sesuatu  marilah pempelajarinya agar tidak member kehampaan.
·         Seawal dunia pancingan adalah memahami dan mengenali dulu fungsi sebenarnya peralatan memancing Strategi dan teknik lah sebenarnya adalah kejayaan dengan menggabungkan kekuatan peralatan mancing dengan bersepadu, maka pertarungan  akan lebih memihak kepada anda….
·         Pastikan pelajari umpan yg digunakan samada hidup atau mati sesuai jenis umpan@makanan kesukaan dengan spesis yang di cari seperti habitat umpan dan ikan pemangsa.
·          Buat tinjauan dan dapatkan informasi (bertanya)sebaik mungkin dari penduduk tempatan rakan2 atau nelayan sesuatu daerah sebelum memancing ditempat yang ingin dituju.

RAHSIA MENJERAT SEMBILANG
Sembilang terbahagi kepada dua.Sembilang biasa atau Gemang ( jika besar) dan sembilang karang pula badannya dipenuhi dengan jalur-jalur putih atau dinamakan Usat. Ikan ini hidup secara berkumpulan dan sangat rakus meragut umpan.
Habitatnya yg menggemari kawasan berlumpur atau berselut juga,mendominasi kawasan pinggir laut atau muara. Kebiasaannya pemancing tidak perlu melontar jauh kerana sembilang tidak gemar melawan arus,kawasan kegemarannya seperti ditebing kuala, muara sungai, reba-reba,tiang/tunggul atau kawasan berbatu yang bersifat menahan arus.

Kebiasaan ikan sembilang diet makanannya beranika jenis dan tidak berapa memilih samada umpan hidup atau mati.Umpan terbaik sembilang ialah Wat Bakau, Wat pasir,Umpun-umpun sarung, Udang kopek,Udang/@Sotong Peram yg busuk dan meloyakan(jika ada yg sanggup menahan baunya) umpan bercengkerang turut tergolong dalam diet sembilang seperti Kepiting@ketam atau UMANG-UMANG, Sipur Mentarang, Belangkas dan isi kerang.
 Contohnya di daerah Endau Mersing diet ikan sembilang disana suka makan umpan hirisan ikan yang sudah busuk, ini kerana di jeti2 banyak bot-bot nelayan yang membuang ikan busuk atau ikan baja di laut. Dan diBatu Pahat ada segelintir pemancing menggunakan Belangkas bagi mendapatkan sembilang.
Sembilang juga bergerak aktif ketika air mula pasang dan gerak surut ia juga boleh didapati ketika air surut kering iaitu sebelum air gerak pasang dan tempat stratigiknya di Kuala atau Muara sungai yang kebiasaannya selepas hujan dengan keadaan air keruh.

Wat Bakau atau Umpun-umpun badan merah amat sesuai dijadikan umpan sembilang yang menggemari dasar berselut namun apa saja umpan yang digunakan turut digemari oleh spesies yang mendiami kawasan tersebut juga,seperti anak ikan yang turut sama menggerutu umpan sebelum dijumpai oleh sembilang yang meronda.lain-lain umpan juga akan menghadapi masalah yang sama seperti udang,sotong,pumpun sarung,isi kerang atau juga umpan hidup seperti Udang Hidup atau Umang-umang akan habis sebelum sembilang menjumpainya.Kesemua umpan yang disebutkan tadi adalah umpan terbaik sekiranya tiada gangguan dari anak2 ikan.
Jadi pendapat saya sembilang atau Gemang boleh didapati
·         Kawasan berselut,pinggir  pantai.
·         Kawasan muara,berbatu,reba,tiang2 atau bersembunyi dari arus kuat.
·         Keadaan air keruh ketika pasang,surut dan baru  habis hujan (tak berapa masin)
·         Umpan kegemaran dari spesies habitat  semulajadi seperti umpun2 sarung,wat bakau, umang2 dll
·         Dengan menaiki bot adalah cara terbaik bagi menjerat sembilang kerana boleh menjelajah kemana2 ceruk yang dirasakan berpotensi mendapatkan sembilang.
Sedikit info tentang umang-umang
Umang-umang adalah jenis Krustasia dekapod yang tergolong dalam keluarga Paguroidea. Kebanyakan spesies umang-umang berabdomen panjang dan lembut yang dilindungi dari ancaman pemangsa dgn memakai cangkerang kosong yang ditinggalkan haiwan lain, bagi memuatkan badan haiwan ini. Selalunya umang-umang memakai cangkerang siput laut atau mana2 moluska gastropod marin. Sebaik sahaja bertambah besar, umang-umang perlu mencari cangkerang yang lebih besar, sekaligus meninggalkan yang lama.
Kebanyakannya tinggal dalam air masin dari secetek terumbu karang dan pesisir pantai hingga sedalam dasar laut,ibarat kata pepatah”bagai umang-umang,menumpang rumah orang” Cara-cara memperolehinya ialah di pangkal2 pokok bakau atau berhampiran gigi air.Titik atau  pecahkan kulit cengkerangnya bagi mudah dijadikan umpan hidup.
Satu lagi dari spesies Ketam kenari, Birgus latro, atau disebut Kepiting Kelapa merupakan artropoda darat terbesar di dunia. Meskipun disebut ketam@kepiting, haiwan ini bukanlah ketam(kepiting). Ketam ini merupakan jenis umang-umang yang sangat maju dalam hal evolusi. Jadi mungkin ia lebih tepat disebut umang-umang kenari,
Diharap info-info ini banyak membantu dan selamat mencuba.
Diari Halaman Pengail Zulkiffleeh

Khamis, 24 Mei 2012

RAHSIA KETAM NIPAH




                               RAHSIA KETAM NIPAH BAGAIMANA MENJERATNYA
Nama saintifik ketam nipah ni adalah Scylla Serrata…atau Ketam Nipah,Ketam Bakau atau kat Johor gelar Ketam Bangkang kerana reaksi atau sifat nya suka melawan.ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang.
Habitatnya ketam ini menghuni lubang di tebing sungai selain tinggal di celah akar pokok bakau di tebingnya serta diperairan cetek serta berlumpur.
Dahulu dlm tahun 70an nelayan yang memburu Ketam Nipah menggunakan kawat khas yg dihujungnya berkait bagi menangkap ketam yang berada di dalam lubangnya ,sama ada mengait atau membenarkan Ketam menyepit lalu ditarik keluar.di mana tidak semua nelayan mahir menggunakan teknik ini.

Sekarang, nelayan mencari ketam menggunakan bento atau bubu (diperbuat daripada kawat dan jaring yg mempunyi pintu perangkap serta diberi tali dan pelampung) yang diletakkan umpan (ikan) didalamnya dan Bau daripada umpan (pari ,yu,segala jenis ikan yg telah dibusukkan)atau perut ayam yang diletakkan dalam bento menarik perhatian hidupan bersepit ini untuk keluar dari tempat persembunyian. Bubu tersebut akan biarkan di tebing atau anak-anak sungai selama setengah jam hingga satu jam lebih. Agak sukar dilakukan dan seseorang kerana perlu menggunakan bot bagi memudahkan menangkapnya.

Ada juga cara/kaedah menjerat Ketam Nipah tanpa menggunakan bot,..
A)Bagi pantai berpasir carilah lopak atau kawah kecil ,letakkan Bento disisinya ketika air surut dan dibiarkan sehingga air surut kembali.
B)Letak disepanjang jambatan atau Jeti nelayan,ketika air pasang dan lihat sekitar 1/2jam.
C)Cari parit2 kecil diBagan yg boleh ditenggelami air masin ketika air pasang besar,letakkan Bento dan biarkan semalaman.
Harus diingat usah biarkan Bento terlalu lama kerana dikhuatiri dicuri orang atau dimasuki Biawak yg tak diundang.
Ni rupanya ketam nipah.....

serta bento atau bubu nak tangkap ketam nipah
Ketam Nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi dari jenis rustasia. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut.Kehidupan ketam Nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Oleh itu dari segi hukum Ketam Nipah adalah binatang yang boleh dimakan..
Selamat mencuba,semoga Berjaya….








Selasa, 22 Mei 2012

RAHSIA BELANGKAS





  TENTANG BELANGKAS,KAEDAH DAN MENANGKAPNYA.


Banyak  info berkenaan belangkas tetapi disini saya ingin selitkan sedikit berkenaan belangkas. Nama saintifiknya ialah Tachypleus gigas, merupakan sejenis haiwan yang hidup di laut dan paya air payau. Badannya yg berbentuk seperti kereta kebal dan darahnya berwarna biru, Belangkas juga seringkali dikaitkan dengan manusia melalui pepatah 'seperti belangkas' dimana pasangan lelaki dan wanita yg bergerak bersama2 kemana2 saja.

Ada pelbagai kaedah bagi menangkap belangkas.Bagi kebanyakan  nelayan yg menjadikan belangkas sebagai sumber rezeki,mereka menangkap menggunakan pukat/jaring  yg dipasang memanjang di pesisiran pantai berpasir. Apabila air pasang banyak belangkas  yg terperangkap di jaring.Kaedah ini memang mudah dimana hasilnya agak lumayan,kerana bukan sahaja belangkas yg akan terperangkap malah ketam juga boleh diperolehi.
Bagi penggemar belangkas yang ingin mendapatkan belangkas secara santai,ada rahsia bagi memperolehinya iaitu:
·         Pergi  di persisiran pantai berpasir atau dikuala sungai(sebaiknya berpasir)
·         Cari waktu air gerak pasang (jika boleh air gerak besar)
·         Tanpa melihat dengan mata kasar  kita tidak mengetahui kehadiran Belangkas.
·         Satu caranya dgn mem perhatikan jika terdapat’busa’atau kelompok buih diatas air(sepanjang gigi air) pasti kita akan peroleh pasangan belangkas disana.
Belangkas mudah ditangkap serta tidak menggigit  dimana dengan memegang ekornya dan menjijing kedarat.Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam namun ada setengah pendapat menyatakan tidak boleh dimakan kerana haiwan dua alam. Namun ia sebenarnya mempunyai ketahanan yang lama sedikit di darat namun akan mati juga jika tidak bertemu air masin.
Kehebatan belangkas pula ialah mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.
·         Hanya belangkas betina sahaja yang ditangkap untuk dimasak, yang jantan dilepaskan ke pantai.
  • Ini kerana belangkas betina mempunyai banyak isi dan ada telur. (Belangkas jantan kurang isi dan tiada telur).
  • Apabila belangkas melekap (ibarat simpulan bahasa untuk pasangan berkepit 24jam), belangkas jantan melekap dibelakang belangkas betina.
  • Belangkas betina lebih besar dari belangkas jantan.
  • Belangkas dalam Bahasa Inggeris dipanggil "horseshoe crab"
Menyiang belangkas perlu penelitian dan berhati-hati dimana kita perlu membuang saluran najis hingga ke kantung perutnya yg berada di tengah2 anggota kakinya hingga ke dubur (pangkal ekor tajamnya)yang mengandungi sejenis toksin yang boleh membuat pemakannya berasa mabuk dan pening kepala. Terdapat cara menghilangkannya ialah dengan minum air kelapa.
Pelbagai cara belangkas boleh dimasak seperti asam pedas kering atau salai/bakar kemudian siang lalu dimasak lemak cili api. Rasa isinya memang manis seperti isi ketam dan telurnya yang banyak dan rasanya seakan kuning telur asin yang menyelerakan.juga dipercayai dapat menguatkan tenaga.

Bagi nelayan pantai pula,belangkas boleh dijadikan umpan bagi tujuan menjerat ikan karang. Belangkas disalai dahulu kemudian letak dalam bubu lalu bubu tersebut akan diletak/rendam di karangan berbatu di dalam laut yg telah ditandakan kedudukannya (rahsia) Kemudian selepas 2minggu bubu tersebut akan diangkat,jika bernasib baik banyak ikan karangan diperolehi.
Belangkas salai/bakar juga boleh dijadikan umpan rawai bagi menjerat sembilang dimana saya pernah melihat nelayan diBatu Pahat Johor menggunakannya,dan hasil nya juga tak menghampakan. Harap info ini dapat membantu penggemar Belangkas memperolehinya.

Isnin, 21 Mei 2012

PASAR ORANG ASLI (KAUM SELETAR) DI SETULANG LAUT
 
GEOGRAFI
Terletak di 1°29'U 103°44'T, bandaraya Johor Bahru bertempat di pinggir Selat Tebrau yang memisahkan Malaysia dari Singapura. Keluasan sebanyak 185 km²,
Tanjung Puteri, nama asal Johor Bahru diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggong Daeng Ibrahim (Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim), bapa kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, seorang Sultan yang amat dikenangi. Pada permulaannya, ia merupakan sebuah kampung perikanan Melayu

Lirik lagu Tanjung Puteri
Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu
Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri
( korus )
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diraja
Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri

Begitulah senonim nya Stulang Laut dgn lagu rakyat Johor dan juga cerita ttg sejarah pahlawan diTanjung Puteri,stulang. http://tawau.wordpress.com/2008/04/09/sejarah-si-bongkok-pahlawan-johor/
 
   Suku Kaum Seletar jugak dikategorikan sebagai Orang Laut. Di Johor,terdapat beberapa buah kampung yang menjadi penempatan suku kaum Seletar,antaranya Kampung Orang Asli Stulang Laut,Kampung Orang Asli Bakar Batu,dan Kampung Orang Asli Telok Jawa-Semuanya terletak di kawasan Johor Bahru. Walaupun diorang asalnya sebahagian daripada kelompok Orang Laut,tapi kerajaan Malaysia telah mengkategorikan mereka sebagai sebahagian daripada Orang Asli. Orang Asli merupakan kelompok minoriti di negara ini.Walaupun Orang Asli dikategorikan sebagai golongan bumiputera,mereka agak terlewat menerima pembangunan kerana kelompok ini lebih selesa hidup secara tradisional dan tinggal di pesisiran sungai/pantai dan di hutan.Dan sumber pencarian mereka ialah dari hasil laut dan hasil hutan.
 
Di Stulang Laut juga terdapat ‘pasar Pagi atau Pasar Segar Orang Asli’ betul2 ditepi pantai.hasil laut segar ini dijual utk org ramai.Pasar ni telah ujud sejak dahulu lagi juga di,sekitar tahun 70an dimana dulunya x berapa popular sangat kerana sekadar men jual hasil2 laut kepada penduduk setempat iaitu seperti udang2,( juga udang papai),ketam ,beberapa jenis ikan juga ikan tamban serta beberapa jenis kerang-kerangan laut seperti lokan,kupang,kijeng,remis dan sebagainya .Kini nelayan telah pergi jauh kelaut lepas dan hasil yg diperolehi lebih banyak.

Seawal 7pagi lagi org ramai berpusu2 menanti nelayan org asli ...warga singapura pun ramai dtg membeli kerana hasil lautnya yg segar2 dan nilai mata wang membolehkan mereka membeli tanpa tawar-menawar harga. Itu yg org tempatan kalah dgn org singapura ni
 
Kadang-kala,belum sempat di bawa keatas...org ramai telah berebut membeli di bot nelayan orang asli... ibarat siapa cepat dia dapat,kerana waktu jualan cuma sampai jam 9aje..dah habis















Hasil laut segar dgn harga berpatutan.Umpan udang hidup utk kaki pancing dgn harga 30sen seekor pun terdapat disana.Dan kebanyakan pemancing yg menaiki bot bergegas menempah umpan udang hidup bagi jalan mudah untuk mendapatkan umpan segar.

Lihatlah...ikan besar2 ni..ianya bukan ada terdapat disungai2,biasanya adanya di laut lepas...dimana kerajaan telah banyak membantu Orang Asli ini seperti memberi peralatan menangkap ikan seperti Bot,Jaring,engine bot,penempatan baru yang lebih selesa kepada kaum asli ini