BENGKEL PANCINGAN BOT (Bahagian Pertama)
Ramai pemancing berminat memancing menggunakan bot tetapi
kerana kurang keyakinan diri dapat mengendalikan bot,maka hasrat terpaksa
dipendamkan. Kebiasaannya pemancing dapat mengendalikan pemanduan bot setelah turut
serta mengikuti pemancing yg sering menggunakan bot. Jika ada keperhatinan dan
tak malu bertanya,pasti keberanian atau keyakinan diri dapat diatasi.
Dibawah ini ada beberapa asas yg dpt dipelajari:
ASAS AWAL YG PATUT DIPELAJARI
·
A) ikatan dan sauh
·
B) jenis bot dan jenis engin
·
C) faktor keselamatan
·
D) pengendalian
·
E) saat kecemasan
·
F) keseronokan dan port labuh terbaik
IKATAN DAN SAUH
Ikatan dan simpulan amat penting bagi menjamin kekuatan
tali,spt juga asas awal mengenal dunia pancingan.Pelajari kaedah simpulan dapat memastikan bot agar tidak menjadi satu
ancaman diri seperti ikatan tika menambat bot,tali tak boleh,terlalu pendek
atau membuat simpulan mati kerana bot boleh karam kalau air pasang dan bot akan
tergantung dan menjadi Tukun ketika air surut. Tali terlalu panjang pula boleh
menyebabkan tali bot putus dan menghanyutkan bot.
TALI SAUH
Tali sauh pula biarlah panjang melebahi 30-50meter,kadang
kala ada lubok yg dalam melebahi 30meter dan kalau laut seharusnya melebahi
100meter,jangan sampai dihanyutkan arus dan secara kebetulan engin pula buat
hal apabila sauh tidak dapat melekat didasar,kita akan dihanyutkan jauh
berbatu2.
SAUH
Sauh boleh dibeli
tetapi kebanyakan sauh yg dibeli ringan dan kurang efaktif ,jadi saranan saya
upah membuat lebih elok dan baik penggunaannya.
Cara membuatnya iaitu sediakan besi
bunga 1” x 1/2 meter 1batang(utk tulang),juga 1btg besi yg sama iaitu 1” x 1’(besi
pemberat) serta 3-4 btg besi ½” x 1’panjang(sebagai pengait) dan 2biji nat 11/2”(tmpt
letak tali) Hantar kebengkel untuk dikimpal atau patri dimana kosnya murah
lagipun sering kali sauh menjadi ‘tukun’kerana sangkut didasar berisiko.
.Bagi memastikan sauh tidak mudah hilang didasar sungai ada
keadahnya iaitu hujung tali sauh yg telah diikat pd hujung kepala sauh,dan di belakang sauh
pula digunakan tali rapiah atau tangsi diikat bersama tali sauh.Tujuannya jika
sauh tersekat didasar,sentaplah tali rapiah akan putus dan tali sauh akan
berada di bahagian hujung kepala sauh dan sauh dpt dinaikkan dgn selamat.
JENIS BOT DAN ENGIN
BOT
Kenali jenis2 bot serta engin bagi memberi seselesaan terutama untuk pancingan sungai,
bot terbahagi kpd dua iaitu bot kayu dan bot fiber. Bot kayu sekarang kurang
kepenggunanya kerana sukar dan makan masa utk membuatnya,keselsaanya bot ini
tidak kuat beroleng dan amat sesuai pd yg mudah mabuk laut.Sementara bot fiber
banyak dan mudah didapati ,keselesaanya kurang kerana mudah terolang-oleng
apabila dipukul ombak atau alun .
Carilah bentuk kon tajam atau teras ‘V’ dibawahnya agar
dapat ‘menaggak’alun dan ombak,sementara bentuk leper dibawahnya sesuai
digunakan di kawasan tasik dan kawasan tenang,kerana jika digunakan dikawasan
berisiko spt sungai luas,pantai dan laut ,bot ini akan mudah terbalik dipukul
ombak ,alun atau arus deras.
Bot juga haruslah
seimbang dgn kuasa kuda engin (hp),jika bot fiber berukuran 12kaki gunalah
engin 3-4kuasa kuda,sesuai dinaiki utk 1-2org dan kelajuannya terhad.Bot
berukuran 14-16kaki sesuai gunakan engin 5-8kuasa kuda,sementara bot berukuran
16-21kaki sesuai menggunakan engin
15kuasa kuda keatas, kesemuanya demi keselesaan pemanduan,andai digunakan bot
kecil tapi engin pula berkuasa besar,keadaan bot seolah2 ingin karam dan
muncung hadapannya akan mendongak dan air akan masuk melalui belakang apabila
diperah minyak.Sebaliknya jika bot besar dan engin berkuasa kecil,bot dipandu
seakan2 tidak bergerak.
FAKTOR KESELAMATAN
Beberapa asas
keselamatan harus diberi keutamaan sebelum pergi memancing menaiki bot,buat lah
catatan sebelum memulakan pemergian…
A) Jeket keselamatan.
Kepenggunaanya diberi keutamaan demi keluarga atau org
tersayang,usah tercabar dgn nelayan atau org asli kerana mereka telah mahir
kawasan sekitar dan mahir dalam dunia sungai atau laut.
B) Pendayung
Sentiasa beringat,kemalangan berlaku dalam keadaan yg tak
dijangka,begitu juga dgn situasi ketika
mengendalikan bot ada masa nya kerosakan engin tidak dapat dielak,jadi
jalan sebaik2nya ialah adanya pendayung yg dpt meleraikan masalah tersebut.
C) Kit dan tool keselamatan
Ada beberapa alatan yg perlu dibawa spt ubatan (plaster,ubat
tahan sakit,po chai dan minyak angin). Gunalah kasut ketika dalam bot bagi
mengelakkan kecederaan spt licin,tertusuk duri ikan atau mata kail. Pakaian
pelindung matahari kerana kedudukan diatas bot fiber spt di panggang dibara api
terutama ketika berada ditengah2 sungai atau pantai. Gunakan baju lengan
panjang,topi lebar,berkaca mata gelap,pelindung muka (tak pakai lepas mancing
jadi ‘awang hitam;laa…)atau sasuatu pakaian yg dpt melindungi dari kulit
terbakar kerana pancaran matahari pd kulit berterusan boleh menyebabkan kanser(kononnya).Serta
penyediaan alatan spt alat pembuka plag (palam pencucuh),spark plag tambahan,player,testpen,kertas
pasir ,dawai,paku 2”dan pisau Mac Gyver,kesemuanya berperanan ketika dalam
keadaan darurat.
D) Alatan mancing
Usah guna alatan pancing panjang,kerana menggangu serta
sukar dikendalikan,tertusuk rakan depan tersondol rakan belakang,lagipun lontar
jauh sekalipun ,matakail akan tetap berada dibawah bot juga kecuali casting
atau sungai yg tak berapa dalam. Usah sepahkan matakail atau duri ikan didalam
bot, gunakan guni atau kain bagi mengurangkan bunyi bising ‘keleparan’ikan.
Dengan pelajari sedikit selok-belok asas sebelum
menceburkan diri dlm pengendalian bot
harap dapat membantu,ikutilah sambungan bengkel ini pada bahagian kedua.
Dari Halaman Pengail Zulkiffleeh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan