Jumaat, 8 Jun 2012

KAKAP MERAH LAGUNA (perjumpaan lubuk yg tak disengajakan di sungai mati)


  TAK SENGAJA TERJUMPA LUBOK KAKAP MERAH DI SUNGAI MATI (LAGUNA)

Sungai mati atau Lagun berpunca dari kemasukan berlebihan air laut (air pasang besar) kekawasan paya kemudian terhalang pula dgn beting pasir menyebabkan kawasan itu kekal digenangi air payau.

Pengalaman saya awal era90an ketika pulang dari Teluk Mahkota Sedeli keMersing, ketika berhenti sebentar dikawasan anak sungai bagi menguruskan anak kecil saya melepaskan hajatnya. Semasa sedang leka memerhatikan air sungai yg gelap itu tiba2 terlihat riak air sungai berkocak,dan tanpa membuang masa saya keluarkan alatan pancing dibonet kereta yg selalu dibawa kemana2.

Mengikut tafsiran saya tentu ikan bulan kerana ikan bulan memang sifatnya di Muara dan paya2 air payau. Dengan menggunakan ’gewang minnow’lontaran dibuat tetapi tersasar diranting kerana kawasan dipenuhi belukar.
 Turun menyusuri tebing adalah posisi terbaik,kali ini lontaran dibuat dipangkal pokok ketapang. Dengan buat henjutan kecil seolah ikan cedera tiba-tiba umpan saya disambar dgn kuat menyebabkan saya tergamam sabentar (dlm hati syak sang buaya)

Sentapan kuat membuatkan gewang melekat erat, tarik-menarik berlangsung dgn penuh dramatik. Untung ketika itu saya menggunakan rod joran laut yg keras,tanpa memberi peluang ikan melarikan diri kecelah-celah reba. Permainan berlangsung tak lama walaupun tentangan hebat, apabila sampai kegigi air rupa2nya ikan kakap merah (dlm2-3kg) yg tinggal ditakungan air payau itu.

Selepas Berjaya mendaratkan ikan yg pertama,saya mencuba lagi dgn melontar gewang kecelah2 reba kayu. Bagaikan ikan kolam yg kelaparan ,gewang saya dilahap lagi,sama dengan ikan pertama ikan yg berikut juga spesies kakap merah dlm 2-3 kg. Dalam masa sejam saja saya telah mendaratkan 9ekor ikan kakap merah yg banggak2.
 
 Disebabkan waktu dah maghrib dan cuaca pula mula gelap serta distinasi pulang keMersing masih jauh,saya pun beransur pulang dgn membawa kenangan manis yg tak mungkin dpt dilupakan.

Beberapa tahun kemudian saya pergi semula ketempat lubok ikan tersebut, ternyata keadaan telah berubah dan kawasan sekitarnya telah dibina chalet serta anak sungai mati juga telah menjadi lapang. Hajat untuk memancing disana juga terbantut apabila tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut kerana merupakan kawasan persendirian.

 Mungkin masih banyak lagi lubok ikan kakap spt yg saya ceritakan tadi disepanjang perairan Negara kita ini, andai anda terlihat anak sungai mati atau Lagun cuba2 lah gatal2kan tangan casting disitu kerana Rahsia tidak akan tersingkap jika tidak diterokai.

  
 Selamat mencuba....

Hasil Halaman Pengail Zulkiffleeh 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan