Isnin, 11 Jun 2012

KEJADIAN MISTIK KETIKA MANCING (di Sungai Johor)


PENGELAMAN KEJADIAN MISTIK KETIKA MEMANCING

Ada seorang rakan f/b bertanya ‘mengapa tiada gambar disertakan..?’,Alasan bukanlah tidak mahu merakamkan gambar pada tika memancing itu,tetapi ada beberapa sebab yang perlu dijelaskan disini…
 
·         Tahun 80an-90an tiada handfone berkemera waktu itu…
·         Yang ada hanyalah kemera ber filem ,dimana sering digunakan hanya untuk keramaian atau melancong,dan penggunaannya ‘leceh’perlu dihantar cuci dan guna duit yg bukan sedikit…
·         Sementara kemera terkini yg berdigital amat mudah digunakan tanpa perlu dihantar kekedai untuk dicuci filemnya.
·         Khuatir tragidi mistik yang mendebarkan berulang sekali lagi..atau tertangkap gambar yg tak sepatutnya atau juga ada yang ikut balik…

Mengikut pengalaman dimana saya pernah 3kali memperolehi sembilang yang banyak sepanjang menjadikan memancing sebagai hobi, iaitu :
·         Semasa baru-baru belajar memancing ketika umur 17th sekitar tahun 80an di Sungai Redan,Ulu Tiram Johor.(peroleh 1tin minyak tanah)
·         Sekitar tahun 90an menaiki bot di sekitar Estet Nam Heng,Ulu Tiram Johor(39ekor) dan..
·         Semalam 09/06/2012,diatas Jeti Pak Utih,Kg Pasir Putih,Nam Heng,Ulu Turam Johor (13ekor).
Kesemua tempat tersebut adalah kawasan sekitar yang berdekatan,walau bagaimana pun ditempat yang disebutkan tadi juga merupakan tempat yg KERAS pada alam mistik (bukan keras lantai konkriknya), dimana saya pernah melalui pengalaman mendebarkan dan tak dapat dilupakan,…

Pengalaman pertama:

Semasa umur dalam 17tahun iaitu sekitar tahun 80an ketika baru pertama kali memancing mengikuti abang dan arwah abang ipar mengail di tebing sungai,kawasan Sungai Redan,Ulu Tiram didalam kebun kelapa sawit,berhampiran kuil Hindu yang terpencil..
Sewaktu itu tidak pernah saya lihat ikan sembilang dikail begitu senang didaratkan,hanya berumpankan udang kopek sahaja..sehinggalah dirasakan umpan udang hampir kehabisan dan waktu masih lagi awal sekitar jam 5ptg saja,lalu arwah abang ipar menyarankan saya membeli lagi umpan udang dipekan berhampiran.

 Pekan berhampiran bukanlah dekat,hampir 5km jauhnya,
sementara saya baru pertama kali ketempat itu,jadi berpandukan tempat belakang kuil Hindu sahaja yg boleh saya ingat kedudukan pancingan kami. Setelah puas mencari dari satu kedai kesatu kedai akhirnya dapat juga umpan yg dicari,lalu bergegas membawa motosikal menuju ketempat pancingan kami tadi…

waktu pula menunjukkan sekitar 6ptg dan waktu dulu pkl 6ptg adalah waktu hampir maghrib,sementara saya masih dlm perjalanan mencari tempat yg dituju.
 
Kedudukan kebun kelapa sawit hampir sama sahaja,dan lorong tanah merah juga membuatkan kita keliru .Jam menunjukkan pukul 6.30ptg akhirnya sampai juga saya di kuil Hindu yang dicari,lalu saya mengikuti lorong kanan belakang kuil tersebut,…saya rasakan perjalanan begitu jauh sekali, tiba-tiba  saya perasan yang saya masih lagi berada dihadapan kuil hindu tersebut lagi.Dalam fikiran mungkin saya silap jalan,lalu saya ulangi jalan tersebut lagi dan berteriak memanggil abang2 saya tetapi tiada sahutan dan saya masih lagi tidak temui tempat abang2 saya mengail.

Hati mulai gelabah dan hampir menangis kerana dah hamper 4kali saya berpusing2 melalui kuil hindu tersebut.Belok kanan jumpa kuil itu,belok kiri juga jumpa kuil itu,waktu pula makin gelap dan tak nampak…akhirnya saya teringat pesan orang tua2,kalau sesat dihutan cuba2lah”azan”lalu saya pun azan sebanyak 3kali sekuat hati….tiba-tiba…(suspen) 

saya dengar suara abang saya memarahi saya kerana lambat dan” berazan” ditengah2 hutan pada waktu maghrib!! Fuuh…lega dapat juga saya bertemu dgn abang2 saya setelah melalui peristiwa yg mendebarkan. Yang peliknya abang2 saya tidak mendengar bunyi motosikal saya (sedangkan ekzos saya jenis yg membingitkan)dan tidak dengar saya memanggil nama2 mereka,sedangkan kedudukan kuil hindu dgn tebing sungai terlalu hampir…pelik bukan?

Pengalaman kedua.

Sekitar tahun 90an semasa kemaruk pada dunia pancingan,dimana saya sanggup membeli bot fiber dan engin semata2 demi minat pada mengail. Pernah 2-3 kali memancing diwaktu malam diatas bot fiber dan juga pernah melalui pengalaman mendebarkan sewaktu mengail diwaktu malam diganggu sesuatu .
 
Sewaktu itu kami 4 orang dgn menggunakan 2bot fiber memancing di sekitar Sungai Johor diEstet Nam Heng,Ulu tiram.Malam itu bulan penuh diterangi dan cantik pemandangan persekitaranya,dimana kami memancing saling berhampiran.
Semasa sedang asyik menukar umpan Ruat Bakau dan ikan pula menyambar tak henti2 tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu suara yang teramat asing bagi kami…suara seolah2 “mengerang”seolah”menangis hiba”…ketika itu masing senyap terdiam,tiada suara sindir-menyindir kedengaran…Serta merta bulu tengkuk meremang berdiri,masing2 berbisik bertanyakan bunyi apakah gerangan? Serta merta keadaan menjadi senyap termasuk gertuan ikan juga,ketika sedang asyik bertanyakan soalan yg tak terjawab…tidak semena-mena bot fiber kami terolang-aling seperti ada alun ombak seolah2 ada bot melintas lalu.
Didalam kepala mula lah memikirkan yang bukan2…mana ada bot lintas,..Buaya ke?

Teringat cerita orang tua2…suatu ketika ada pemancing menaiki bot telah didatangi tetamu tak diundang,”terperuk”duduk menumpang dihadapan bot mereka dengan rambut panjang mengurai, pakaian lusuh,serta berbau busuk meloyakan ,tetamu mereka adalah ‘Langsuir’datang tanpa diundang sambil membelangkangi pemancing tersebut…”terisak-isak”menangis”mengeluh” dan akhir sekali “mengillai”…..sehingga membuatkan pemancing tersebut ‘gelabah’ketakutan lalu pengsan…..

Eeeeeii…menyeramkan…akhirnya kami bergegas hidupkan engine bot lalu menarik sauh dan berpatah balik menuju kejeti kemudian terus balik membatalkan hasrat untuk memancing malam itu. Masing2 tertanya bunyi apakah itu?Benda apakah yang mengolang-olingkan bot fiber kami? Kejadian2 tadi menjadikan satu kemuskilan yang tak terjangkau oleh akal kami,Memang ramai yang menganggap ini tahyul tetapi bagi mereka yang pernah mengalami kejadian2 pelik seperti pengalaman saya tadi . Memang tidak disangkal, ada kehidupan lain iaitu alam mistik selain alam realiti ini….
 
Semoga cerita tersebut tidak mematahkan semangat pemancing2 untuk terus  dengan hobi pancingan Cuma beringat atau berwaspada lebih menjadikan dunia pancingan hobi yang menarik.

SELAMAT MEMANCING..

HASIL HALAMAN PENGAIL ZULKIFFLEEH.

9 ulasan:

  1. Salam....kawan saya penah menceritakan cerita hmpir serupa dgn cerita saudari...sy orang pontian jhor..manakala kwn saya orang senibong permas jb...suatu ketika dahulu kwn sy pernah memancing ikan di jeti bot di sungai namheng..dia kata berdekatan tempat pembuatan arang...dia pergi bertiga salah seorang dari nya warga singapura..sesampai saja tempat di tuju diaorang bertiga siap sdia untuk memancing..mereka sampai hampir msuk waktu maghrib...ntah mcm mana tanpa di duga muncul seorang lelaki tua berpesan...pesanan nya lbih kurang begini...balik lah nak..dah nak masuk maghrib nie tak elok memancing di sini...diaorang bertiga hanya mampu senyum hormat pd org tua tu td...so diaorang bertiga buat tak endah saja dgn pesanan orang tua td...ok diaorang pun memulakan pancingan seperti biasa...dia kata dpt jgk ank2 gelama dan beberapa ekor sembilang...selepas pukul 8 mlm mereka di kejut kan dengan satu suara tempikan yang kuat di seberang sungai iaitu di hutan bakau...bunyi nya lbih kurang begini huuuuuuuooooooooo,,,,,hhhuuuuuuooooooo,,,,bunyi apakah itu kwn sy tnya..smakin lama smakin dkt pulak bunyi tu..msg2 dah tak senang duduk..stelah tiada bunyi itu mereka masih tidak pulang dan trus memancing...dan akhir nya tiada ribut tiada gelombang dan tiada bot yang lalu tiba2 bot nelayan yang ada di jeti tu bergoncang kuat..seperti terkena gelombang yang kuat...malah lbeh memeranjat kan bot itu sperti di hempas2...apa lagi cabuuttttttttt...yang tak best nya seorang rakan yang warga singapura tu td bgai kan di sampuk bnda halus meronta ronta dan akhr nya pengsan...dah msuk dlm kereta diaorang pun pecut lah laju2...ble dah sampai di jalan besar mereka singgah di warung makan untuk meminta bntuan kwn yang di sampuk tu td...alhamdullillah sembuh bila di jampi oleh orang kampung...orang kampung tu ckp kamu dari mana smpai kan kwn kamu nie kena sampuk...kwn saya cerita lah dari awl hngga akhir...oooooo mcm tu kesah nyeeee...sbnar nye bkn kamu sahaja yang pernah alami perkara mcm nie...rmai dah kena..kat cnie kata nya jgn sesekali memancing ble nak masuk waktu maghrib...jgn sesekali mulut celupar..tntang bunyi tempikan tu td orang kmpung khusus nye nelayan dah lali dgn bunyi tu...jgn kacau dia sudah..air yang bergelombang td tu yang sampai sampan bergoyang dgn kuat di sebab kan oleh hantu air...nie msti ada salah seorang dari kamu yang bermulut celupar kn kate orang kampung tu tadi...ye mmg ada pakcik jwb ken sy..orang yang kene sampuk tu mulut mmg celupar kate nye..patut lah sampai kena sampuk...ok itu lah pengalaman yang pernah di alami oleh kawan saya yang bernama johari bin aripin..tp pd waktu yang lain mereka ada trun memancing lg di tempat yang sama tu..tp siang hari lah...alhamdullillah tiada apa apa...kwn saya ckap kwsan namheng nie mmg keras...sbab dia tahu dan pnh alami nya sndiri...dia pun sblum nie pernah di sergah oleh makhluk di pokok pisang ketika mtor nya pancit di waktu mlm sewaktu di namheng dulu..kwn sy nie dulu bertunang dengan orang kampung disana..so kerap lah dia dtg kerumah tunang nya dan balik tgah2 malam..tp dia dah pts tunang..dah kwin lain pun ada anak 4 orang..saya dan dia sekarang menetap di petaling jaya selangor..kejadian nie pun berlaku pada zmn 90'an dan dah nak msuk thun 2000..skrang tak tahu bgaimana keadaan di namheng seperti dahulu lg atau pun dah berubah...maaf kpd empunya blog sebab panjang sangat rasa nye sy komen nie..bkn apa skdar berkongsi pengalaman wlau pun saya tiada pd hari kejadiaan...tetapi pengalalaman dpt juga di kongsi sebgai ikhtibar dan panduan..assalam

    BalasPadam
  2. Askum.Saya Shah rizan dari Felda Sungai Sibol,Bandar Tenggara Johor nak berkongsi juga pengalaman saya dalam karier memancing saya.Berdasarkan blog tersebut di mana lokasi tersebut estet Nam heng.Saya pun pernah mengalami pengalaman mistik.Di mana waktu itu saya dan 4 orang sahabat sibuk memancing udang galah di salah satu muara di kawasan tersebut.Peristiwa mistik masa tu terjadi ketika kami pulang ke pangkalan.Kami menggunakan 2 biji fiber.Masing2 2 orang 1 fiber.Masa tu waktu menjelang maghrib.Masa2 lah terjadi peristiwa yang pelik,di mana fiber yang dinaiki rakan kami tidak bergerak,padahal sudah di dayung berkali2.Rakan kami berasa pelik sekali,lalu dengan semangat diri yang kuat salah satu dari rakan kami bersalawat atas nabi 3x lalu dengan izin Allah,bergeraklah fiber tersebut.Jadi kesimpulannya janganlah amalkan memancing di waktu maghrib.Ok terima kasih

    BalasPadam
  3. terbaik bro,agak agaknye namheng tu mantap lagi tak?

    BalasPadam
  4. thank nice infonya, kunjungi http://bit.ly/2MiUpB1

    BalasPadam
  5. saya orang nam heng bro☺ terima kasih datang memancing dekat sini☺ bila2 bolehlah datang sini memancing ye☺

    BalasPadam
  6. baru nak g sabtu petang akan datang...balik esok paginya...baca story...rasanya kensel jew la😹😹😹😹😹

    BalasPadam