KEKEK ,BOLOS DI SAJI, HABUAN SI PARI
Persisiran pantai Mersing kaya dgn lubuk ikan,kebanyakkan
pelancong yg datang memancing hanya memilih pancingan laut tetapi bagi warga
tempatan memancing dipersisiran pantai Mersing memuaskan.
Distinasi memancing popular spt Jeti Tg Leman(selatan),Kuala
sg Endau(utara),Bt Giling Anak(air papan), Tg Sg Mawar,Telok Arong dan banyak
lagi .
Lokasi memancing Ikan Pari diketahui iaitu pantai berpasir
dan ber teluk.Pari juga bergerak mengikut pergerakan air pasang dan surut jadi
dalam sungai keci atau besar Pari tetap masih boleh diperolehi. Seperti sg
Jamaluang dan sg Mawar,sg Sekakap (sg yang kecil) atau Sg Endau,sg Sedeli Besar atau sgJohor (sg yang
luas)spesies pari sentiasa menjanjikan kehadirannya.
Waktu sesuai iaitu ketika air gerak pasang, kurang berombak,juga
ketika air mula gerak surut sementara air laut,tidak terlalu jernih dan lebih
efaktif diwaktu petang ke malam.
Alatan memancing haruslah yg lasak iaitu joran pantai
panjang lebih dari 10kaki, tali sulam atau tangsi 25paun keatas,perambut kable
atau tangsi 30-60paun (panjang satu1/2depa), batu ladung jenis lonjong agar
tidak terolang-oleng dipukul ombak, mata kail no12 keatas,mesin pula jenis laut..kalau
setakat mesin pancing sungai alamat kena tukar barulah selepas dpt siPari
(itupun andai naik…)
Letakkan kedudukan joran dgn sempurna,”release” kan mesin
pancing agar pancing tidak tercampak kedalam laut kerana henjutan siPari memang
menakjubkan.
Umpan terbaik ikan Pari ialah ikan bebolos yg dipotong
serong,dibuang sirip ekor…”pangkok” matakail kedalam isi ikan (kalau boleh
tidak terlihat matakailnya)Atau di jadikan umpan hidup (bersaiz kecil),
Memancing
bebolos utk umpan siPari iaitu dgn menggunakan joran Ultra Ringan,mata kail
halus, tali 7paun dan umpan hirisan sotong/udang. Kebiasaanya bebolos
berkumpulan,dan bagi yg menggemari bebolos dan tidak mahu duduk diam boleh
dilakukan acara selingan bebolos atau ikan lain sementara menanti siPari
meragut umpan.
Selain bebolos ikan pengacau seperti ikan Kekek juga boleh
dijadikan umpan hidup untuk menjerat pari. Ini telah terbukti apabila seorang
rakan telah menyarankan penggunaan ikan tersebut dan hasilnya ternyata berkesan
apabila telah 2 X strike menggunakannya.
Harus diingat memancing Pari perlukan kesabaran,disamping
lambat menyambar Pari juga gemar “melekap”dipasir apabila rasa diri terancam. Usah
diberi peluang pd siPari ketika pancing telah ragut khuatir jika Pari dapat
melekapkan diri alamat berjamlah menunggu ia bergerak kembali.
Ikan pari juga sukar didaratkan terutama pemancing yg
memancing tmpt yg tinggi seperti Jambatan,Kelong kawasan berbatu tinggi,pastikan
ikan pari benar2 keletihan kemudian cuba bawa ikan ketempat yg rendah,usah
sesekali cuba mengangkat pari keatas akibatnya berputih mata lah kerana berat
ikan tidak sepadan dgn kekuatan perambut atau matakail,meskipun kuat mulut ikan
pasti robek dibuatnya.
Yang penting,ketika mendapat Pari memang extreme,bagai
menarik anak lembu dan isinya pun Sodap dimakan…
Selamat mencuba.
Dari Halaman Pengail Zulkiffleeh
salam . nak minta nasihat.tali brand apa yang saudara gunakan dan berapa pound.serta warna papa yang sesuai untuk pantia.setakat ni saya hanya guna tali lemax 25 lb shaja.minta boleh share info. terima kasih.
BalasPadamSalam Bdk Lepar,kekuatan tali yg sy guna iaitu semasa beli 'sentap' kuat,andai x putus(kuat laa tu) dlm 25lb (pantai) 60lb (laut) sementara warna hijau/biru dan gelap (laut) merah/coklat cerah (pantai) perambut 1/2 -1 depa (pantai) 1-1/2 depa (laut) 30-50lb (pantai) 80-120lb(laut) joran pantai 10kaki keatas( lagi panjang lagi baik/boleh lontar jauh) joran laut 5kaki memadai (keras) mata kail size 4-8 (pantai) size10keatas (laut) Ladung bersegi sesuai utk pantai (tidak terolang-oleng) atau batu hidup sementara laut lonjong (mudah turun kedasar/mudah berumbai dialun arus....Moga dapat sedikit info
BalasPadamAssalamualaikum..klu saya pakai batu ladung jenis sauh boleh Tak.
BalasPadam