Bulan april hingga Jun waktu laut beralun di persekitiran Tanjung Resang di laut Mersing dan bagi Pemancing dan Nelayan inilah waktu terbaik bagi menangkap ikan Timah @ ikan Parang atau ikan-ikan yg gemar bermain dipertengahan air seperti Tenggiri,Jemuduk dan lain-lain lagi. Bagi yang mabuk laut dinasihatkan mengail di sungai atau pantai sahaja kerana mabuk laut benar-benar menggangu kosenterasi memancing.
umpan tamban hidup |
Bagaimana ikan Parang diperolehi?selain memukat ,guna pancingan apollo dari tali rafia,kurang info yg benar-benar diperolehi bagi menjerat ikan Parang, itupun kadangkala bernasib baik dapat peroleh ikan Parang ketika memancing.
Rahsia Pemancing dan Nelayan di Mersing ialah dengan menggunakan sejenis alat “Pelontang”. Pelontang bermakna pelampung bagi menimbulkan tali kail atau jaring juga dijadikan tanda dipermukaan air."Pelontang Puput"alat yang mudah dibuat atau diperolehi iaitu dari botol air mineral 600ml,perambut dan mata kail serta umpan segar atau hidup.
Cara membuatnya cukup mudah cuma matakail dan cara menangkapnya sedikit rumit…dimana matakailnya diperbuat dari kawat’ tembaga yg di asah tajam bertujuan agar mudah dicabut dari mulut ikan Parang yg gemar menelan umpan yg dihulurkan. Dimana kawat tembaga mudah lurus dan mudah juga dilenturkan semula. Untuk makluman mulut ikan Timah @ Parang adalah lembut tidak seperti ikan tenggiri atau kekacang.
Botol mineral di cat warna terang (sekitar 20-30 biji) kemudian di ikat perambut 30-40 paun sepanjang satu setengah hingga 2 depa panjang, matakail diperbuat dari dawai tembaga yang ditajamkan tetapi mudah dilentur dan diluruskan serta umpan ikan tamban yg baru dipancing atau dijala sekitar unjam di Pulau Gajah (segar atau Hidup2)
Dengan warna terang pemancing dapat melihat botol mineral dari jauh,seandai ikan Parang @ Timah menyambar umpan iaitu botol mineral akan tenggelam timbul serta dibawa lari seperti memancing cara pelampung. Segeralah mendapatkan botol yg telah disambar ikan agar tidak berputih mata. Pasang semula umpan ikan dan lepaskan semula ke laut.
Kebiasaannya bila tiba musim ikan Timah @Parang,pemancing atau nelayan diTanjung Resang Mersing tak menang tangan dibuatnya. Pemancing2 yg berminat mempelajari cara ini bolehlah memperaktikkannya, selamat mencuba.
Dari Halaman Pengail :Zulkiffleeh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan