Rabu, 27 Jun 2012


BENGKEL PANCINGAN BOT (Bahagian Kedua)

KENALI BAB ENGIN

Bukan semua boleh mengemudikan bot tanpa mempelajari asas2nya,bagi memastikannya pelajari  mengenal  bahagian engin dan fungsinya secara ringkas seperti digambarrajah dibawah.

A)    TALI SAWAT @’STARTER’

Berfungsi bagi menghidupkan engin ,tukar jika tali sawat ini dah rosak dan waktu kecemasan boleh guna tali yg sama-padan (spt tali sauh)

B) GEAR

Bagi  engin sangkut dibawah 5kuasa kuda tiada gear, Cuma guna throttle minyak dan jika ingin ‘mengundur’pusingkan throttle kebelakang ..kepala engin boleh dipusingkan 360’ terhalang dari kabel minyak saja.Sementara engin bot berkapasiti 5hp keatas terdapat sistem gear iaitu UNDUR-BEBAS-MAJU (Reverse-Free-Forward) dan kepalanya boleh pusing  sekadar 180’(kekiri dan kekanan aje)

C) KABEL MINYAK ,Fuel connector

Terdapat penyambungan ‘Fuel connator’menggunakan kepala saluran ke tong minyak,cara nya mudah Cuma pasang dan cabut sementara disaluran getah tersebut terdapat pam bagi melaraskan penyaluran minyak ke kaburitor.

D) CHOKE

Kegunaannya semasa engin tak mahu hidup (awal pagi atau dah lama tak dihidupkan)..Tarik choke kemudian start tanpa memulaskan throttle,selepas hidup segera tolak choke semula agar engin tak sangkut2 atau tak mahu hidup terus.

E) SUIS OFF

Fungsinya untuk menghentikan engin,jika baru-baru memandu kelam-kabut dibuatnya tak tau nak matikan engin.
 

F) THROTTLE MINYAK

Fungsinya seperti  Throttle motosikal,pulas memulas…

G) KLIP ENGIN

Fungsinya mengabungkan engin dan badan bot,ikat dengan ketat dan kebiasaannya terdapat pelapik alminium.Bagi keselamatan,ikatlah tali dari klip tersebut ke badan bot,bertujuan andai cengkaman longgar dan propeller terlanggar beting kemungkinan engin bot boleh terpelanting,atau bot terbalik tetapi engin masih berpaut di bot.

H) SALURAN AIR

Terdapat dibawah bahagian belakang kepala engin ,fungsinya melaras perjalanan air (penyejuk engin) Sentiasa ambil perhatian tehadap keluar masuk air ini,andai tersumbat jolok kedalam lobang tersebut bagi memastikan perjalanannya lancar.

PENGENDALIANNYA

Cara menghidupkan engin bot sangkut,langkah2 seterusnya…
·         Sambungkan Hose minyak ke engin,kemudian pam minyak hingga keras.
·         Pastikan gear dalam keadaan free, pulas sedikit throttle kemudian ‘start’ guna tali sawat.
·         Jika tak mau hidup tarik lah choke (spt bab choke)
·         Setelah hidup lihat pengeluaran air,sistem penyejukan engin bermasalah jika air tidak keluar.
·         Tarik gear Maju’forward’ dan pulaslah throttle perlahan2 dan bot akan dipandu kehadapan.

·         Jika bot telah diubahsuai serta miliki stereng,pemanduannya juga spt sebuah kereta iaitu pulas kanan ia akan belok kekanan begitu juga sebaliknya. Tetapi jika pemandu menggunakan kemudi’throttle bar’ (dari engin) cara bawanya berlainan iaitu nak belok kekanan kena tolak kemudi ‘throttle bar’ keKIRI dan begitu juga sebaliknya bermaksud berlainan arah.
·         Tiada system brake pada bot,jadi gunakan gear ‘Forward’dan ‘Reverse’ bagi mudah dikawal, tumpukan perhatian dihadapan,pulas throttle perlahan2..jika ada apa2 berlaku terus freekan tolak kegear Reverse tetapi jgn lakukan ketika laju(lain pulak jadinya nanti)
·         Faktor angin,arus dan alun banyak mempengaruhi cara kita mengendalikan bot,saranan saya baru2 belajar atau jadi bidan terjun ketika menggantikan ‘botman’ elakkan lah benda2 tadi iaitu pergi ditempat selamat.
·         Gear Reverse digunakan ketika keluar mengundur samada dari pangkalan atau sungai sempit atau juga selepas membuang sauh,caranya iaitu tolak gear Reverse perah throttle perlahan2 undur dgn selamat pastikan tiada halangan dibelakang bot sehingga jarak bot benar2 selamat, kemudian teruskan perjalanan atau buat pusingan atau berhenti utk labuh bot.
·         Bot yang bhg bawahnya berbentuk ‘kon’atau’V’ sesuai utk kawasan berombak seperti pantai atau muara sungai(kawasan yg berisiko besarmemerlukan kemahiran yg tinggi),ini kerana ia dapat memotong ombak dgn pergerakan yg lancar.Semasa berhadapan dgn ombak,kedudukan bot haruslah menegak melawan atau merempuh ombak tersebut,usah biarkan badan bot melintangi ombak akibatnya membawa padah.
·         Ketika berhadapan dgn alun atau arus deras,kebiasaannya pergerakan bot tidak dpt bergerak pd garisan lurus atau stabil jadi kedudukan kemudi lengan digerakkan kekanan atau kiri ketika menempuh arus tersebut.Faktor imbangan bukan saja pd penumpang malah imbangan pemanduan juga perlu.
·         Jika terasa melanggar beting pasir atau batu2 segeralah perlahankan throttle kemudian angkat atau jongket kipas tinggi sedikit,pandu atau dayung kekawasan yang dalam agar bot tak bocor atau terkandas.Terdapat klip diantara propeller dan skru pengikat engin ,bagi melaraskan kedudukan kipas.caranya iaitu jongket sikit kemudian letaklah pada kedudukan yg dikehendaki,jika diletakkan terlalu kehadapan,ketika dipandu bhg hadapan bot akan menurun  kegigi air dan jika terlalu kebelakang,bot pula akan mendongak ketika dipandu.

SAAT MECEMASKAN

Ketika berhadapan dengan situasai mencemaskan,usahlah panik…cubalah cari jalan penyeselaian terbaik.Kebiasaannya situasai yg sering dihadapi adalah saat engin bot meragam…. ini kerana tanpa diduga palam pencuch basah atau dah rosak dgn keadaan hampir gelap atau jauh dari pulau dan dalam keadaan hujan pula ,mau tersentak jantung dibuatnya.
Usah panik cari jalan terbaik,mula2 labuh sauh agar tak dihanyut jauh.pastikan ada pakaian kering,dan ketika membaiki pastikan juga bhg engin tidak dibasahi air (jika perlu tutup dgn plastik sementara hujan berhenti) Penyediaan alat ganti palam pencucuh’spark plug’ amat penting dan jika tak mau hidup juga periksalah kabel api atau kepala palam pencucuh samada rosak.buatlah spt baiki motosikal ketika meragam dan tak mau hidup atau pam2 keringkan air dalam ‘head blok’,atau buang minyak  bermasalah dalam kaburitor.
Jika tiada alat ganti spark plug lagi dimana api kecil atau tiada langsung jalan terakhir ialah dgn pecahkan plastik dalaman kemudian rapatkan matanya,jika hidup jangan lupa utk diganti baru selepas sampai kedistinasi.Tetapi kalau tak mau hidup jugak”,tak dapat den nak menolong…”Cari2 bantuan spt belajar cari signal handfone (kebiasaannya tiada signal dikawasan terpencil,tetapi saya pernah beberapa kali Berjaya menghubungi keluarga ditengah2 hutan tebal) Juga jika ada simpati dari bot yg lalu lalang yg sudi memberi bantuan menunda,..kebiasaannya”0”….jalan terbaik tunggu air tenang,dayunglah berganti2 dibahgian bucu(hadapan) bot.

PORT2 TERBAIK SEMASA BERLABUH

Kebiasaannya  selepas subuh penyediaan waktu terbaik utk memancing dgn bot,carilah semasa air surut ,punggah-memunggah alatan termasuk engin,’test’keadaan engin,pastikan tiada yg tertinggal.Bekalan makanan dan umpan mencukupi tapi jika ingin umpan segar pergilah ke muara2 anak sungai kecil,tebarlah jala pasti akan dapat udang atau anak2 ikan belanak dan pastikan juga oksigen ikan dibawa sekali.

Buatlah perancangan ketika air surut,menghala tuju jauh ke muara atau kawasan dalam,dan ketika air mula gerak pasang kita telah berada dikawasan stratigik dimana kemasukan ikan beramai2 ke dalam sungai. Carilah alur sungai yg dalam, berbatu atau berkarang ,waktu air dah banyak pandu masuk, geraklah ke atas semula,carilah simpang2 pecahan sungai atau carilah reba2,tiang2,tunggul,kwsn berkarang atau ranting2 mencecah air dimana banyak ikan bermain disekitarnya.
 
Ketika air gerak mati,masuklah kedalam anak2 sungai,pemburuan ikan2 kasar bermula…gunakan umpan udang hidup atau yg gemar guna gewang, castinglah di celah2 kawasan bakau yg dirasakan molek. Kebiasaannya ikan seperti siakap putih,kerapu mata hijau,kakap merah,tebal pipi dan banyak lagi ikan sisik yg tak mustahil utk diperolehi (rekod saya disungai johor siakap 7kg) ketika air tenang.
Dan ketika air gerak surut labuh dimuara2 anak sungai atau tebing2 sungai utk menjerat ikan dasar disamping mengelakkan arus deras semasa surut dan ketika air hampir surut mati kita dah sampai kejeti utk pulang.Jika pulangan hampeh,usah keciwa adat memancing ada masa lumayan ada masa mengeciwakan ,yang penting  pengail sejati adalah pemancing yg tak kenal putus asa.
Selamat memandu bot dan hargai keseronokan memancing.
Dari Halaman Pengail Zulkiffleeh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan