Rabu, 27 Jun 2012


BENGKEL PANCINGAN BOT (Bahagian Pertama)

Ramai pemancing berminat memancing menggunakan bot tetapi kerana kurang keyakinan diri dapat mengendalikan bot,maka hasrat terpaksa dipendamkan. Kebiasaannya pemancing dapat mengendalikan pemanduan bot setelah turut serta mengikuti pemancing yg sering menggunakan bot. Jika ada keperhatinan dan tak malu bertanya,pasti keberanian atau keyakinan diri dapat diatasi.
Dibawah ini ada beberapa asas yg dpt dipelajari:

ASAS AWAL YG PATUT DIPELAJARI

·         A) ikatan dan sauh
·         B) jenis bot dan jenis engin
·         C) faktor keselamatan
·         D) pengendalian
·         E) saat kecemasan
·         F) keseronokan dan port labuh terbaik

IKATAN DAN SAUH

Ikatan dan simpulan amat penting bagi menjamin kekuatan tali,spt juga asas awal mengenal dunia pancingan.Pelajari kaedah simpulan dapat memastikan bot agar tidak menjadi satu ancaman diri seperti ikatan tika menambat bot,tali tak boleh,terlalu pendek atau membuat simpulan mati kerana bot boleh karam kalau air pasang dan bot akan tergantung dan menjadi Tukun ketika air surut. Tali terlalu panjang pula boleh menyebabkan tali bot putus dan menghanyutkan bot.
TALI SAUH
Tali sauh pula biarlah panjang melebahi 30-50meter,kadang kala ada lubok yg dalam melebahi 30meter dan kalau laut seharusnya melebahi 100meter,jangan sampai dihanyutkan arus dan secara kebetulan engin pula buat hal apabila sauh tidak dapat melekat didasar,kita akan dihanyutkan jauh berbatu2.

SAUH
 Sauh boleh dibeli tetapi kebanyakan sauh yg dibeli ringan dan kurang efaktif ,jadi saranan saya upah membuat lebih elok dan baik penggunaannya.
Cara membuatnya iaitu sediakan besi bunga 1” x 1/2 meter 1batang(utk tulang),juga 1btg besi yg sama iaitu 1” x 1’(besi pemberat) serta 3-4 btg besi ½” x 1’panjang(sebagai pengait) dan 2biji nat 11/2”(tmpt letak tali) Hantar kebengkel untuk dikimpal atau patri dimana kosnya murah lagipun sering kali sauh menjadi ‘tukun’kerana sangkut didasar berisiko.
.Bagi memastikan sauh tidak mudah hilang didasar sungai ada keadahnya iaitu hujung tali sauh yg telah diikat  pd hujung kepala sauh,dan di belakang sauh pula digunakan tali rapiah atau tangsi diikat bersama tali sauh.Tujuannya jika sauh tersekat didasar,sentaplah tali rapiah akan putus dan tali sauh akan berada di bahagian hujung kepala sauh dan sauh dpt dinaikkan dgn selamat.

JENIS BOT DAN ENGIN

BOT
Kenali jenis2 bot serta engin bagi memberi  seselesaan terutama untuk pancingan sungai, bot terbahagi kpd dua iaitu bot kayu dan bot fiber. Bot kayu sekarang kurang kepenggunanya kerana sukar dan makan masa utk membuatnya,keselsaanya bot ini tidak kuat beroleng dan amat sesuai pd yg mudah mabuk laut.Sementara bot fiber banyak dan mudah didapati ,keselesaanya kurang kerana mudah terolang-oleng apabila dipukul ombak atau alun .
Carilah bentuk kon tajam atau teras ‘V’ dibawahnya agar dapat ‘menaggak’alun dan ombak,sementara bentuk leper dibawahnya sesuai digunakan di kawasan tasik dan kawasan tenang,kerana jika digunakan dikawasan berisiko spt sungai luas,pantai dan laut ,bot ini akan mudah terbalik dipukul ombak ,alun atau arus deras.
Bot juga  haruslah seimbang dgn kuasa kuda engin (hp),jika bot fiber berukuran 12kaki gunalah engin 3-4kuasa kuda,sesuai dinaiki utk 1-2org dan kelajuannya terhad.Bot berukuran 14-16kaki sesuai gunakan engin 5-8kuasa kuda,sementara bot berukuran 16-21kaki sesuai menggunakan  engin 15kuasa kuda keatas, kesemuanya demi keselesaan pemanduan,andai digunakan bot kecil tapi engin pula berkuasa besar,keadaan bot seolah2 ingin karam dan muncung hadapannya akan mendongak dan air akan masuk melalui belakang apabila diperah minyak.Sebaliknya jika bot besar dan engin berkuasa kecil,bot dipandu seakan2 tidak bergerak. 

FAKTOR KESELAMATAN

Beberapa  asas keselamatan harus diberi keutamaan sebelum pergi memancing menaiki bot,buat lah catatan sebelum memulakan pemergian…

A)   Jeket keselamatan.

Kepenggunaanya diberi keutamaan demi keluarga atau org tersayang,usah tercabar dgn nelayan atau org asli kerana mereka telah mahir kawasan sekitar dan mahir dalam dunia sungai atau laut.

B)   Pendayung

Sentiasa beringat,kemalangan berlaku dalam keadaan yg tak dijangka,begitu juga dgn situasi ketika  mengendalikan bot ada masa nya kerosakan engin tidak dapat dielak,jadi jalan sebaik2nya ialah adanya pendayung yg dpt meleraikan masalah tersebut.  

C)    Kit dan tool  keselamatan

Ada beberapa alatan yg perlu dibawa spt ubatan (plaster,ubat tahan sakit,po chai dan minyak angin). Gunalah kasut ketika dalam bot bagi mengelakkan kecederaan spt licin,tertusuk duri ikan atau mata kail. Pakaian pelindung matahari kerana kedudukan diatas bot fiber spt di panggang dibara api terutama ketika berada ditengah2 sungai atau pantai. Gunakan baju lengan panjang,topi lebar,berkaca mata gelap,pelindung muka (tak pakai lepas mancing jadi ‘awang hitam;laa…)atau sasuatu pakaian yg dpt melindungi dari kulit terbakar kerana pancaran matahari pd kulit berterusan boleh menyebabkan kanser(kononnya).Serta penyediaan alatan spt alat pembuka plag (palam pencucuh),spark plag tambahan,player,testpen,kertas pasir ,dawai,paku 2”dan pisau Mac Gyver,kesemuanya berperanan ketika dalam keadaan darurat.

D)   Alatan mancing

Usah guna alatan pancing panjang,kerana menggangu serta sukar dikendalikan,tertusuk rakan depan tersondol rakan belakang,lagipun lontar jauh sekalipun ,matakail akan tetap berada dibawah bot juga kecuali casting atau sungai yg tak berapa dalam. Usah sepahkan matakail atau duri ikan didalam bot, gunakan guni atau kain bagi mengurangkan bunyi bising ‘keleparan’ikan.
Dengan pelajari sedikit selok-belok asas sebelum menceburkan  diri dlm pengendalian bot harap dapat membantu,ikutilah sambungan bengkel ini pada bahagian kedua.
Dari Halaman Pengail Zulkiffleeh


BENGKEL PANCINGAN BOT (Bahagian Kedua)

KENALI BAB ENGIN

Bukan semua boleh mengemudikan bot tanpa mempelajari asas2nya,bagi memastikannya pelajari  mengenal  bahagian engin dan fungsinya secara ringkas seperti digambarrajah dibawah.

A)    TALI SAWAT @’STARTER’

Berfungsi bagi menghidupkan engin ,tukar jika tali sawat ini dah rosak dan waktu kecemasan boleh guna tali yg sama-padan (spt tali sauh)

B) GEAR

Bagi  engin sangkut dibawah 5kuasa kuda tiada gear, Cuma guna throttle minyak dan jika ingin ‘mengundur’pusingkan throttle kebelakang ..kepala engin boleh dipusingkan 360’ terhalang dari kabel minyak saja.Sementara engin bot berkapasiti 5hp keatas terdapat sistem gear iaitu UNDUR-BEBAS-MAJU (Reverse-Free-Forward) dan kepalanya boleh pusing  sekadar 180’(kekiri dan kekanan aje)

C) KABEL MINYAK ,Fuel connector

Terdapat penyambungan ‘Fuel connator’menggunakan kepala saluran ke tong minyak,cara nya mudah Cuma pasang dan cabut sementara disaluran getah tersebut terdapat pam bagi melaraskan penyaluran minyak ke kaburitor.

D) CHOKE

Kegunaannya semasa engin tak mahu hidup (awal pagi atau dah lama tak dihidupkan)..Tarik choke kemudian start tanpa memulaskan throttle,selepas hidup segera tolak choke semula agar engin tak sangkut2 atau tak mahu hidup terus.

E) SUIS OFF

Fungsinya untuk menghentikan engin,jika baru-baru memandu kelam-kabut dibuatnya tak tau nak matikan engin.
 

F) THROTTLE MINYAK

Fungsinya seperti  Throttle motosikal,pulas memulas…

G) KLIP ENGIN

Fungsinya mengabungkan engin dan badan bot,ikat dengan ketat dan kebiasaannya terdapat pelapik alminium.Bagi keselamatan,ikatlah tali dari klip tersebut ke badan bot,bertujuan andai cengkaman longgar dan propeller terlanggar beting kemungkinan engin bot boleh terpelanting,atau bot terbalik tetapi engin masih berpaut di bot.

H) SALURAN AIR

Terdapat dibawah bahagian belakang kepala engin ,fungsinya melaras perjalanan air (penyejuk engin) Sentiasa ambil perhatian tehadap keluar masuk air ini,andai tersumbat jolok kedalam lobang tersebut bagi memastikan perjalanannya lancar.

PENGENDALIANNYA

Cara menghidupkan engin bot sangkut,langkah2 seterusnya…
·         Sambungkan Hose minyak ke engin,kemudian pam minyak hingga keras.
·         Pastikan gear dalam keadaan free, pulas sedikit throttle kemudian ‘start’ guna tali sawat.
·         Jika tak mau hidup tarik lah choke (spt bab choke)
·         Setelah hidup lihat pengeluaran air,sistem penyejukan engin bermasalah jika air tidak keluar.
·         Tarik gear Maju’forward’ dan pulaslah throttle perlahan2 dan bot akan dipandu kehadapan.

·         Jika bot telah diubahsuai serta miliki stereng,pemanduannya juga spt sebuah kereta iaitu pulas kanan ia akan belok kekanan begitu juga sebaliknya. Tetapi jika pemandu menggunakan kemudi’throttle bar’ (dari engin) cara bawanya berlainan iaitu nak belok kekanan kena tolak kemudi ‘throttle bar’ keKIRI dan begitu juga sebaliknya bermaksud berlainan arah.
·         Tiada system brake pada bot,jadi gunakan gear ‘Forward’dan ‘Reverse’ bagi mudah dikawal, tumpukan perhatian dihadapan,pulas throttle perlahan2..jika ada apa2 berlaku terus freekan tolak kegear Reverse tetapi jgn lakukan ketika laju(lain pulak jadinya nanti)
·         Faktor angin,arus dan alun banyak mempengaruhi cara kita mengendalikan bot,saranan saya baru2 belajar atau jadi bidan terjun ketika menggantikan ‘botman’ elakkan lah benda2 tadi iaitu pergi ditempat selamat.
·         Gear Reverse digunakan ketika keluar mengundur samada dari pangkalan atau sungai sempit atau juga selepas membuang sauh,caranya iaitu tolak gear Reverse perah throttle perlahan2 undur dgn selamat pastikan tiada halangan dibelakang bot sehingga jarak bot benar2 selamat, kemudian teruskan perjalanan atau buat pusingan atau berhenti utk labuh bot.
·         Bot yang bhg bawahnya berbentuk ‘kon’atau’V’ sesuai utk kawasan berombak seperti pantai atau muara sungai(kawasan yg berisiko besarmemerlukan kemahiran yg tinggi),ini kerana ia dapat memotong ombak dgn pergerakan yg lancar.Semasa berhadapan dgn ombak,kedudukan bot haruslah menegak melawan atau merempuh ombak tersebut,usah biarkan badan bot melintangi ombak akibatnya membawa padah.
·         Ketika berhadapan dgn alun atau arus deras,kebiasaannya pergerakan bot tidak dpt bergerak pd garisan lurus atau stabil jadi kedudukan kemudi lengan digerakkan kekanan atau kiri ketika menempuh arus tersebut.Faktor imbangan bukan saja pd penumpang malah imbangan pemanduan juga perlu.
·         Jika terasa melanggar beting pasir atau batu2 segeralah perlahankan throttle kemudian angkat atau jongket kipas tinggi sedikit,pandu atau dayung kekawasan yang dalam agar bot tak bocor atau terkandas.Terdapat klip diantara propeller dan skru pengikat engin ,bagi melaraskan kedudukan kipas.caranya iaitu jongket sikit kemudian letaklah pada kedudukan yg dikehendaki,jika diletakkan terlalu kehadapan,ketika dipandu bhg hadapan bot akan menurun  kegigi air dan jika terlalu kebelakang,bot pula akan mendongak ketika dipandu.

SAAT MECEMASKAN

Ketika berhadapan dengan situasai mencemaskan,usahlah panik…cubalah cari jalan penyeselaian terbaik.Kebiasaannya situasai yg sering dihadapi adalah saat engin bot meragam…. ini kerana tanpa diduga palam pencuch basah atau dah rosak dgn keadaan hampir gelap atau jauh dari pulau dan dalam keadaan hujan pula ,mau tersentak jantung dibuatnya.
Usah panik cari jalan terbaik,mula2 labuh sauh agar tak dihanyut jauh.pastikan ada pakaian kering,dan ketika membaiki pastikan juga bhg engin tidak dibasahi air (jika perlu tutup dgn plastik sementara hujan berhenti) Penyediaan alat ganti palam pencucuh’spark plug’ amat penting dan jika tak mau hidup juga periksalah kabel api atau kepala palam pencucuh samada rosak.buatlah spt baiki motosikal ketika meragam dan tak mau hidup atau pam2 keringkan air dalam ‘head blok’,atau buang minyak  bermasalah dalam kaburitor.
Jika tiada alat ganti spark plug lagi dimana api kecil atau tiada langsung jalan terakhir ialah dgn pecahkan plastik dalaman kemudian rapatkan matanya,jika hidup jangan lupa utk diganti baru selepas sampai kedistinasi.Tetapi kalau tak mau hidup jugak”,tak dapat den nak menolong…”Cari2 bantuan spt belajar cari signal handfone (kebiasaannya tiada signal dikawasan terpencil,tetapi saya pernah beberapa kali Berjaya menghubungi keluarga ditengah2 hutan tebal) Juga jika ada simpati dari bot yg lalu lalang yg sudi memberi bantuan menunda,..kebiasaannya”0”….jalan terbaik tunggu air tenang,dayunglah berganti2 dibahgian bucu(hadapan) bot.

PORT2 TERBAIK SEMASA BERLABUH

Kebiasaannya  selepas subuh penyediaan waktu terbaik utk memancing dgn bot,carilah semasa air surut ,punggah-memunggah alatan termasuk engin,’test’keadaan engin,pastikan tiada yg tertinggal.Bekalan makanan dan umpan mencukupi tapi jika ingin umpan segar pergilah ke muara2 anak sungai kecil,tebarlah jala pasti akan dapat udang atau anak2 ikan belanak dan pastikan juga oksigen ikan dibawa sekali.

Buatlah perancangan ketika air surut,menghala tuju jauh ke muara atau kawasan dalam,dan ketika air mula gerak pasang kita telah berada dikawasan stratigik dimana kemasukan ikan beramai2 ke dalam sungai. Carilah alur sungai yg dalam, berbatu atau berkarang ,waktu air dah banyak pandu masuk, geraklah ke atas semula,carilah simpang2 pecahan sungai atau carilah reba2,tiang2,tunggul,kwsn berkarang atau ranting2 mencecah air dimana banyak ikan bermain disekitarnya.
 
Ketika air gerak mati,masuklah kedalam anak2 sungai,pemburuan ikan2 kasar bermula…gunakan umpan udang hidup atau yg gemar guna gewang, castinglah di celah2 kawasan bakau yg dirasakan molek. Kebiasaannya ikan seperti siakap putih,kerapu mata hijau,kakap merah,tebal pipi dan banyak lagi ikan sisik yg tak mustahil utk diperolehi (rekod saya disungai johor siakap 7kg) ketika air tenang.
Dan ketika air gerak surut labuh dimuara2 anak sungai atau tebing2 sungai utk menjerat ikan dasar disamping mengelakkan arus deras semasa surut dan ketika air hampir surut mati kita dah sampai kejeti utk pulang.Jika pulangan hampeh,usah keciwa adat memancing ada masa lumayan ada masa mengeciwakan ,yang penting  pengail sejati adalah pemancing yg tak kenal putus asa.
Selamat memandu bot dan hargai keseronokan memancing.
Dari Halaman Pengail Zulkiffleeh

Jumaat, 22 Jun 2012

KEKEK,BOLOS DISAJI HABUAN PARI


KEKEK ,BOLOS DI SAJI, HABUAN SI PARI

Persisiran pantai Mersing kaya dgn lubuk ikan,kebanyakkan pelancong yg datang memancing hanya memilih pancingan laut tetapi bagi warga tempatan memancing dipersisiran pantai Mersing memuaskan.

Distinasi memancing popular spt Jeti Tg Leman(selatan),Kuala sg Endau(utara),Bt Giling Anak(air papan), Tg Sg Mawar,Telok Arong dan banyak lagi .

Lokasi memancing Ikan Pari diketahui iaitu pantai berpasir dan ber teluk.Pari juga bergerak mengikut pergerakan air pasang dan surut jadi dalam sungai keci atau besar Pari tetap masih boleh diperolehi. Seperti sg Jamaluang dan sg Mawar,sg Sekakap (sg yang kecil) atau Sg Endau,sg Sedeli Besar atau sgJohor (sg yang luas)spesies pari sentiasa menjanjikan kehadirannya.

Waktu sesuai iaitu ketika air gerak pasang, kurang berombak,juga ketika air mula gerak surut sementara air laut,tidak terlalu jernih dan lebih efaktif diwaktu petang ke malam.

Alatan memancing haruslah yg lasak iaitu joran pantai panjang lebih dari 10kaki, tali sulam atau tangsi 25paun keatas,perambut kable atau tangsi 30-60paun (panjang satu1/2depa), batu ladung jenis lonjong agar tidak terolang-oleng dipukul ombak, mata kail no12 keatas,mesin pula jenis laut..kalau setakat mesin pancing sungai alamat kena tukar barulah selepas dpt siPari (itupun andai naik…)

Letakkan kedudukan joran dgn sempurna,”release” kan mesin pancing agar pancing tidak tercampak kedalam laut kerana henjutan siPari memang menakjubkan.
Umpan terbaik ikan Pari ialah ikan bebolos yg dipotong serong,dibuang sirip ekor…”pangkok” matakail kedalam isi ikan (kalau boleh tidak terlihat matakailnya)Atau di jadikan umpan hidup (bersaiz kecil),
 Memancing bebolos utk umpan siPari iaitu dgn menggunakan joran Ultra Ringan,mata kail halus, tali 7paun dan umpan hirisan sotong/udang. Kebiasaanya bebolos berkumpulan,dan bagi yg menggemari bebolos dan tidak mahu duduk diam boleh dilakukan acara selingan bebolos atau ikan lain sementara menanti siPari meragut umpan.
 
Selain bebolos ikan pengacau seperti ikan Kekek juga boleh dijadikan umpan hidup untuk menjerat pari. Ini telah terbukti apabila seorang rakan telah menyarankan penggunaan ikan tersebut dan hasilnya ternyata berkesan apabila telah 2 X strike menggunakannya.

Harus diingat memancing Pari perlukan kesabaran,disamping lambat menyambar Pari juga gemar “melekap”dipasir apabila rasa diri terancam. Usah diberi peluang pd siPari ketika pancing telah ragut khuatir jika Pari dapat melekapkan diri alamat berjamlah menunggu ia bergerak kembali.

Ikan pari juga sukar didaratkan terutama pemancing yg memancing tmpt yg tinggi seperti Jambatan,Kelong kawasan berbatu tinggi,pastikan ikan pari benar2 keletihan kemudian cuba bawa ikan ketempat yg rendah,usah sesekali cuba mengangkat pari keatas akibatnya berputih mata lah kerana berat ikan tidak sepadan dgn kekuatan perambut atau matakail,meskipun kuat mulut ikan pasti robek dibuatnya.

Yang penting,ketika mendapat Pari memang extreme,bagai menarik anak lembu dan isinya pun Sodap dimakan…
Selamat mencuba.
Dari Halaman Pengail Zulkiffleeh 

Isnin, 11 Jun 2012

KEJADIAN MISTIK KETIKA MANCING (di Sungai Johor)


PENGELAMAN KEJADIAN MISTIK KETIKA MEMANCING

Ada seorang rakan f/b bertanya ‘mengapa tiada gambar disertakan..?’,Alasan bukanlah tidak mahu merakamkan gambar pada tika memancing itu,tetapi ada beberapa sebab yang perlu dijelaskan disini…
 
·         Tahun 80an-90an tiada handfone berkemera waktu itu…
·         Yang ada hanyalah kemera ber filem ,dimana sering digunakan hanya untuk keramaian atau melancong,dan penggunaannya ‘leceh’perlu dihantar cuci dan guna duit yg bukan sedikit…
·         Sementara kemera terkini yg berdigital amat mudah digunakan tanpa perlu dihantar kekedai untuk dicuci filemnya.
·         Khuatir tragidi mistik yang mendebarkan berulang sekali lagi..atau tertangkap gambar yg tak sepatutnya atau juga ada yang ikut balik…

Mengikut pengalaman dimana saya pernah 3kali memperolehi sembilang yang banyak sepanjang menjadikan memancing sebagai hobi, iaitu :
·         Semasa baru-baru belajar memancing ketika umur 17th sekitar tahun 80an di Sungai Redan,Ulu Tiram Johor.(peroleh 1tin minyak tanah)
·         Sekitar tahun 90an menaiki bot di sekitar Estet Nam Heng,Ulu Tiram Johor(39ekor) dan..
·         Semalam 09/06/2012,diatas Jeti Pak Utih,Kg Pasir Putih,Nam Heng,Ulu Turam Johor (13ekor).
Kesemua tempat tersebut adalah kawasan sekitar yang berdekatan,walau bagaimana pun ditempat yang disebutkan tadi juga merupakan tempat yg KERAS pada alam mistik (bukan keras lantai konkriknya), dimana saya pernah melalui pengalaman mendebarkan dan tak dapat dilupakan,…

Pengalaman pertama:

Semasa umur dalam 17tahun iaitu sekitar tahun 80an ketika baru pertama kali memancing mengikuti abang dan arwah abang ipar mengail di tebing sungai,kawasan Sungai Redan,Ulu Tiram didalam kebun kelapa sawit,berhampiran kuil Hindu yang terpencil..
Sewaktu itu tidak pernah saya lihat ikan sembilang dikail begitu senang didaratkan,hanya berumpankan udang kopek sahaja..sehinggalah dirasakan umpan udang hampir kehabisan dan waktu masih lagi awal sekitar jam 5ptg saja,lalu arwah abang ipar menyarankan saya membeli lagi umpan udang dipekan berhampiran.

 Pekan berhampiran bukanlah dekat,hampir 5km jauhnya,
sementara saya baru pertama kali ketempat itu,jadi berpandukan tempat belakang kuil Hindu sahaja yg boleh saya ingat kedudukan pancingan kami. Setelah puas mencari dari satu kedai kesatu kedai akhirnya dapat juga umpan yg dicari,lalu bergegas membawa motosikal menuju ketempat pancingan kami tadi…

waktu pula menunjukkan sekitar 6ptg dan waktu dulu pkl 6ptg adalah waktu hampir maghrib,sementara saya masih dlm perjalanan mencari tempat yg dituju.
 
Kedudukan kebun kelapa sawit hampir sama sahaja,dan lorong tanah merah juga membuatkan kita keliru .Jam menunjukkan pukul 6.30ptg akhirnya sampai juga saya di kuil Hindu yang dicari,lalu saya mengikuti lorong kanan belakang kuil tersebut,…saya rasakan perjalanan begitu jauh sekali, tiba-tiba  saya perasan yang saya masih lagi berada dihadapan kuil hindu tersebut lagi.Dalam fikiran mungkin saya silap jalan,lalu saya ulangi jalan tersebut lagi dan berteriak memanggil abang2 saya tetapi tiada sahutan dan saya masih lagi tidak temui tempat abang2 saya mengail.

Hati mulai gelabah dan hampir menangis kerana dah hamper 4kali saya berpusing2 melalui kuil hindu tersebut.Belok kanan jumpa kuil itu,belok kiri juga jumpa kuil itu,waktu pula makin gelap dan tak nampak…akhirnya saya teringat pesan orang tua2,kalau sesat dihutan cuba2lah”azan”lalu saya pun azan sebanyak 3kali sekuat hati….tiba-tiba…(suspen) 

saya dengar suara abang saya memarahi saya kerana lambat dan” berazan” ditengah2 hutan pada waktu maghrib!! Fuuh…lega dapat juga saya bertemu dgn abang2 saya setelah melalui peristiwa yg mendebarkan. Yang peliknya abang2 saya tidak mendengar bunyi motosikal saya (sedangkan ekzos saya jenis yg membingitkan)dan tidak dengar saya memanggil nama2 mereka,sedangkan kedudukan kuil hindu dgn tebing sungai terlalu hampir…pelik bukan?

Pengalaman kedua.

Sekitar tahun 90an semasa kemaruk pada dunia pancingan,dimana saya sanggup membeli bot fiber dan engin semata2 demi minat pada mengail. Pernah 2-3 kali memancing diwaktu malam diatas bot fiber dan juga pernah melalui pengalaman mendebarkan sewaktu mengail diwaktu malam diganggu sesuatu .
 
Sewaktu itu kami 4 orang dgn menggunakan 2bot fiber memancing di sekitar Sungai Johor diEstet Nam Heng,Ulu tiram.Malam itu bulan penuh diterangi dan cantik pemandangan persekitaranya,dimana kami memancing saling berhampiran.
Semasa sedang asyik menukar umpan Ruat Bakau dan ikan pula menyambar tak henti2 tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu suara yang teramat asing bagi kami…suara seolah2 “mengerang”seolah”menangis hiba”…ketika itu masing senyap terdiam,tiada suara sindir-menyindir kedengaran…Serta merta bulu tengkuk meremang berdiri,masing2 berbisik bertanyakan bunyi apakah gerangan? Serta merta keadaan menjadi senyap termasuk gertuan ikan juga,ketika sedang asyik bertanyakan soalan yg tak terjawab…tidak semena-mena bot fiber kami terolang-aling seperti ada alun ombak seolah2 ada bot melintas lalu.
Didalam kepala mula lah memikirkan yang bukan2…mana ada bot lintas,..Buaya ke?

Teringat cerita orang tua2…suatu ketika ada pemancing menaiki bot telah didatangi tetamu tak diundang,”terperuk”duduk menumpang dihadapan bot mereka dengan rambut panjang mengurai, pakaian lusuh,serta berbau busuk meloyakan ,tetamu mereka adalah ‘Langsuir’datang tanpa diundang sambil membelangkangi pemancing tersebut…”terisak-isak”menangis”mengeluh” dan akhir sekali “mengillai”…..sehingga membuatkan pemancing tersebut ‘gelabah’ketakutan lalu pengsan…..

Eeeeeii…menyeramkan…akhirnya kami bergegas hidupkan engine bot lalu menarik sauh dan berpatah balik menuju kejeti kemudian terus balik membatalkan hasrat untuk memancing malam itu. Masing2 tertanya bunyi apakah itu?Benda apakah yang mengolang-olingkan bot fiber kami? Kejadian2 tadi menjadikan satu kemuskilan yang tak terjangkau oleh akal kami,Memang ramai yang menganggap ini tahyul tetapi bagi mereka yang pernah mengalami kejadian2 pelik seperti pengalaman saya tadi . Memang tidak disangkal, ada kehidupan lain iaitu alam mistik selain alam realiti ini….
 
Semoga cerita tersebut tidak mematahkan semangat pemancing2 untuk terus  dengan hobi pancingan Cuma beringat atau berwaspada lebih menjadikan dunia pancingan hobi yang menarik.

SELAMAT MEMANCING..

HASIL HALAMAN PENGAIL ZULKIFFLEEH.