Isnin, 1 Jun 2015

UMPAN SEMBILANG TERBAIK SIRI KE2 "LINTAH LAUT @ LINTAH BULAN atau MELAT"





Ikan Sembilang merupakan spesis ikan yang menjadi buruan setiap pemancing ini adalah kerana rasa isinya yang manis dan halus walaupun dimasak goreng apatah lagi jika dimasak "Asam pedas Johor" serta harganya yang mahal (dalam RM18 sekilo)


Sering kali pemancing hampa memperoleh spesis ini walau telah gunakan pelbagai cara atau pelbagai umpan. Umpan yang sering digunakan seperti Ruat Bakau,Perumpun atau isi udang, tetapi sering kali juga hampa dan terus hampa....
Dikeluaran  yang lalu ada saya bentangkan Teknik mancing Sembilang
klik disini " UMPAN SEMBILANG TERBAIK SIRI 1"
Kenali sedikit tentang spesis Sembilang
Spesis ikan bermisai iaitu ikan Sembilang diketahui ramai kaki mancing mendominasi kawasan pinggir laut,muara @ kuala sungai atau sepanjang sungai air masin atau air payau. 


 Ia juga rakus menyambar umpan...membuatkan pemancing tersentap apabila joran tiba-tiba melengkung dan hampir tercampak di air. Terdapat 3 jenis spesis sembilang ini iaitu sembilang sungai , Gemang, Sembilang Karang atau Usat .
Spesis keluarga sembilang ini mempunyai 3 sengat berduri yang sangat berbisa  iaitu satu dibahagian atas dan dua dikiri- kanan siripnya..

Gemang merupakan 'Bapak' sembilang dan lebih besar dari sembilang biasa...

Sembilang karang atau Usat memiliki badan yang kecil, bewarna kegelapan serta  berjalur putih sepanjang badan dan kelihatan cantik dan hidup berkumpulan (pengalaman admin pernah terjala  spesis usat ini memenuhi jala...)



Spesis Sembilang ini sifatnya berkumpulan dan memakan apa saja umpan seperti udang pasar, sotong busuk, perumpun sarung, umang-umang, ruat bakau atau isi ikan.


 tetapi banyak lagi rupanya diet pemakanan kegemaran ikan sembilang ini iaitu seperti  Lintah bulan.


 Mari kita kenali apa itu  Lintah bulan...

Lintah ialah haiwan anelid  ianya seperti cacing menampakkan anggota kelenjar. Terdapat pelbagai jenis lintah seperti Lintah air tawar,  Lintahair laut dan Lintah daratan. 

Sesetengah jenis lintah menghisap darah  tetapi kebanyakan lintah juga tidak menghisap darah, seperti spesis Lintah bulan.

Lintah bulan merupakan yang tidak mempunyai cangkerang,  lintah bulan juga berada dari laut atau dari air masin biasanya dirujuk sebagai "lintah bulan laut jadi lintah bulan laut-hidup adalah terhad kepada persekitaran lembab dan harus berundur untuk tempat persembunyian yang lembab ketika cuaca kering.

Bagi orang asli laut dipanggil  Melat atau  Lintah Laut  ,dan kebanyakan para nelayan amat berminat menggunakan lintah bulan ini bagi Merawai ikan dasar bermisai terutama sembilang.

 Dimana merawai dengan menggunakan 100 mata kail,para nelayan tidak mustahil mampu mendapat hampir 20 kilogram Sembilang anggaran lebih dari 30 ekor Sembilang atau bakinya dari spesis ikan duri atau Belukang...

Fuyoo...banyak tu!!!

Bagi kebanyakan para pemancing tidak tahu spesis lintah bulan ini kerana tiada info yang memaklumkan spesis ini boleh dijadikan umpan yang digemari oleh Sang Sembilang...

Sebahagian dari mereka bimbang spesis ini menghisap darah mereka tetapi 'Lintah bulan' sebenarnya bukan Dracula atau Pontianak yang menghisap darah,cuma ianya belendir untuk dipegang menyebabkan sebahagian orang 'meremang' menyentuhnya...

Bagi mereka yang telah menggunakan umpan ini pasti berpuashati kerana hasil yang diperolehi amat berbaloi. 

Lintah bulan ini merupakan diet makanan ikan -ikan dasar seperti ikan Duri, Belukang, Mayung dan Sembilang. 

Ianya juga digemari oleh "pengacau" seperti Sesirat ,kerana dimana ada Sesirat pasti ada sembilang kerana kedua-dua spesis ini mendonimasi persekitaran yang sama.

Perambut dan Teknik...
 Menggunakan tali berkekuatan 30 lb sudah memadai matakail bersaiz 6 atau tidak terlalu kecil kerana  Sembilang bermulut besar,andai matakail kecil khuatir matakail akan "Rabut" dari mulut sembilang...


Teknik 'Batu Mati' (gambarajah disebelah)

Boleh menggunakan Teknik "Batu Hidup" dan "Batu Mati" ,andai pemancing mancing diatas bot atau rumah rakit, teknik 'Batu mati' amat sesuai kerana pemancing tidak perlu lontar, sekadar hulur umpan kebawah.


Teknik memasang umpan Lintah Bulan...

'Pangkuk' matakail dibawah badan Lintah Bulan yang lembut (dari atasnya yang kasap) kerana boleh memanjangkan hayatnya juga matakail akan mudah tersekat dalam mulut ikan.

Bagaimana untuk memperoleh umpan Lintah Bulan ?

Ianya mudah didapati melekap dicelahan batu ,lumpuh pantai sewaktu air surut atau melekap dipangkal-pangkal pokok bakau atau pelepah pokok nipah yang banyak terdapat dipantai air masin.

Pemancing boleh mencari diperairan pantai berlumpur seperti tebing sungai,melekap dipangkal pokok bakau, pelepah nipah, dibawah batu-batu atau diatas lumpur berpasir.

Dan masa yang sesuai adalah diwaktu air surut,juga boleh didapati semasa air gerak pasang kerana ianya akan bergerak mencari tempat kering dari air laut walaupau habitatnya ditempat lembap.


Pastikan membawa bekas umpan hidup bagi memastikan umpan Lintah Bulan dibawa sentiasa hidup dan segar.

Dan waktu yang sesuai untuk mendapatnya dengan banyak adalah  DIWAKTU MALAM HARI, seperti dengan namanya Lintah Bulan . Maka luangkanlah masa diwaktu malam untuk mencari lintah bulan ini,kata orang"Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian..."
Keselamatan diri harus dijaga agar umpan yang penat lelah dicari tidak sia-sia,
Selamat memancing dan jadilah pemancing yang sentiasa menitik beratkan etika yang terpuji mengekalkan keindahan alam semula jadi agar popularasi spesis hidupan laut kekal berpotensi...


Daripada Laman Pengail : Zulkiffleeh











6 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. kt mana boleh dapat lintah bulan nie

    BalasPadam
  3. terima kasih share info ni. lpas ni boleh cuba umpan lintah bulan.

    BalasPadam
  4. Salam, boleh Saya tahu KT Mana Ada jual lintah bulan nii

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum tuan. Boleh saya tahu di mana saya boleh beli lintah pantai ni.lama dah cari tapi x jumpa

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum tuan. Boleh saya tahu di mana saya boleh beli lintah pantai ni.lama dah cari tapi x jumpa

    BalasPadam