Rabu, 20 Mei 2015

TEKNIK PANCING IKAN TAMOK (Mullet fish) Teknik yang berkesan...



Kesibukan menjalani kehidupan sebagai seorang peniaga menyebabkan terlupa Hobi yang diminati iaitu memancing...

Bagi meluangkan masa kearena memancing merancang terlebih awal maka lokasi paling sesuai bagi peroleh  kepuasan yang jitu,"Rumah Rakit" menjadi pilihan.

Seringkali memancing atas rumah rakit teknik yang sering digunakan tak asing dari pancingan dasar,Apollo atau pelampung bagi menjerat Siakap atau ikan dasar yang telah terbukti menjadi sasaran apabila kesana.

Sementara hasil yang diperolehi sering kurang memuaskan seperti Gelama, Ikan Duri, Tuka, sembilang,cermin dan pelbagai spesis ikan-ikan kecil atau ikan pengacau.

Kalau bernasib baik boleh mendarat spesis lumayan seperti Siakap,Mayung, Pari,Kerapu, Tebal Pipi atau seangkatan dengan spesis ikan berjenama.

Baru-baru ini seorang pelanggan yang minat memancing ingin turut ekpedisi memancing dirumah rakit,rupa-rupanya ia seorang pakar memancing Tamok atau ibu belanak."Terima kasih Bang Man ajar saya teknik menjerat TAMOK"

Tamok adalah Spesis dengan Belanak ,dimana yang kecil bernama Belanak dan sering dijadikan umpan hidup bagi mengumpan siakap.Dan bagi memperolehi belanak bagi tujuan umpan,Menjala adalah jalan termudah iaitu dimuara atau anak-anak sungai diwaktu air gerak pasang atau surut.

Kelibat belanak sering kelihatan berenang berkumpulan sehingga membuatkan para nelayan memasang strategi untuk menangkapnya.

SementaraTamok adalah spesis air masin lebih besar dari Belanak dan terdapat jalur kuning disirip dan hujung ekornya,Spesis ini terlalu kuat Daya Juangnya dimana pemancing menggilai akan daya juangnya yang tinggi sehingga andai terlepas atau rabut pasti tak tidur malam dibuatnya.

Dulu sering terlihat pengail tua membawa joran buluh panjang bertenggek ditebing tembok tepian pantai Stulang Laut Johor,sambil menabur roti bagi memanggil ikan. Langsung tak teruja melihat atau belajar teknik pancingan tersebut beranggapan "Sekadar ikan belanak aje....apa klass"

Tapi bila Bang Man yang ikut sekali mancing dan ia peroleh Tamok yang Banggak-banggak, perasaan meluap-luap ingin pelajarinya...dengan melihat cara dia memanggil ikan dan alatan yang digunakan,amat berlainan dan unik.
Maka bermulalah era mencari Tamok....

Seperti yang saya pelajari dan alami...

*LOKASI
Spesis ini sering terlihat dipesisiran pantai atau muara sungai,spesis ini gemar bermain dibawah jambatan,reba,togok,jeti dan menggemari dibawah Rumah Rakit atau kelong..

Bertujuan berlindung atau bersembunyi dari pemangsa seperti Siakap atau Baraccuda,dan suasana senyap paling efektif untuk memperolehinya.

Sering kali kita terkejut mendengar hemburan kuat beranggapan siakap menyambar mangsa,tetapi ia adalah Tamok bermain atau menggila.

*UMPAN
Umpan Tamok ini terbaik adalah Roti Gardenia yang ditekan dimatakail atau penggunaan tepung yang telah dibancuh dengan air (kental) atau isi udang kopek yang segar tetapi sering bersaing dengan ikan Kitang bagi merebut umpan...

Cara mengumpan atau merasuah memanggil Tamok ini begitu Unik dimana menabur cebisan roti kearah terdapatnya spesis ini, dan kebiasaannya pada masa air gerak pasang atau air gerak surut yang tidak deras (bukan air pasang besar).











Salah satu teknik umpanan yang paling berkesan dengan diletakkan jaring bonjot berisi roti, bertujuan memanggil Tamok dimana Tamok akan menghisap bonjot roti tersebut.





 Jangan terkejut andai terlihat spesis Kitang bersaing merebut bonjot,maka beralihlah kelokasi lain yang kurang saingan kitang.




*ALAT PANCINGAN
Terdapat 2 teknik pancingan APUNGAN atau AMBOH....


APUNGAN
Menggunakan set joran yang ringan bagi kurangkan rabut pada bibir Tamok dan panjang 5-7kaki dengan kekili duduk 3000 memadai.


Tali Sulam amat sesuai dipakai kerana Tamok gemar melarikan tali kearah bawah lantai yang berteritip,ada yang menggunakan tali jenis mono kerana spesis ini peka dengan keadaan sekeliling (jadi lu pikir lah sendiri)

Sementara matakail bersaiz sedang 2 atau sesuai  dengan matakail  sembilang dan dari jenis yang kuat dimana tamok bermulut kecil yang Banggak sekitar 2-5kg mampu membengkokkan atau mematahkan matakail.

ikatan dari tali utama kemata kail tanpa perambut atau cili 

Pelampung yang digunakan jenis tirus yang mempunyai lubang ditengahnya dan terdapat pemberat selaras dibawah pelampung,dengan simpulan henti (stopped)bagi panjang pendek jangkauan dikehendaki.Biasanya cuma dalam 5inci sudah memadai,kerana sifat Tamok yang gemar bermain dipesekitaran aras air.

Tabur roti yang telah direndam semasa air gerak pasang atau surut dan biarkan pelampung kearah mainan ikan yang berlegar merebut roti maka pemancing akan rasai getuan pelampung "bergetar",jika terlihat pelampung tenggelam terus buat sentapan kerana getuan makan nya amat perlahan atau diam dan berhati-hati.

AMBOH

Penggunaan Amboh atau Koyan amat lah sesuai bagi memperoleh Tamok yang banggak, kebiasaannya pemancing akan baring atau "tidur-tidur ayam" sementara menanti joran ditarik ikan.

Dengan meluangkan masa, jari yang melabuhkan umpan roti bersebelahan "bonjot roti" akan mula terangsang bila setiap cecahan umpan tersebut pasti akan terasa getuan gigitan ikan,andai ikan tamok yang menyentuh umpan tersebut pasti umpan akan dibawa lari.

Andai lewat menyentap pasti tali akan dibawa lari kebawah tiang atau tong yang berteritip...

Sebenarnya teknik yang paling berkesan adalah dibawah lantai atau cari lantai yang berlubang sekitar 1'x1' memadai, adalah bertujuan mengelirukan spesis tersebut yang terlalu sensetif dengan keadaan samada bunyi atau lampu.

Dan tangkapan Tamok amat afektif diwaktu malam hari dengan keadaan yang senyap dan penggunaan lampu yang terhad.

Demi peroleh Tamok tanpa henti,gunakan bonjot  atau tong ais coleman mengelakkan Tamok lain lari ketakutan apabila mendengar 'Gelepar' ikan dilantai.

Matakail diikat padaTali utama tanpa penggunaan pemberat atau batu ladung dimana Tamok berligar bermain dipermukaan air,..maka lepaskan umpan roti sekadar "just touch at the water" atau terumbai-umbai umpama roti hanyut....

Semoga Rakan Pemancing pelajari sedikit-sebanyak dan dapat membantu cara atau teknik pancingan Tamok seperti yang telah saya bentangkan diatas, Harapan dengan teknik tadi sekurang-kurangnya dapatlah rakan Pemancing peroleh spesis pemakan roti selain spesis ikan dasar.


Wallahwualam...

Daripada: Halaman Pengail...Zulkiffleeh






Tiada ulasan:

Catat Ulasan