Bersama anak2 destinasi memancing kami diJeti Kg Nelayan Sungai,Lebam di Kota Tinggi berjiran dgn Kampung.Pancor. Perjalanan yg makan masa lama kini menjadi pendek dgn adanya jln lebuhraya Desaru. Kedudukanya menghadap Sungai.Johor kaya dgn pelbagai jenis ikan sungai air masin,dan payau seperti Siakap, Tuka,Unga tanda ,Sembilang ,Tebal pipi dan banyak lagi.
Kedudukan Jeti Sungai Lebam terletak dihujung tanjung spt dalam ‘google maps’ dibawah. Disebelah kiri Jeti Sungai Lebam ialah Sungai Johor,jika disusuri menggunakan bot boleh sampai ke Bandar Kota Tinggi juga merupakan laluan pengangkutan utama dizaman Johor Lama. Sebelah kanannya adalah Kampung Tanjung Buai,Sungai Cemaran dan empangan Sungai.Lebam. Diselatan,mengadap Tanjung Buai adalah Pulau Ubin Singapura.
Di perairan Sungai Johor terdapat banyak Toggok dan Kelong ikan ,udang ,kupang dan sebagainya. Pelbagai jenis ikan laut mudah diperoleh disini apatah lagi merupakan kuala laut atau muara besar Sungai Johor iaitu diperairan Selat Tebrau berhampiran Pulau Tekong Singapura.
Ikan Usat ini juga biasanya gemar bermain di persisiran pantai yang berpasir. Ikan Usat ini adalah antara ikan yang bergerak secara kumpulan. Antara umpan yang biasanya di makan oleh ikan Usat ini adalah Umpun-umpun, Ruat, Udang dan lain-lain. Hampir semua umpan yang di makan oleh ikan Usat ini sama dengan umpan untuk memancing ikan sembilang. Ikan usat ini juga mempunyai tiga batang sengat yang sama seperti ikan sembilang.
Dengan keadaan gerakan air pasang mulai besar,hasil diperolehi sungguh lumayan dgn pelbagai jenis tangkapan spt Sembilang,Unga tanda, Tuka, Duri , Usat,Bebolos dan Gelama.Walaupun tidak peroleh ikan yg banggak2 tetapi kami puas kerana kami cuma memancing di jeti saja,andai kami menaiki bot sudah tentu hasilnya lebih lagi.
Bagi mereka yang ingin bersantai bersama keluarga,bolehlah memulakan trip ke Daerah ini yang kaya dengan alam flora dan Fiona (teringat lagu 4U2C ) “Fiona..Terciptalah irama cinta ini,hanyalah untuk mu….Fiona gadisku” cheewah…
Selamat memancing....
Jumpa lagi dilokasi lain.
Sisipan Laman Pengail :Zulkiffleeh


assalamualaikum, ada maklumat tntang tuar x?
BalasPadam