Rabu, 26 Jun 2013

TEBAL PIPI @ GERUT-GERUT (Terjerat Di Pulau Sarimbun )


         


 
Semasa menetap diTaman Perling dimana rumah pula berhampiran sungai Skudai,Memancing dengan menggunakan bot saya kerap pergi menduga perairan Selat Tebrau atau kawasan2 berhampiran seperti Gelang Patah yang mana banyak terdapat labuh2 untuk pancingAN,salah satunya berhampiran Pulau Serimbun hingga ke jambatan laluan Link kedua Tuas.

Sekitar tahun 90an ramai pemancing dari Tebing Runtuh,Gelang Patah, telah berjaya memperolehi beberapa ekor Tebal Pipi ketika memancing seharian bersaiz purata sekilogram hingga 3kilogram diperairan Selat Tebrau iaitu berhampiran dengan Pulau Serimbun ke Jambatan laluan Link kedua Tuas. Kawasan ini juga merupakan sempadan antarabangsa antara 2 negara iaitu Singapura dan Malaysia. Berhampiran Pulau Serimbun terdapat ‘paluh’ atau laluan yang agak dalam.Kawasan Paluh tersebut adalah berpasir dengan dasar mendatar disepanjang  perairan selat tersebut dan mempunyai kedalaman sekitar 15 hingga 35 meter.

 Waktu paling sesuai ialah ketika air gerak pasang dan gerak surut dengan umpan udang hidup atau udang mati segar.Terdapat pelbagai sepsis dikawasan ini seperti ikan karang, Talang, bracuda, pari, mayung,siakap dan banyak lagi.  Pulau Serimbun juga mempunyai potensi untuk memancing spesies Tebal Pipi ini sewaktu air ‘bani’atau air mati dan jika kegiatan menjaring dikurangkan maka baki yang tinggal akan menjadi habuan pemancing yang biasanya menggidamkan pelbagai sepsis ikan yang besar-besar.
 
Tebal Pipi dan Gerut-gerut


Nama sintifiknya adalah
Yellowtail trumpeter, Amniataba caudavittata,pomodasys kaakan  atau nama inggerisnya Grunter ,pada bulan Nov hingga April adalah waktu yang paling baik untuk memperolehi sepsis ini. Perbezaan antara Tebal Pipi dan Gerut-gerut, Tebal Pipi adalah satu nama spesies yang jarang didengari di kalangan pemancing ametur, sukar untuk membayangkan rupa spesies ikan yang dikatakan mempunyai pipi tebal ini. Saya tidak dapat bayangkan sebesar manakah pipi yang dikatakan tebal atau muka yang dipanggil 'tembam' atau pipi yang montel. Kerana sifat pipinya maka ikan ini mendapat namanya.

Kaum kerabat keluarga yang sama atau sepupu sepapatnya ialah gerut-gerut (gegerut) atau nama sentifiknya
Terapontidae . Perbezaan yang paling ketara antara tebal pipi dan gerut-gerut ialah pada bahagian pipi dan warna sirip serta ridip. Namun kedua-duanya mempunyai tabiat yang sama iaitu mengeluarkan bunyi 'grooot... kooot,koot' atau anda sendiri pernah mendengamya apabila ia dinaikkan. Dapat nama dari bunyi. Gerut-gerut atau gerut mempunyai bahagian setara di muka, pipi atau bahagian insang (pipi) rata dan tidak menonjol keluar serta warna badan perak keemasan, warna tompok-tompok hitam di bahagian atas dan bahagian ekor berwarna putih dan hitam di bahagian hujung.

Manakala tebal pipi mempunyai bahagian insang membengkak pada tulang pipi serta menonjol keluar,dan badan berwarna perak dan kekuningan di bahagian bawah terutama sirip, ridip dan ekor, kombinasi warna badan lebih cantik dari gerut-gerut, mempunyai serta badannya lebih gempal dari gerut-gerut. Namun kedua-dua jenis spesies ini mempunyai habitat dan diet yang hampir sama.

Kebiasaanya anak ikan gerut-gerut mudah diperolehi dan menjadi ikan pengacau oleh pemancing berbanding Gerut besar dan tebal pipi, ini kerana gerut-gerut mempunyai 3 spesies yang berlainan sedikit walaupun bentuk hampir sama dan bilangannya lebih banyak dari tebal pipi.

Namun saiz gerut-gerut yang mudah diperolehi sekitar 100 hingga 500 gram.Dan bagi memperolehi spesies yang lebih besar ia biasa diperolehi di air yang agak dalam dibahagian ‘paloh’ atau laluan alur utama sungai atau terkeluar sedikit dari muara terutama serta kawasan pulau persisiran pantai serta laut bebas. Saiz yang biasa diperolehi  untuk gerut-gerut pada air dalam di antara 500 gram hingga 3kg.
Sementara Tebal pipi jarang berada pada air cetek dan saiz yang biasa diperolehi agak besar dari 1kilogram hingga 3kg. Ada pemancing dan nelayan menyatakan ikan Tebal Pipi yang paling besar mereka perolehi ialah sekitar 2kg hingga 5kg dan ia boleh membesar hingga sepanjang 1meter.


Habitat


Tebal Pipi boleh didapati di kedalaman air sehingga 60 meter (200 kaki). Sungai dan kawasan pantai yang dalamnya lebih dari 10 meter juga menjadi pilihan spesies yang mempunyai pipi kiri dan kanan yang tebal dan keras ini. Jarang didengari ia bejaya dipancing di kedalaman kurang dari 3 meter kerana sifat ikan tebal pipi ini gemar kepada air yang lebih dalam. Sekiranya air kawasan padang pancing bersih atau jernih di kawasan dasar, warna terutama di bawah perutnya lebih kuning dari bahagian badan yang lain kerana sisik yang bertindak balas dengan air persekitaran. la lebih gemar kepada kawasan dasar berpasir dan kadang-kala merayau di kawasan batu karang kecil atau berkelompok kecil di kawasan berpasir sesuai dengan tabiatnya mencari makanan di dasar. Spesies ini lebih banyak terdapat di Pantai Barat semenanjung.

Gerut-gerut boleh diperolehi di kawasan air cetek sehingga kurang dari satu meter tetapi kebanyakannya bersaiz kecil. Gerut-gerut yang bersaiz besar 500 gram ke atas hanya boleh diperolehi di perairan yang dalam, lebih dari 10 meter. Gerut-gerut gemar kepada kawasan kuala sungai, pantai dan kawasan batu karang di persisiran pantai atau pulau.
 Pilihan utama gerut-gerut ialah di kawasan kuala sungai yang berpasir dan juga di kawasan reba pokok bakau.
Walaupun bersaiz kecil, ia boleh mengejutkan pemancing dengan larian pantas ketika melarikan diri dan marnpu menghabiskan umpan yang dua kali ganda besar dari mulutnya. Tebal pipi yang paling besar saya perolehi ialah hampir 3kg iaitu berhampiran Pulau Serimbun manakala gerut-gerut terberat yang pernah dipancing di antara sekilogram hingga 2kg diSungai Cemara Kota Tinggi.



Peralatan Dan Teknik


Menggunakan pancing bersaiz sederhana dengan kekuatan tali 15 hingga 35 paun sudah memadai dan disyorkan jika pemancing ingin satu pertarungan yang adil serta sengit. Anda perlu gunakan mata pancing yang tajam kerana gerut-gerut dan tebal pipi yang bersaiz sekitar sekilogram mempunyai bahagian mulut yang keras terutama pada sebelah atas bahagian lelangit. Jika memancing di air yang mempunyai kedalaman lebih 15 meter, peluang untuk mendapatkan spesies yang lebih besar adalah cerah jika dibandingkan air yang cetek.

Di air dalam, cara dua spesies ini memakan umpan seperti ikan kecil, henjutan pada hujung joran tidak begitu ketara sehingga mata pancing sudah masuk ke dalam mulutnya. Saiz mulut yang tidak begitu besar memberi kelebihan kepada dua spesies yang mempunyai tabiat dan rupa yang hampir sama ini. Pemancing akan kehilangan hasil jika mata terlalu besar. Saiz mata kail yang disyorkan ialah 1/0 atau 2/0. Untuk mengelakkan umpan dicuri ikan yang lebih kecil pada pendapat saya adalah menggunakan umpan udang hidup. Mungkin di kawasan perairan Pulau Serimbun Selat tebrau, umpan udang hidup paling mudah dan sesuai digunakan.


Gerut-gerut yang biasa diperolehi di kawasan muara dan air cetek sesuai menggunakan perumpun dan mata yang lebih kecil. Kalau mata pancing yang digunakan terlalu besar anda perlu selalu memasang umpan baru setiap kali selepas henjutan berlaku di hujung joran.
Dari segi rasa Tebal pipi mempunyai isi yang lebih sedap berbanding gerut-gerut dan djual lebih mahal. Namun sukar untuk mendapatkannya di pasar kerana ia amat sukar diperolehi berbanding gerut-gerut.

Wallah wualam


dari Laman Pengail : zulkiffleeh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan