Memancing Siakap selain di laut, Siakap juga boleh dipancing di sungai,Benteng Pemecah ombak atau dipintu air. Memancing di sungai hampir sama dengan mancing di laut. Dalam hal ini sungai yang banyak ikan adalah sungai yang banyak reba atau berupa cerucuk atau dahan pohon bakau yang mencecah di air.
PINTU AIR
Semasa mancing di ‘pintu air’ keluar masuk air laut yang perlu diperhatikan adalah waktu air pasang naik. Siakap akan selalu berada di sekitar pintu air saat air masuk.
Beberapa ‘pintu air’ akan di letakan ranting-ranting oleh penyelia pintu air agar orang tidak boleh memancing dikawasan itu. Justeru cari lah tempat lain untuk memancing Siakap seperti ditebing-tebing sungai yang mempunyai selekoh atau dibawah jambatan sungai,kuala sungai atau ditiang-tiang jeti nelayan,usah menganggu tempat tersebut kerana ia akan mengundang perselisihan faham.

Jika boleh memancing pun di tempat tersebut, dalam situasi seperti ini, teknik drift yang di gunakan kenalah bersesuaian dengan Joran yang kuat dan kalau pun menggunakan reel pastikan set drag yang paling maximum. Tali utama harus lah kuat. penggunaan tali sulam dan perambut cable 20lb, dengan mata kail 2 berangkai, posisi pendek-panjang. Mata kail kecil dipangkok di ruas ekor udang, sedangkan yang panjang boleh dibiarkan bebas, seperti memasang umpan buat casting umpan hidup untuk Tenggiri. Tarikan umpan udang perlu dimainkan turun naik selepas lontaran tepat di depan pintu air.
BENTENG PEMECAH OMBAK
Sementara apa itu ‘Ban’ atau Benteng pemecah ombak ? ia juga dikenali sebagai Pemecah gelombang (breakwater) merupakan prasarana yang dibangunkan.Benteng Pemecah ombak ada dua jenis iaitu benteng pemecah ombak bersambung dengan pantai (seperti Tambak atau jeti) dan
Benteng Pemecah ombak lepas pantai,fungsinya bagi memecahkan ombak atau gelombang air laut dengan menyerap sebahagian tenaga gelombang.
Benteng Pemecah ombak lepas pantai,fungsinya bagi memecahkan ombak atau gelombang air laut dengan menyerap sebahagian tenaga gelombang.
Dan bagi mengatasi permasalahan akibat hakisan dikawasan terlibat dibina benteng Pemecah ombak berhadapan pantai juga mampu mengurangkan impak pukulan ombak kepantai sekali gus mengelakkan hakisan diatasi.
Dengan adanya Benteng pemecah ombak dimana dengan kehadiran ombak yang menghempas kebenteng tersebut,ianya akan membawa bersama-sama lumpur pasir yang kemudiannya akan mendap kedasar laut dan menambak semula kawasan yang terhakis itu,iaitu antara pantai dan benteng pemecah ombak.

Sementara Benteng Pemecah ombak bersambung dengan pantai kebanyakanya digunakan bertujuan bagi melindungi perairan pelabuhan,Selain itu Benteng Pemecah ombak dipelabuhan juga dapat mengurangkan alunan ombak sehingga memberi kemudahan pada kapal menghampiri dok dengan lebih sempurna.
Bagi aktiviti pancingan diBenteng Pemecah ombak bolehlah dilakukan sekitar tebing bebatuan sepanjang Benteng tersebut.Teknik pancingan umpan udang hidup boleh dipraktikkan menggunakan pelampung dengan membiarkan umpan bebas berenang,
sekiranya kurang galak Siakap menyambarnya maka pemancing bolehlah beralih tempat dengan menyusuri Benteng bebatu.
sekiranya kurang galak Siakap menyambarnya maka pemancing bolehlah beralih tempat dengan menyusuri Benteng bebatu.
Penggunaan Gewang juga sesuai digunakan dikawasan bebatuan ini dan berkemungkinan sepsis lain seperti Kerapu menghuni kawasan tersebut maka makin cerahlah peluang untuk perolehi ikan yang dikail,seperti dihalaman saya yang lalu http://zulkiffleeh.blogspot.com/2012/05/normal-0-false-false-false-en-us-x-none_29.html
Benteng pemecah ombak yang saya sering kunjungi ialah diTanjung Leman,ada juga diPontian dan tempat yang paling popular ialah Tambak Johor dimana pemancing boleh berjalan kaki mengail menyusuri sepanjang benteng tersebut kecuali masuk sempadan Singapura.

Dengan menggunakan bot fiber pancingan siakap akan lebih berkesan,kaedah teknik tundaan atau trolling menggunakan gewang dengan kelajuan sederhana laju dipersekitaran Benteng bebatuan semasa air pasang atau air tenang .
Dengan penggunaan bot tundaan boleh dilakukan ulang beberapa kali berpusing sekitar Benteng pemecah ombak tersebut,atau melakukan teknik Drifting iaitu menggunakan umpan udang hidup tanpa memerlukan pelampung.

Teknik ini berkesesuaian ketika air gerak pasang,lontaran dibuat pada arah air pasang dan biarkan umpan udang tersebut berenang mengikuti arus pasang.
Lepaskan tali dan biarkan udang dibawa arus sehingga ke satu tahap karaulah umpan udang hidup tersebut dan buat lah lontaran lagi beberapa kali. Teknik pancingan ini kebiasaannya boleh menghasilkan hasil yang lumayan daripada sambaran beberapa sepsis ikan seperti ikan Talang,kekacang atau kurau selain siakap yang diidam.

Seperti biasa kalau udang mulai menyentak-nyentak maka bersedia lah. Semasa ikan makan, kita terus sembat padu dan tanpa buang masa kita terus menggulung tali dan tarik ikan tersebut tanpa memberi peluang padanya. Jika kita memberikan ruang untuk ikan menarik bermakna ikan akan membawa tali masuk ke reba reba sekitar tempat tersebut.
Selamat Mencuba.