BENGKEL PANCINGAN BOT (Bahagian Pertama)
Ramai pemancing berminat memancing menggunakan bot tetapi
kerana kurang keyakinan diri dapat mengendalikan bot,maka hasrat terpaksa
dipendamkan. Kebiasaannya pemancing dapat mengendalikan pemanduan bot setelah turut
serta mengikuti pemancing yg sering menggunakan bot. Jika ada keperhatinan dan
tak malu bertanya,pasti keberanian atau keyakinan diri dapat diatasi.
Dibawah ini ada beberapa asas yg dpt dipelajari:
ASAS AWAL YG PATUT DIPELAJARI
·
A) ikatan dan sauh
·
B) jenis bot dan jenis engin
·
C) faktor keselamatan
·
D) pengendalian
·
E) saat kecemasan
·
F) keseronokan dan port labuh terbaik
IKATAN DAN SAUH

TALI SAUH
Tali sauh pula biarlah panjang melebahi 30-50meter,kadang
kala ada lubok yg dalam melebahi 30meter dan kalau laut seharusnya melebahi
100meter,jangan sampai dihanyutkan arus dan secara kebetulan engin pula buat
hal apabila sauh tidak dapat melekat didasar,kita akan dihanyutkan jauh
berbatu2.
SAUH
Sauh boleh dibeli
tetapi kebanyakan sauh yg dibeli ringan dan kurang efaktif ,jadi saranan saya
upah membuat lebih elok dan baik penggunaannya.
Cara membuatnya iaitu sediakan besi
bunga 1” x 1/2 meter 1batang(utk tulang),juga 1btg besi yg sama iaitu 1” x 1’(besi
pemberat) serta 3-4 btg besi ½” x 1’panjang(sebagai pengait) dan 2biji nat 11/2”(tmpt
letak tali) Hantar kebengkel untuk dikimpal atau patri dimana kosnya murah
lagipun sering kali sauh menjadi ‘tukun’kerana sangkut didasar berisiko.

JENIS BOT DAN ENGIN
BOT
Kenali jenis2 bot serta engin bagi memberi seselesaan terutama untuk pancingan sungai,
bot terbahagi kpd dua iaitu bot kayu dan bot fiber. Bot kayu sekarang kurang
kepenggunanya kerana sukar dan makan masa utk membuatnya,keselsaanya bot ini
tidak kuat beroleng dan amat sesuai pd yg mudah mabuk laut.Sementara bot fiber
banyak dan mudah didapati ,keselesaanya kurang kerana mudah terolang-oleng
apabila dipukul ombak atau alun .
Carilah bentuk kon tajam atau teras ‘V’ dibawahnya agar
dapat ‘menaggak’alun dan ombak,sementara bentuk leper dibawahnya sesuai
digunakan di kawasan tasik dan kawasan tenang,kerana jika digunakan dikawasan
berisiko spt sungai luas,pantai dan laut ,bot ini akan mudah terbalik dipukul
ombak ,alun atau arus deras.

FAKTOR KESELAMATAN

A) Jeket keselamatan.
Kepenggunaanya diberi keutamaan demi keluarga atau org
tersayang,usah tercabar dgn nelayan atau org asli kerana mereka telah mahir
kawasan sekitar dan mahir dalam dunia sungai atau laut.
B)
Pendayung
Sentiasa beringat,kemalangan berlaku dalam keadaan yg tak
dijangka,begitu juga dgn situasi ketika
mengendalikan bot ada masa nya kerosakan engin tidak dapat dielak,jadi
jalan sebaik2nya ialah adanya pendayung yg dpt meleraikan masalah tersebut.
C) Kit dan tool keselamatan


D) Alatan mancing

Dengan pelajari sedikit selok-belok asas sebelum
menceburkan diri dlm pengendalian bot
harap dapat membantu,ikutilah sambungan bengkel ini pada bahagian kedua.
Dari Halaman Pengail Zulkiffleeh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan