BERSANTAI MEMANCING DIRUMAH RAKIT
ATAU KELONG SERTA TEKNIK TERBAIK.


Kebiasaannya Tuan punya Rumah rakit memberi sewa dgn harga berpatutan termasuk perkhidmatan bot sekali,seingat saya sekitar RM10 untuk rumah rakit dan Rm20-Rm30 untuk Kelong.
Biasanya 3 jenis peralatan mancing digunakan;
1)Joran ringan
utk dptkan umpan hidup,spt tamban,selar dan sebagainya.
2)Joran aksi berat jenis
pantai utk balingan jauh dan aksi ikan gadang spt ‘gerong belang,braccuda,pari
dll.
3)Amboh atau Koyan bagi dihulurkan kebawah tiang2 kelong utk menjerat
kerapu atau pari yg gemar bermain di tiang2 berteritip atau dasar.
Salah satu
teknik menggunakan Amboh(Koyan) ialah cara ampaian atau”glaider”.Gunakan tali
utama sekuat 500paun,tanpa perambut tanpa matakail ikat batu ladung yg besar
dan berat(500gm-1kg) pd tali utama kemudian baling sekuat hati kesasaran dan
biarkan tali tegang. Dengan perambut sedepa dan tali kabel pada mata kail kasar
(bagi mengelakkan perambut putus) dan letakkan umpan hidup(hasil dari pancingan
apollo), letakkan ‘snap swivel’atau kili pd pangkal perambut kemudian
longsorkan dimana umpan sentiasa hidup bagi menarik ikan besar.Umpan hidup yg
dibawa spt udang ikan belanak atau ikan sepat atau juga umpan Apollo hendaklah
diletak disangkar kecil ,bagi memastikan umpan sentiasa hidup.manakala umpan
sejuk spt sotong,isi ikan dan udang sentiasa menjanjikan peroleh ikan2
dasar.

Dengan keadaan cuaca yg
sering kali hujan berserta rebut petir kelong atau rumah rakit tempat paling
selamat bagi melepaskan keinginan memancing yg kadang-kala tak dpt
ditahan-tahan.Keselamatan diri harus dijaga dan ingatlah org dirumah.
SELAMAT
MEMANCING…
HASIL HALAMAN PENGAIL ZULKIFFLEEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan