Ahad, 20 Mei 2012



MENU HARI INI..KIJENG GORENG BELADO DGN GIMBAL UDANG

Gimbal udang??apa Gimbal udang…ia sejenis makanan sampingan atau ‘snek’yang dihidang bersama lauk-pauk dimana sering dijadikan menu tekala dibanjiri musim udang papai oleh masyarakat tempatan yang tinggal berhampiran pantai.
Gimbal oleh masyarakat keturunan Jawa adalah seperti bagedil atau lebih ringkas lagi seperti cecekodok @lempeng yang isi keseluruhannya dari udang atau udang papai, dan cara membuatnya juga ringkas…
Adunan bahan membuat Gimbal Udang iaitu:
·         Udang (sebarang jenis udang)
·         Telur (sebiji)
·         Tepung Beras
·         Dan sedikit bahan perasa.
Kesemua bahan digaul sebati dan pastikan adunan tidak berapa pekat atau terlalu cair .
Cara menggorengnya juga mengikut citarasa sendiri, sama ada macam cekodok (yg ingin rasa basah) atau digoreng seperti ‘rempeyek’ iaitu nipis dan rangup.
Untuk membuat Gimbal Udang seperti ‘rempeyek’ iaitu:
·         Panaskan kuali dgn minyak banyak
·         Siram sedikit minyak ditepi kuali (agar tepung cair tak lekat)
·         Dgn menggunakan senduk,siram bancuhan (tepung cair dgn udang) sesenduk ditepi kuali yg telah disiram minyak ,dimana bancuhan tepung  akan turun keatas minyak panas tadi.
·         Siram perlahan2 keatas tepung tadi agar mudah terkopek,setelah terlerai balik2kanlah Gimbal Udang tadi sehingga masak…
Selamat mencuba….





 NGAIL JETI TANJUNG BUAI HASILNYA 'MUAI'...

Seawal 7pagi gerak cari umpan udang segar diStulang Laut,terlihat air laut dah mula gerak pasang. Sampai saja dirumah segera berkemas untuk distinasi yg telah dirancang TANJUNG BUAI KOTA TINGGI JOHOR.

Sampai sahaja di jeti Tg Buai masih belum ada pengunjung,hanya ada beberapa orang pekerja yang baru pulang dari atas kapal.Keadaan menjadi tegang apabila lihat air laut makin gerak mati, tanpa arus ikan akan kurang aktif dan peluang untuk mendapatkan ikan makin kurang.

Cuaca sekitar 10pagi amat terik dan kedudukan hujung jeti tiada berbumbung pasti masak jadinya,jadi insentif iaitu dgn meletakkan payung di w/c bagi mengurangkan kepanasan.

Keadaan paling membosankan jika ikan2 kecil menganggu umpan,umpan udang segar akan habis dikerjakannya tetapi petua orang dulu2 kalau dapat ikan kecil..pesan minta dipanggil ikan yang besar2 kemudian lepaskan lah ia semula..

Terbukti benar,tiba2 joran diragut dengan rakus dan acar tarik menarik berlangsung tak lama maka naiklah seekor ikan 'daun baru' atau ikan telinga gajah sekitar 1kg. Lama tak naik ikan kasar begini kemudian terfikir bahawa ikan Daun Baru habitatnya berkawan,tak mustahil akan perolehi sekawan ikan ini...

Anak saya yang baru belajar memancing menjerit"abah2 ada benda tarik"... kemudian saya suruh dia  'sembat' kuat dan suruh ia layan perlahan kerana matakail yg digunakan kecil khuatir 'rabut' pula. Inilah ikan pertama dia...

Tak lama naik lagi ikan yang sama dan berat yang hampir sama.Matahari semakin terik diatas kepala dan pengunjung semakin ramai,acara memancing masih belum tamat dimana telah 2kali 'rabut' dan sekali tali utama putus dan meletup. pasti angkara ikan besar seperti pari kerana tarikannya cukup2 ganas sementara tali yang saya gunakan cuma tali'spaider'30paun iaitu untuk pancingan sungai.

Acara penutup apabila perut dah 'keroncong',kebetulan pula cuaca tiba2 mendung dan berangin,petir berdentam-dentum dan air laut berkocak hebat. Sebelum pulang singgah makan digerai makan berhampiran yang ada menyediakan menu masakan "belangkas" yang sangat popular diTanjung Buai.
Hasil Halaman Pengail Zulkiffleeh

Sabtu, 19 Mei 2012

MENCARI UMPAN DAN KEPAH
anak2 mencari umpan di pantai senibong untuk mancing esoknya.


air masih belum surut,ini aje yg dapat....Sambil menyelam minum air,sambil cari umpan sempat cari Kijeng sekali..







pantai Senibong mendamaikan..

Hidupan laut ~ Kerang-kerangan





KERANG-KERANGAN  SEDIKIT INFO DAN CARA-CARA MENDAPATKANNYA.
Membawa anak2 mandi-manda cukup menghiburkan,dan kebiasaan bagi orang tuanya, ianya akan mengais2 atau mengorek2 pasir cubaan mencari kerang-kerangan.Meskipun terpaksa membiarkan kulit digigit panahan matahari, mencarinya sekadar suka-suka serta menjadi ikutan dan tidak ramai yang sanggup berhabiskan masa berjam-jam bagi mendapatkan seberkas kerang-kerangan. Hanya mereka yang tahu keenakkan rasanya saja sanggup melakukannya. tetapi usaha mereka akan gagal andai tiada pengetahuan utk mendapatkanya.

Terdapat pelbagai jenis kerang-kerangan,ianya terbahagi kpd 3 kawasan iaitu (1)kawasan berlumpur (2)kawasan berpasir dan( 3)yg melekap dicelah bebatu atau pangkal pokok.
·      *    Kerang-kerangan  yang terdapat dikawasan berlumpur seperti Lokan,Kerang,Mentarang dan berapa sepsies lagi.
·      *   Kerang-kerangan yg melekap seperti Tiram,Kupang(siput sudu),siput sedut,Siput Timba,Abalone dll
·      *   Kerang-kerangan dikawasan berpasir paling banyak sekali spt Kijeng,Kepah(gayam), Remis, Pepahat(Ambal@Buluh),Kima, Gongong,Etok,Lala(Siput retak seribu),Siput Duri,Kekapis(Siput Piring @Terapit),Beliung(Siput Baji),Siput Cangkul(Biji Nangka@Halia)dan lain2 lagi.
Ada beberapa cara untuk mendapatkannya kerang-kerangan tersebut:
1)Kerang-kerangan kawasan berpasir…
·         Selain bermandi-manda dan merehatkan minda sambil menikmati lautan biru bersama keluarga, aktiviti mencari siput remis,kerang kecil dan kepah menjadi sebahagian perkara menyeronokkan bagi masyarakat setempat danpengunjung pantai. Bagi mereka yang kurang mengenali Remis atau disebut Lala kecil dan Kepah Ia adalah sejenis moluska bercengkerang yangboleh didapati di pesisir pantai. hampir tidak dikenali oleh sesetengah individu.
Namun, bagi masyarakat pesisir pantai spesiesterbabit bukanlah sesuatu yang baru.
Kulit Remis dan Kepah(siput Gayam) umumnya mempunyai pelbagai corak yang unik dan berjalur.Malah, ada yang tidak mempunyai corak. Namun, ia mempunyai warna tertentu seperti hitam, putih dan coklat. Mencarinya  agak unik,dimana anda hanya perlu mengorek pasir sedalam kira-kira 2-3 inci bagi mencari spesies siput tersebut yang terdapat dalam pasir laut kira-kira satu meter dari gigi air laut. pencarian itu memerlukan kesabaran kerana tidak semua tempat di kawasan pesisir pantai itu menjadi habitat spesies siput tersebut ianya mudah didapati pada awal pagi sebelum air laut surut  kering.
·         Ada sejenis alat yg digunakan oleh masyarakat tempatan bagi mengesan atau mendapatkan kerang-kerangan yg berada di pesisiran pantai ketika air laut surut. Alat yg berbentuk spt penyapu dimana didasarnya dipasang sekeping zink(spt alat pengesan apabila terkena objek keras) yg akan ditarik menggunakan tali yg diikat pinggang,berhampiran gigi air.

Bagi mereka yang kurang mengenali remis atau disebut lala kecil dan kepah Ia adalah sejenis moluska bercengkerang yangboleh didapati di pesisir pantai. hampir tidak dikenali oleh sesetengah individu.
Namun, bagi masyarakat pesisir pantai spesiesterbabit bukanlah sesuatu yang baru.
·         Sementara untuk mendapatkan Kijeng,Siput Cangkul(Siput Biji Nangka@Siput Halia) dan Siput Kemudi(Siput Kipas Laut) memerlukan penggalian sedalam ½ kaki hingga 1kaki.Dengan berpandukan pancutan  air dipermukaan agar dapat mengenali kedudukan kerang-kerangan tersebut.

·         Selain Remis,Lala,Kepah Kijeng dan beberapa spesies yg tadi,pengenjung juga boleh turut mencari Siput Gongong,Siput Duri,Kekapis ,Kima dan Beliung (siput Baji)ketika air surut dikawasan pantai berpasir landai yg terdapat rumpai laut(kawasan digenangi aircetek)Caranya dengan memijak2 dimana tapak kaki terasa objek  keras spt batu,atau bagi yg mahir mereka akan mengecam melalui mulut cengkerang  tersebut. Namun, semuanya kini semakin sukar untuk didapati. Mungkin spesies inisudah hampir pupus atau tiada orang yang mahir mencarinya,

·         'Etok' pula ialah sejenis hidupan air tawar , Kebiasaannya Etok boleh didapati dari timbunan pasir di dasar Sungai .Berikutan pencemaran air sungai akibat kerja-kerja pembangunan dikawasan tanah tinggi dan pengambilan pasir di sepanjang sungai yang menjadi habitat semula jadi hidupan air itu hampir pupus. mengaut Etok di dalam sungai juga tidak dibenarkan di beberapa negeri  bagi mengelak ia pupus juga kerana etok menjadi sumber makanan ikan Patin.
2)Kerang-kerangan kawasan berlumpur..
·         Kerang dan Lokan biasanya kedudukannya dia lumpur yg  cetek,mudah mendapatkannya dgn melihat mata atau cengkerangnya yg terbuka sedikit dipermukaan,dimana penelitian amat diperlukan.
·         Pepahat atau siput buluh terdapat didalam lumpur atau pasir,cara mendapatkannya yang saya ketahui ialah dengan menjolok lidi kelapa yang telah dicalitkan sedikit kapur sirih dihujungnya kedalam lubang mata/udara. Tak lama andai terdapat Pepahat dilobang tersebut pasti akan tersembul pepahat tersebut kerana kepanasan.Kebiasaannya pepahat bermusim.
·         Lanyau atau lumpuh selut merupakan habitat semula jadi siput mentarang, sejenis kerang laut yang berbentuk bujur telur namun meruncing di bahagian hadapan. memberi cabaran, khasnya kepada sesiapa yang tidak biasa berjalan di dalam selut. Bukan mudah untuk memijak permukaan tanah yang licin dan tidak rata. Hendak mengimbangkan diri pun susah tetapi apabila dipijak, kaki akan terbenam hingga ke paras lutut dan mentarang hanya ada di kawasan tengah pantai berselut tersebut.
Mentarang tinggal di dalam tanah liat ia tidak timbul di permukaan sebaliknya lebih suka tinggal di dalam selut yang lembap. Untuk mengenal pasti lokasinya, ia boleh dikesan melalui lubang udara yang memancutkan air secara berkala. Apabila ternampak lubang mentarang, kita perlu korek lubang tersebut menggunakan tangan yang sudah bersarung Mentarang akan duduk di dalam selut dengan muncungnya menghala ke atas, muncungnya cukup tajam. Kalau tak pakai sarung tangan, boleh terbelah tangan dibuatnya. Kebiasaannya apabila tersentuh muncungnya, ia akan melarikan diri dengan menyorok ke dalam. Kadang-kadang kita perlu menyeluk lumpuh sehingga ke pangkal lengan.
Ada juga yang memanggilnya siput sekunci sempena lubang udaranya yang mengelirukan dimana lubang udara tunggal biasanya kepunyaan ketam,tetapi lubang udara Mentarang@ Sekunci mempunyi 3 lubang udara.menjolok  jari mengikut saluran udara yg kadangkala tersasar kearah jalan mati.itulah keunikan mencri siput Mentarang.
3)Kerang-kerangan yang melekap…
·         Tiram,siput Timba dan Abalone kedudukannya dicelah-celah batu dikawasan berbatu yang menerima air pasang-surut.Caranya dengan mencongkel atau menitik untuk memisahkannya dari melekap dibatu.sementara siput sedut kebiasaannya melekap dipangkal pokok bakau semasa air surut.
·         Kupang pula terdapat dibawah2 tiang,pelampung besi dan kini kupang mula diternak yang menggunakan kaedah sistem rawai dengan mengikat tali pada rakit dengan kedalaman kira-kira empat meter dan tali berkenaan dibiarkan terampai dalam air kira-kira satu meter daripada dasar laut.
·           Pengail yang menumpang di rumah rakit ternakan Kupang sering menggunakan isi kupang sebagai umpan ,dimana isi Kupang menjadi diet makanan habiat yang berada di sekitar kawasan tersebut.
Begitulah serba sedikit info kerang-kerangan yg terdapat diperairan Negara kita untuk tatapan umum.semoga penggemar2 yg ingin mencarinya dapat mempraktikannya bagi memudahkan pencarian.
Harap dapat dikongsi bersama dan selamat mencuba…
Zulkifflee Hussin