Mengail bukan sahaja boleh diketogorikan mengumpan bagi mendapatkan hasil tangkapan samada berupa ikan,haiwan,unggas atau apa sahaja makhluk termasuk manusia,dan mengail bukan sahaja menggunakan joran tetapi boleh menggunakan jaring dan penggunaan umpan bukan sahaja
penggunaan isi berinti pada matakail malah bunyi-bunyian juga boleh dijadikan umpan tangkapan.
Burung Ruak-Ruak atau juga dipanggil Burung Wak-wak atau nama sainsnya Amaurornis phoenicurus .
Burung wak-wak dewasa kebanyakannya mempunyai warna kelabu gelap
pada bahagian belakang dan sisi,
dan kepala, leher dan dada putih.
Burung wak-wak dewasa kebanyakannya mempunyai warna kelabu gelap
pada bahagian belakang dan sisi,
dan kepala, leher dan dada putih.
Bahagian perut dan bawah ekor bewarna perang cerah Burung ini biasa terdapat berhampiran penempatan manusia tetapi amat sukar dilihat kerana ia akan terbang atau berlari menyorok apabila menyedari manusia menghampirinya.Anak burung bewarna hitam yang dapat dilihat apabila dibawa melintas jalan.
Burung ini menggunakan paruh dalam lumpur dan air berlumpur, juga memagut makanan yang dilihat. Ia makan serangga, ikan kecil, dan biji benih.
Ia merayau mencari makan di tanah atau di semak samun dan tumbuhan renek.
Ia merayau mencari makan di tanah atau di semak samun dan tumbuhan renek.
Burung Wak-wak mudah dilihat dikawasan terbuka atau berpaya.
Ia merupakan burung yang bising, terutamanya pada waktu subuh dan maghrib,
dengan bunyi panggilan kuak,kuak yang kuat
Ia merupakan burung yang bising, terutamanya pada waktu subuh dan maghrib,
dengan bunyi panggilan kuak,kuak yang kuat
Cara menangkapnya juga berbeza, antara cara menjeratnya teknik 'Serkup Jaring' dimana kita kena cari buluh dua batang,pacak agak2 tiga depa,
Kemudian pasang jaring dan digantung botol yang dibubuh air.
Bila burung wak2 langar kita lepaslah tali tu supaya burung wak2 tergumpal didalam jaring
Kemudian pasang jaring dan digantung botol yang dibubuh air.
Bila burung wak2 langar kita lepaslah tali tu supaya burung wak2 tergumpal didalam jaring
Ada juga pencari wak-wak menangkap burung tersebut menggunakan kaedah jerangkap,dimana 'sawar' atau
'Belat'dipasang bagi laluan wak-wak ke jerangkap 'Racik' yang dipasang dipenghujung pintu 'belat/sawar'.
Rakaman bunyi wak-wak dipasang bagi tarikan burung tersebut ke perangkap.
'Belat'dipasang bagi laluan wak-wak ke jerangkap 'Racik' yang dipasang dipenghujung pintu 'belat/sawar'.
Rakaman bunyi wak-wak dipasang bagi tarikan burung tersebut ke perangkap.
Ada juga teknik menjerat wak-wak dengan meletakkan kail disepanjang paya.
Beberapa kail seperti 'tajor' digunakan dengan berumpankan anak2 ikan parit,cara ini amat tragis dimana burung wak-wak akan memakan umpan yang mempunyai mata kail...
akibatnya matakail akan tersekat dileher wak-wak, sadis,sadis...

Kebiasaannya .Cara menangkapnya ialah dengan meniup pipit pada waktu malam
dimana penggunaan 'jaring' kerap digunakan bagi menangkap burung wak-wak sambil dialunkan dengan bunyi menekut serunai atau
dipanggil 'pipit' memanggil berturut-turut..
Jaring akan dipasang dikawasan lapang pada waktu petang berbentuk 'L' atau memanjang,dengan menggunakan tiang atau galah yang panjang dalam 20kaki.Jaring berkocek digunakan agar burung yang tersangkut akan terkurung dalam 'kocek' jaring.

Memanggil menggunakan serunai atau pipit pada waktu malam agar burung
tidak melihat kelibat jaring yang berwarna hitam,
sementara peniup serunai duduk macam 'tok dalang' dihadapan jaring memanggil berturut-turut.
tidak melihat kelibat jaring yang berwarna hitam,
sementara peniup serunai duduk macam 'tok dalang' dihadapan jaring memanggil berturut-turut.
2 hingga 3 orang diperlukan untuk menjerat burung ini,2 peniup serunai diperlukan dimana jika
sahutan wak-wak semakin hampir seorang lagi akan meniup dengan pantas agar wak-wak 'terpukau' untuk menghampiri bunyi spesisnya yang pelik itu lalu tesangkut dijaring.
Seorang lagi akan melepaskan burung yang tersangkut pada jaring agar burung lain tidak lari dari menghampiri perangkap.

Ada cerita pelik tentang pengalaman menangkap burung wak-wak ini ....
CERITA PERTAMA-
Semasa remaja ada jiran sebelahan bermain serunai atau pipit tetapi berbunyi pelik "kuak,kuak (berturut2) kuakkkk......"tergerak hati untuk mengetahuinya. Jiran memberitahu fungsi serunai tersebut lalu mempelawa saya merasai pengalaman menangkap burung wak-wak bersamanya malam itu.
Selepas hampir tengah malam seekor pun burung wak-wak tak mahu datang malah sahut bunyi pun tidak, lalu jiran saya bertanya "semasa kau ikut tadi,
ada tak kau baca apa-apa ayat?..."
ada tak kau baca apa-apa ayat?..."
Saya berkata memang ada maka ia berpesan "lain kali kalau ikut MENEKUT jangan baca apa-apa kerana kita memanggil SYAITAN"....(meremang bulu tengkuk)
CERITA KEDUA-
Ada sekali saya mengikuti jiran saya tadi MENEKUT telah diganggu dengan bunyi pelik,
bunyi seolah-olah bunyi kucing,kadang-kadang bunyi nyaring Helang dan seolah-olah bunyi hilaian sedih.
bunyi seolah-olah bunyi kucing,kadang-kadang bunyi nyaring Helang dan seolah-olah bunyi hilaian sedih.
suasana masa itu gelap cuma sedikit disinari cahaya bulan. Sambil berbisik jiran saya mengajak saya beredar perlahan-lahan tanpa mengemas jaring yang telah dipasang.Sesampai didalam kereta,jiran saya memberitahu bahawa bunyi yang didengari diatas pokok tadi adalah bunyi hilaian LANGSIUR....
dan kelibat kain putih yang bermain diatas jaring tadi adalah makhluk HANTU KELAMBU...(menyeramkan) Keseokan harinya barulah kami mengemas jaring tersebut.
CERITA KETIGA-
Telah banyak kali saya perolehi wak-wak yang dijaring ,kebiasaannya hasil yang diperolehi dalam 3-4 ekor semalam dan pernah sekali dalam sejarah menekut burung
wak-wak kami memperolehi hasil yang amat banyak sekali.
wak-wak kami memperolehi hasil yang amat banyak sekali.
Mulanya hari pertama hasil wak-wak cuma 3 ekor sahaja,dan dari kejauhan bunyi wak-wak disebelah hujung bukit masih galak bersahutan.
Keesokkan malam harinya kami ketempat semalam,kali ini hasil diperloehi bertambah 3X ganda dan bunyi sahutan wak-wak makin galak kedengaran.
Kami ulangi lagi untuk hari yang ketiga berturut-turut,kali ini bunyi wak-wak amat bising didengari diatas langit.

TIBA_TIBA.......kami melihat segerombolan awan hitam melanggar jaring kami,kemudian kami dapati jaring kami bergegar kuat seolah-olah dilanda gempa,lalu kami melihat jaring kami dipenuhi dengan spesis burung
WAK_WAK.....
Serta-merta jiran saya mengarahkan saya dan anaknya menggulung sahaja jaring yang
dipenuhi dengan burung wak-wak tadi dan menjerit segera pulang balik kerana apa yang kami lihat iaitu
awan hitam yang berupa gerombolan awan hitam tadi memenuhi atas langit tempat kami
menekut tadi.
dipenuhi dengan burung wak-wak tadi dan menjerit segera pulang balik kerana apa yang kami lihat iaitu
awan hitam yang berupa gerombolan awan hitam tadi memenuhi atas langit tempat kami
menekut tadi.
Kami bernasib baik kerana segera pulang dari terima musibah,jika tidak pasti
keesokan harinya akhbar akan memaparkan tentang KEHILANGAN 3 PENEKUT WAK-WAK.
keesokan harinya akhbar akan memaparkan tentang KEHILANGAN 3 PENEKUT WAK-WAK.
Begitulah cerita tentang Burung Wak-wak yang telah semakin hilang dari pengetahuan generasi moden dan yang saya ketahui dan cerita misteri yang pernah saya alami sepanjang menjadi
Pengail dan juga pemanggil burung wak-wak,semoga ia menjadi ilmu dan pedoman pada rakan pengail.
Pengail dan juga pemanggil burung wak-wak,semoga ia menjadi ilmu dan pedoman pada rakan pengail.
Wallahualam...
Khurafat kuat sangat ni, kalau tak solat memang la syaitan tu datang nk ganggu akidah kita. kalau da pergi memikat dari subuh smpai magrib solat tak buat,pastu pergi jaring dari malam sampai subuh pon langsung tak solat, tak paham konsep rabbil alamin, mula la jin syaitan masuk nak sesatkan kita. sedangkan kalau kita mmg mencari rezeki, nak makan daging, niat nya jelas tak bercanggah, takde ikut atau bacaan2 tertentu yang mengarut yang kita amalkan seperti mohon pertu dari tok nenek penunggu dulu sebelum masuk hutan, sedangkan Allah lah pemilik seluruh alam, nak ape2 minta kat dia, bukan kt penunggu tu.
BalasPadamKikikikikikikikikiii
BalasPadamAlam ghaib ni mesti percaya ....kita kan orang islam dalam mempercayai alam ni .. pada yang nak memikat ke nak menangkap ke nak menjaring ke yang pentin solat jangan tingal ....insyaallah Allah swt akan slamatkan kita dri sgla bencana
BalasPadamNiat kena betul. Mana2 pon jin dan syaitan ni ada. Mulut dan kaki tangan kita kena jaga. Jgn celupar. Itu je. Satu lagi kena jaga2 takut haiwan berbisa spt ular dan sbgainya. Itu yg paling ditakuti.
BalasPadamIndonesia tu nekut ok je.. tangkap pkai tangan pun..
BalasPadam