CERITA TAHYUL TENTANG TANGKAL PENAKLUK IKAN
Pada keluaran lepas saya ada terangkan bagaimana pemancing otai atau nelayan dahulu menebal adat,amalan atau petua bagi ceburi kerjaya sebagai nelayan atau pemancing, ianya menjadi ikutan kepada generasi selepasnya.Malah ada beberapa adat atau petua yang disalah gunakan sehingga mengakibatkan terpesong dari ajaran agama. Kalau dahulu sebutan TANGKAL merupakan penawar bagi sesuatu penyakit tetapi tangkal ada yang digunakan keluar dari landasan sebenar iaitu dengan menggunakan 'alam mistik' bagi jalan mudah untuk peroleh sesuatu.Cerita ini berkisar pengalaman pemancing sendiri
TALI GANTUNG
Ada juga perbuatan yang pelik dan khurafat dengan menjadikan tangkal untuk mendapatkan hasil pancingan yang lumayan. Tangkal yang dimaksudkan iaitu tangkal dari TALI
GANTUNG orang bunuh diri. Mengikut pengalaman diri,dimana pernah meminta bantuan seorang rakan dari kalangan anggota polis ,yang mana ia sering berhadapan dengan
pelbagai kes kematian.
Setelah perolehi secebis tali gantung tersebut lalu diselit dipangkal pemegang joran untuk digunakan pada pertandingan esoknya,hasilnya setiap pertandingan (dulu GP Joran atau Kolam berbayar) pasti akan pulang dengan hadiah
kemenangan walaupun bukan yang terbaik.
Sering menjadi cemuhan dan rungutan oleh pemancing bersebelahan.”asyik-asyik dia je yang naik ikan,ada pakai kot?...”
Tangkal tersebut seolah-olah ada suatu kuasa menarik kumpulan ikan untuk menjamah umpan yang dihulur,pelik bukan?

Yang lebih tahyul lagi lebih extrem penggunaan tali pengikat mayat digunakan sebagai
tangkal pemanggil ikan. Kebanyakan individu merupakan seorang pemancing yang
Tegar dan mempunyai hati yang
Kering,
ialah...untuk mendapatkannya bukannya mudah silap-silap dimarahi atau dimaki.
Mengikut pengalaman diri ,suatu ketika saya pernah memperolehi kain pengikat kapan
pada perkebumian jenazah seorang tetangga,entah mengapa waris jenazah
menghulurkan selembar tali kain kapan pada saya .Saya pun tak tahu,mungkin untuk
dijadikan iktibar agaknya.Yang mana kebiasaannya tali kain pengikat kapan akan
ditanam bersama mayat sekali.

Sebahagian cebisan kain pengikat kapan tersebut diletak pada 2 batang joran kesayangan dan baki kain tersebut saya simpan direban ayam,Setelah selesai,joran tersebut saya
simpan didalam van untuk dibawa kemana-mana.kerana saya khuatir akan ada
gangguan makhluk halus pada kain tersebut andai dibawa masuk rumah (maklum saja
ada anak kecil)

Hasilnya semasa memancing bersama rakan bernama Ramli diKuala Tanjung Sedeli iaitu betul-betul bawah kabel pencawang eletrik ,dimana kedua-dua joran yang dah ditangkal disambar
rakus tanpa henti oleh spesis kerapu papan (sebesar tapak tangan)sehingga habis umpan udang hidup yang dibeli RM30. Kawan saya Ramli terpinga-pinga dan hairan melihat cuma saya
sahaja yang 'gasak' bertarung dengan ikan sementara dia bagai penonton.
Demi Persahabatan saya menceritakan prihal rahsia tentang tangkal tersebut kepada rakan saya iaitu Ramli.
Nak jadikan cerita....
Keseokan harinya selepas memperoleh cebisan kain pengikat kapan dan dilakukan seperti yang diajar maka Ramli kemudian terus kelokasi memancing diTelok Arong.Perjalanan kesana memakan masa 1/2jam,walaupun keadaan hampir maghrib Ramli tetap bersemangat untuk menguji keberkesanan tangkal ini.
Ramli sangat gembira apabila jorannya yang telah ditangkal sentiasa tidak henti disambar ikan, dalam hatinya ia memuji ilmu kain pengikat kapan tersebut.
Jam telah menunjukkan pukul 10malam,ikan pula masih tidak henti-henti menyambar umpan dan hasil tangkapan cukup berbaloi tetapi hati Ramli berdebar-debar bagai ada sesuatu sedang memerhatikanya sedangkan ia sendirian dilokasi tersebut.Akhirnya Ramli mengambil keputusan untuk pulang kerana Bulu tengkuknya sentiasa meremang dan terdengar suara desiran pelik berhampirannya serta kadang-kala ada bau kapur barus menyusuk lubang hidungnya.
Semasa perjalanan ketempat motosikalnya Ramli terdengar bunyi sesuatu mengikutinya, apabila ditolehnya kebelakang Ramli terkejut dan tergamam apabila yang mengikutinya adalah POCONG!!!!!!!..
Pocong tersebut terloncat-loncat mengikuti Ramli dari belakang.Terpancul dari mulut Ramli "Ya Allah POCONG!!..maaak"
Tanpa berfikir panjang,Ramli menghumban segala peralatan yang dibawanya lalu lari dengan langkah seribu.Ramli menoleh kebelakang didapati Pocong tersebut masih mengejarnya kali ini dengan 'bergoleng'laju,selaju larian Ramli.
Ramli lari sepantas yang mungkin,sesampai dimotosikalnya Ramli segera menghidupkan engin motosikalnya tetapi engin tak mahu hidup.Berkali-kali Ramli mencubanya,sambil matanya menoleh kearah lembaga Pocong yang bertukar posisi iaitu melompat-lompat menuju kearahnya.Peluh jantan dah lama menitik,jantung berdegup kencang tiba-tiba Ramli terasa hangat diseluarnya (terkencing)"maak tolong!!!"
Berkali-kali cubaan akhirnya engin motosikalnya berjaya dihidupkan,motosikal mengaum kuat bila Ramli mepulas pendikit minyak dengan rakus.Ramli meluru dengan laju untuk segera sampai kerumah tetapi dirasakan sebaliknya ,seolah-olah motosikal nya membawa bebanan yang berat.Dari cermin sisi Ramli terkejut apabila dibelakangnya, POCONG menumpang duduk motosikalnya.
Keesokannya saya terima panggilan dari isteri Ramli agar segera kerumahnya.Sesampai dirumahnya saya lihat ramai orang dirumahnya,perasaan bimbang mula dirasai.Sesampai dipintu rumahnya saya dapati Ramli sedang meronta-ronta sambil dipegang oleh orang ramai akibat KERASUKAN.
Beberapa hari kemudian ,setiap malam rumah saya bagai diganggu seperti ada ketukan,goresan panjang didinding rumah dan yang paling tidak menyenangkan bila ada bau kapur barus orang meninggal.
Akhirnya Kain pengikat kapan saya buang kesungai dan gangguan pelik pun hilang,jadi pengajarannya ....eloklah tinggalkan perbuatan Kurafat yang mendatangkan Akibat buruk.
Wallah hualam..
Dari Laman Pengail:zulkiffleeh

cerita mistik pengail
BalasPadamA65jz
BalasPadam