Rabu, 30 April 2014

"MENEKUT' ATAU MEMANCING WAK-WAK




Mengail bukan sahaja boleh diketogorikan mengumpan bagi mendapatkan hasil tangkapan samada berupa ikan,haiwan,unggas atau apa sahaja makhluk termasuk manusia,dan mengail bukan sahaja menggunakan joran tetapi boleh menggunakan jaring dan penggunaan umpan bukan sahaja
 penggunaan isi berinti pada matakail malah bunyi-bunyian juga boleh dijadikan umpan tangkapan.
Kali ini saya ingin bercerita tentang memancing Wak-wak atau menjerat burung Ruak-ruak. 
Burung Ruak-Ruak atau juga dipanggil Burung Wak-wak   atau nama sainsnya Amaurornis phoenicurus .
Burung wak-wak dewasa kebanyakannya mempunyai warna kelabu gelap
 pada bahagian belakang dan sisi, 
dan kepala, leher dan dada putih.


Bahagian perut dan bawah ekor bewarna perang cerah Burung ini biasa terdapat berhampiran penempatan manusia tetapi amat sukar dilihat kerana ia akan terbang atau berlari menyorok apabila menyedari manusia menghampirinya.Anak burung bewarna hitam yang dapat dilihat apabila dibawa melintas jalan.

Burung ini menggunakan paruh dalam lumpur dan air berlumpur, juga memagut makanan yang dilihat. Ia makan serangga, ikan kecil, dan biji benih. 
Ia merayau mencari makan di tanah atau di semak samun dan tumbuhan renek.
Burung Wak-wak mudah dilihat dikawasan terbuka atau berpaya.

 Ia merupakan burung yang bising, terutamanya pada waktu subuh dan maghrib,
 dengan bunyi panggilan kuak,kuak yang kuat
Cara menangkapnya juga berbeza, antara cara menjeratnya teknik 'Serkup Jaring' dimana kita kena cari buluh dua batang,pacak agak2 tiga depa,
Kemudian pasang jaring dan digantung botol yang dibubuh air.
Bila burung wak2 langar kita lepaslah tali tu supaya burung wak2 tergumpal didalam jaring 
Ada juga pencari wak-wak menangkap burung tersebut menggunakan kaedah jerangkap,dimana 'sawar' atau
 'Belat'dipasang bagi laluan wak-wak ke jerangkap 'Racik' yang dipasang dipenghujung pintu 'belat/sawar'.


Rakaman bunyi wak-wak dipasang bagi tarikan burung tersebut ke perangkap.
Ada juga teknik menjerat wak-wak dengan meletakkan kail disepanjang paya. 
Beberapa kail seperti 'tajor' digunakan dengan berumpankan anak2 ikan parit,cara ini amat tragis dimana burung wak-wak akan memakan umpan yang mempunyai mata kail...
akibatnya matakail akan tersekat dileher wak-wak, sadis,sadis...

Kebiasaannya .Cara menangkapnya ialah dengan meniup pipit pada waktu malam 
dimana penggunaan 'jaring' kerap digunakan bagi menangkap burung wak-wak sambil dialunkan dengan bunyi menekut serunai atau 
dipanggil 'pipit' memanggil berturut-turut..


 Jaring akan dipasang dikawasan lapang pada waktu petang berbentuk 'L' atau memanjang,dengan menggunakan tiang atau galah yang panjang dalam 20kaki.Jaring berkocek digunakan agar burung yang tersangkut akan terkurung dalam 'kocek' jaring.
Memanggil menggunakan serunai atau pipit pada waktu malam agar burung
 tidak melihat kelibat jaring yang berwarna hitam,
sementara peniup serunai duduk macam 'tok dalang' dihadapan jaring memanggil berturut-turut.
 2 hingga 3 orang diperlukan untuk menjerat burung ini,2 peniup serunai diperlukan dimana jika
 sahutan wak-wak semakin hampir seorang lagi akan meniup dengan pantas agar wak-wak 'terpukau' untuk menghampiri bunyi spesisnya yang pelik itu lalu tesangkut dijaring.
Seorang lagi akan melepaskan burung yang tersangkut pada jaring agar burung lain tidak lari dari menghampiri perangkap.

Ada cerita pelik tentang pengalaman menangkap burung wak-wak ini ....
CERITA PERTAMA-
Semasa remaja ada jiran sebelahan bermain serunai atau pipit  tetapi berbunyi pelik "kuak,kuak (berturut2) kuakkkk......"tergerak hati untuk mengetahuinya. Jiran memberitahu fungsi serunai tersebut lalu mempelawa saya merasai pengalaman menangkap burung wak-wak bersamanya malam itu.
Selepas hampir tengah malam seekor pun burung wak-wak tak mahu datang malah sahut bunyi pun tidak, lalu jiran saya bertanya "semasa kau ikut tadi,
ada tak kau baca apa-apa ayat?..." 

Saya berkata memang ada maka ia berpesan "lain kali kalau ikut MENEKUT jangan baca apa-apa kerana kita memanggil SYAITAN"....(meremang bulu tengkuk)

CERITA KEDUA-
Ada sekali saya mengikuti jiran saya tadi  MENEKUT telah diganggu dengan bunyi pelik,
bunyi seolah-olah bunyi kucing,kadang-kadang bunyi nyaring Helang dan seolah-olah bunyi hilaian sedih.
Tak semena-mena terlihat kelibat warna putih beralun ,berlegar-legar terbang diatas jaring....

suasana masa itu gelap cuma sedikit disinari cahaya bulan. Sambil berbisik jiran saya mengajak saya beredar perlahan-lahan tanpa mengemas jaring yang telah dipasang.Sesampai didalam kereta,jiran saya memberitahu bahawa bunyi yang didengari diatas pokok tadi adalah bunyi hilaian LANGSIUR....

dan kelibat kain putih yang bermain diatas jaring tadi adalah makhluk HANTU KELAMBU...(menyeramkan) Keseokan harinya barulah kami mengemas jaring tersebut.


CERITA KETIGA-
Telah banyak kali saya perolehi wak-wak yang dijaring ,kebiasaannya hasil yang diperolehi dalam 3-4 ekor semalam dan pernah sekali dalam sejarah menekut burung
 wak-wak kami memperolehi hasil yang amat banyak sekali.

Mulanya hari pertama hasil wak-wak cuma 3 ekor sahaja,dan dari kejauhan bunyi wak-wak disebelah hujung bukit masih galak bersahutan.

Keesokkan malam harinya kami ketempat semalam,kali ini hasil diperloehi bertambah 3X ganda dan bunyi sahutan wak-wak makin galak kedengaran. 
Kami ulangi lagi untuk hari yang ketiga berturut-turut,kali ini bunyi wak-wak amat bising didengari diatas langit.

TIBA_TIBA.......kami melihat segerombolan awan hitam melanggar jaring kami,kemudian kami dapati jaring kami bergegar kuat seolah-olah dilanda gempa,lalu kami melihat jaring kami dipenuhi dengan spesis burung
 WAK_WAK.....

Serta-merta jiran saya mengarahkan saya dan anaknya menggulung sahaja jaring yang
 dipenuhi dengan burung wak-wak  tadi dan menjerit segera pulang balik kerana apa yang kami lihat iaitu 
awan hitam yang berupa gerombolan awan hitam tadi memenuhi atas langit tempat kami
 menekut tadi.
Kami bernasib baik kerana segera pulang dari terima musibah,jika tidak pasti 
keesokan harinya akhbar akan memaparkan tentang KEHILANGAN 3 PENEKUT WAK-WAK.

Begitulah cerita tentang Burung Wak-wak yang telah semakin hilang dari pengetahuan generasi moden dan yang saya ketahui dan cerita misteri yang pernah saya alami sepanjang menjadi 
Pengail dan juga pemanggil burung wak-wak,semoga ia menjadi ilmu dan pedoman pada rakan pengail.

Wallahualam...


Khamis, 3 April 2014

CERITA TAHYUL TENTANG TANGKAL PENARIK IKAN



CERITA TAHYUL TENTANG TANGKAL PENAKLUK IKAN


Pada keluaran lepas saya ada terangkan bagaimana pemancing otai atau nelayan dahulu menebal adat,amalan atau petua bagi ceburi kerjaya sebagai nelayan atau pemancing, ianya menjadi ikutan kepada generasi selepasnya.Malah ada beberapa adat atau petua yang disalah gunakan sehingga mengakibatkan terpesong dari ajaran agama. Kalau dahulu sebutan TANGKAL merupakan penawar bagi sesuatu penyakit tetapi tangkal ada yang digunakan keluar dari landasan sebenar iaitu dengan menggunakan 'alam mistik' bagi jalan mudah untuk peroleh sesuatu.Cerita ini berkisar pengalaman pemancing sendiri
  
TALI GANTUNG

 Ada juga perbuatan yang pelik dan khurafat dengan menjadikan tangkal untuk mendapatkan hasil pancingan yang lumayan. Tangkal yang dimaksudkan iaitu tangkal dari TALI 
GANTUNG  orang bunuh diri. Mengikut pengalaman diri,dimana pernah meminta bantuan seorang rakan dari kalangan anggota polis ,yang mana ia sering berhadapan dengan 
pelbagai kes kematian. 
Setelah perolehi secebis tali gantung tersebut lalu diselit dipangkal pemegang joran untuk digunakan pada pertandingan esoknya,hasilnya setiap pertandingan (dulu GP Joran atau Kolam berbayar) pasti akan pulang dengan hadiah 
kemenangan walaupun bukan yang terbaik.
 Sering menjadi cemuhan dan rungutan oleh pemancing bersebelahan.”asyik-asyik dia je yang naik ikan,ada pakai kot?...”
Tangkal tersebut seolah-olah ada suatu kuasa menarik kumpulan ikan untuk menjamah umpan yang dihulur,pelik bukan? 

TALI KAPAN


Yang lebih tahyul lagi lebih extrem penggunaan tali pengikat mayat digunakan sebagai 
tangkal pemanggil ikan. Kebanyakan individu merupakan seorang pemancing yang 
Tegar dan mempunyai hati yang 
Kering,
 ialah...untuk mendapatkannya bukannya mudah silap-silap dimarahi atau dimaki.


 Mengikut pengalaman diri ,suatu ketika  saya pernah memperolehi kain pengikat kapan
 pada perkebumian jenazah seorang tetangga,entah mengapa waris jenazah 
menghulurkan selembar tali kain kapan pada saya .Saya pun tak tahu,mungkin untuk 
dijadikan iktibar agaknya.Yang mana kebiasaannya tali kain pengikat kapan akan
 ditanam bersama mayat sekali.

Sebahagian cebisan kain pengikat kapan tersebut diletak pada 2 batang joran kesayangan dan baki kain tersebut saya simpan direban ayam,Setelah selesai,joran tersebut saya 
simpan didalam van untuk dibawa kemana-mana.kerana saya khuatir akan ada 
gangguan makhluk halus  pada  kain tersebut andai dibawa masuk rumah (maklum saja 
ada anak kecil)

Hasilnya semasa memancing bersama rakan bernama Ramli diKuala Tanjung Sedeli iaitu betul-betul bawah kabel pencawang eletrik ,dimana kedua-dua joran yang dah ditangkal disambar 
rakus tanpa henti oleh spesis kerapu papan (sebesar tapak tangan)sehingga habis umpan udang hidup yang dibeli RM30. Kawan saya Ramli terpinga-pinga dan hairan melihat cuma saya 
sahaja yang 'gasak' bertarung dengan ikan sementara dia bagai penonton.
Demi Persahabatan saya menceritakan prihal rahsia tentang tangkal tersebut kepada rakan saya iaitu Ramli.

Nak jadikan cerita....

Keseokan harinya selepas memperoleh cebisan kain pengikat kapan dan dilakukan seperti yang diajar maka Ramli kemudian terus kelokasi memancing diTelok Arong.Perjalanan kesana memakan masa 1/2jam,walaupun keadaan hampir maghrib Ramli tetap bersemangat untuk menguji keberkesanan tangkal ini.

Ramli sangat gembira apabila jorannya yang telah ditangkal sentiasa tidak henti disambar ikan, dalam hatinya ia memuji ilmu kain pengikat kapan tersebut.

Jam telah menunjukkan pukul 10malam,ikan pula masih tidak henti-henti  menyambar umpan dan hasil tangkapan cukup berbaloi tetapi hati Ramli berdebar-debar bagai ada sesuatu sedang memerhatikanya sedangkan ia sendirian dilokasi tersebut.Akhirnya Ramli mengambil keputusan untuk pulang kerana Bulu tengkuknya sentiasa meremang dan terdengar suara desiran pelik berhampirannya serta kadang-kala ada bau kapur barus menyusuk lubang hidungnya.

Semasa perjalanan ketempat motosikalnya Ramli terdengar bunyi sesuatu mengikutinya, apabila ditolehnya kebelakang Ramli terkejut dan tergamam apabila yang mengikutinya adalah POCONG!!!!!!!..

Pocong tersebut terloncat-loncat mengikuti Ramli dari belakang.Terpancul dari mulut Ramli "Ya Allah POCONG!!..maaak"

Tanpa berfikir panjang,Ramli menghumban segala peralatan yang dibawanya lalu lari dengan langkah seribu.Ramli menoleh kebelakang didapati Pocong tersebut masih mengejarnya kali ini dengan 'bergoleng'laju,selaju larian Ramli.

Ramli lari sepantas yang mungkin,sesampai dimotosikalnya Ramli segera menghidupkan engin motosikalnya tetapi engin tak mahu hidup.Berkali-kali Ramli mencubanya,sambil matanya menoleh kearah lembaga Pocong yang bertukar posisi iaitu melompat-lompat menuju kearahnya.Peluh jantan dah lama menitik,jantung berdegup kencang tiba-tiba Ramli terasa hangat diseluarnya (terkencing)"maak tolong!!!"

Berkali-kali cubaan akhirnya engin motosikalnya berjaya dihidupkan,motosikal mengaum kuat bila Ramli mepulas pendikit minyak dengan rakus.Ramli meluru dengan laju untuk segera sampai kerumah tetapi dirasakan sebaliknya ,seolah-olah motosikal nya membawa bebanan yang berat.Dari cermin sisi Ramli terkejut apabila dibelakangnya, POCONG menumpang duduk motosikalnya.

Keesokannya saya terima panggilan dari isteri Ramli agar segera kerumahnya.Sesampai dirumahnya saya lihat ramai orang dirumahnya,perasaan bimbang mula dirasai.Sesampai dipintu rumahnya saya dapati Ramli sedang meronta-ronta sambil dipegang oleh orang ramai akibat KERASUKAN.

Beberapa hari kemudian ,setiap malam rumah saya bagai diganggu seperti ada ketukan,goresan panjang didinding rumah dan yang  paling tidak menyenangkan bila ada bau kapur barus orang meninggal.
Akhirnya Kain pengikat kapan saya buang kesungai dan gangguan pelik pun hilang,jadi pengajarannya ....eloklah tinggalkan perbuatan Kurafat yang mendatangkan Akibat buruk.

Wallah hualam..
Dari Laman Pengail:zulkiffleeh