Ahad, 4 Ogos 2013

PETIR- TRAGEDI NYARIS MAUT (di Pulau Setindan)


Pulau Setindan didaerah Mersing milik persendirian tanpa penghuni dimana penduduknya telah berhijrah ketanah besar,terbiar sepi menjadikan Pulau Setindan lokasi memancing  kepada warga tempatan  yang mengetahui bahagian persekitaran mana  terdapat lubuk ikan diPulau tersebut.


Bagi warga tempatan jika ingin ke pulau Setindan tidak perlu menaiki bot tetapi cukup hanya berjalan kaki untuk sampai kesana,dimana ketika air surut  pulau Setindan dan tanah besar akan terhubungan. Hanya memerlukan 20 minit untuk sampai kesana  berjalan kaki ketika air surut kering dan harus pulang juga ketika air surut ini bermaksud terpaksa bertahan dipulau tersebut dari air pasang sehingga air laut  surut kembali.



Perancangan telah dibuat lebih awal  bersama bersama beberapa anak muda untuk ke pulau Setindan iaitu pada hari cuti sekolah dan waktu air yang sesuai.Dimana kami begerak awal pagi agar dapat pulang waktu petang hari yang sama. Konvoi kami anak muda dari Mersing dengan membawa bekalan secukupnya juga membawa sekali harapan yang besar bagi peroleh hasil pancingan yang lumayan.


Dari menyusuri pantai berpasir kami kepantai bebatu menuju tanjung  yang mana terdapat lubuk ikan  yang telah diketahui ramai warga tempatan. Acara mengail pagi itu menjadi gamat apabila masing-masing berjaya menaikkan sepsis ikan yang baik-baik seperti kerapu mata hijau,siakap karang,gelama kambing seberat 500gm setiap ekor, ,kakap merah dan pari karang bintik….


“Ku sangka cuaca cerah sampai ke petang, rupanya mendung di tengah hari”.Cuaca yang panas terik ketika sampai menjadi gelap mendung diniharinya menandakan hari akan hujan. Bagi kami kaki pancing apabila mendung tiba, itulah petanda ribut akan turun. Bagaimanapun, sebelum ribut, pastinya kilat menyambar dulu.Keseronokan memancing menjadi terbantut apabila tiba-tiba rebut petir mula melanda, kami bergegas dan kebingungan dimana harus menyelamatkan diri kerana persikitaran kami hanyalah tebing bebatu tiada tempat untuk berlindung…


Kami biarkan Joran kami terpacak dicelahan batu lalu kami berlindung berhimpit-himpit dicelah tebing tinggi dari ribut,petir dan hujan lebat, masing-masing memandang sesama sendiri memikirkan apa perlu dilakukan?..Tiba-tiba
kami terlihat kelibat cahaya kilat yang terang behampiran kami dan seketika kami melihat salah satu joran kami disambar petir disusuli dentuman yang sungguh membingitkan bagai nak pecah gegendang telinga kami mendengarnya sementara tong ikan behampiran joran tadi terpelanting dan berkecai…


masing-masing dari kami berpelukan dan beristifar panjang berdoa agar dijauhkan dari petir yang sedang menggila itu. Dalam fikiran “abislah,mati aku hari ini…” Allah maha kuasa tak lama kemudian cuaca pun reda bagai tiada apa-apa berlaku,tetapi kami yang dalam keadaan gementar seolah-olah tak percaya akan mengalami tragidi ini.


Dihalaman ini marilah kita renungkan dan ingin saya  mengajak pemancing berkongsi maklumat dari peristiwa tadi mengenai cuaca sebelum mereka pergi memancing , sama ada di sungai, laut, tasik, parit , kolam komersial atau pantai.


Sehubungan itu, atas beberapa faktor dan demi keselamatan pemancing saya berpesan kepada  pemancing cuba mengelak daripada melakukan aktiviti memancing ketika cuaca guruh dan kilat, biarpun pada ketika itu ikan galak memburu umpan.

Juga bagi pemancing di darat pula seperti di tepi tasik, tebing sungai atau lombong, sebaik-baiknya mengelakkan diri daripada berteduh di bawah pokok rendang atau terdedah di tanah lapang kerana dikhuatiri disambar petir. Juga pemancing tidak digalakkan mendedahkan diri di tempat lapang yang terbuka atau tidak memegang joran atau memegang batang besi kerana ia mudah disambar petir. 


Walau bagaimana pun keselamatan diri harus diutamakan,usah menyesal dikemudian hari andai sesuatu terjadi nanti.. Justeru nasihat saya pemancing perlu elakkan diri daripada mencabar kilat dengan mendedahkan diri kepada bahaya. Berhentikanlah sebarang aktiviti memancing semasa guruh dan kilat sabung menyabung. Berlindung di tempat yang selamat serta berdoa,beristifar dan berzikir untuk keselamatan diri.

InsyaAllah Tuhan akan mengingati kepada orang yang ingati Nya.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dan
Selamat memancing.

Dari Laman Pengail :zulkiffleeh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan