Jumaat, 30 Ogos 2013
KEJADIAN MISTIK"DUIT BERTUKAR DAUN"
Tanjung Kupang merupakan perkampungan nelayan juga menjadi lokasi pemancing disekitar daerah Johor seperti pemancing yang datang dari Tg.Pelepas,Tebing Runtuh ,Gelang Patah juga dari Bandaraya Johor Bahru menggunakan bot fiber melalui selat johor ke Jambatan Link kedua Tuas.Terdapat beberapa labuh popular di perairan Tg.Kupang seperti Unjam Karang,kelong 8,kelong-kelong yang berada di sempadan perairan Antarabangsa,spesis-spesis ikan disana merupakan spesis ikan yang bangak-bangak seperti,Mayong,pari,siakap,kerapu dan lain-lain lagi'
Dihalaman kali ini bukan kisah pancing yang ingin dipaparkan tetapi cerita disebalik Tragidi selepas pesawat terhempas yang meragut kesemua penumpang didalamnya.Tragedi kapal terbang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977 yang kini hanyalah sebuah belukar tinggal. Ia menyembunyikan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab.
Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.
Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.
Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ, dimana pernah menjadi lokasi bagi para pemancing Semasa kejadian ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.MEMORIAL memperingati tragedi pesawat Boeing 737 MH653 masih dikunjungi ahli keluarga mangsa di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.
Setelah kesemua mayat mangsa dikebumikan,terdapat desas-desus pelbagai cerita seram mengenai roh mangsa berkeliaran,tak terkecuali cerita-cerita mistik disekitar tapak memorial,salah satunya cerita mengenai beberapa teksi dan bas yang menerima duit berupa helaian daun dari penumpang yang tak diundang....
Cerita ni diceritakan dari mulut ke mulut ..selepas tragedi tersebut ramai yg bercerita tentang mesteri nya jln kebun Teh. Dulunya jalan Kebun Teh sunyi sepi dipenuhi hutan belukar sepanjang jalan dan keadaan jalan gelap gelita apabila menjelang malam.
Hinggalah satu malam sebuah bas Alec No44 bergerak utk mengabiskan trip terakhirnya iaitu jam 11.45mlm...Sepanjang jalan tiada satu pun peroleh penumpang, tiba-tiba selepas keluar dari jln JPJ lama,driver bas terlihat ada lembaga merupakan seorang wanita melambai menahan bas agar berhenti. Driver bas itu berhenti lalu membuka pintu bas bagi membenarkan penumpang wanita itu naik, tak semena-mena engin bas tiba-tiba berhenti....Berkali-kali driver bas cuba menghidupkan engin bas tapi tak berhasil.."kenapa ni kau,meragam dekat kubur Jepun niii..."keluhan driver bas.
Sementara itu Konduktor bas berbangsa cina menghampiri wanita tersebut dan meminta tambang bas lalu wanita tersebut memberi wang kertas tanpa memberitahu destinasinya...Konduktor bas lihat wajah wanita itu dengan memuji kecantikanya"Amoi cantik,lu mau pegi mana...apasat jalan sorang-sorang,tara takut antu ka?... bukan wa mau takutkan sama lu tapi lamai olang cakap ini tempat ada kelat ooo..."kenduktor cuba ajak wanita itu bersembang,tetapi tiada respon.
Driver bas masih berusaha menghidupkan bas kemudian dengan kalimah "Bismillah..."Engin bas pun dapat dihidupkan lalu driver meneruskan perjalanan. Selepas bas dapat bergerak, konduktor pula mula mengira duit bagi memulangkan baki duit penumpang wanita tadi, bagi memastikan pulangan duit, konduktor melihat semula duit yang diberi wanita tersebut ditangan kirinya... Bukan wang kertas yg digengamnya tapi DAUN....
Marah sungguh konduktor apabila dipermainkan begitu lalu ia menghampiri wanita tersebut dan berdiri dihadapannya...tiba-tiba wajah konduktor itu pucat-lesi,menggigil ketakutan kerana wajah wanita yg dilihatnya begitu cantik tiba-tiba bertukar hodoh mengerikan... dimana bebola matanya tersembul keluar,dengan mulutnya yg rabik hingga menampakkan tulang rahang,dengan tempurung kepalnya sompak sehingga menampakkan otak didalamnya... pandangan matanya tiba-tiba menjadi gelap dan rebah,pengsan tidak sedarkan diri...............
"DEEbab...."terdengar oleh driver ,dari cermin pandang belakang dilihatnya konduktor rebah,lalu dihentkannya bas. Dihampirinya "Apek...apa jadi???mana itu pompuan??... konduktor bisu tidak menyahut. Tiba-tiba driver bus itu terhidu bau yg teramat busuk lagi meloyakan ...
Seketika kemudian ia terpandang sesusuk lembaga putih melayang terbang keluar dari belakang tingkap bas... melayang bagai kain putih ditiup angin, terus berhenti berdiri diatas MEMORIAL PESAWAT TERHEMPAS DITANJUNG KUPANG....Begitulah seadanya...
(sebenarnya cerita itu cuma rekaan saya semata-mata (seperti yg diceritakan dari orang terdahulu),tidakada kena-mengena mereka yg hidup atau yg telah mati...)
daripada ZULKIFFLEEH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Aduh kenapa reka?benda boleh betul betul hantu,banyak setan menyakat kan kat tempat ni...? Lama dah suka baca cerita tempat ni.
BalasPadam