Jumaat, 30 Ogos 2013
KEJADIAN MISTIK"DUIT BERTUKAR DAUN"
Tanjung Kupang merupakan perkampungan nelayan juga menjadi lokasi pemancing disekitar daerah Johor seperti pemancing yang datang dari Tg.Pelepas,Tebing Runtuh ,Gelang Patah juga dari Bandaraya Johor Bahru menggunakan bot fiber melalui selat johor ke Jambatan Link kedua Tuas.Terdapat beberapa labuh popular di perairan Tg.Kupang seperti Unjam Karang,kelong 8,kelong-kelong yang berada di sempadan perairan Antarabangsa,spesis-spesis ikan disana merupakan spesis ikan yang bangak-bangak seperti,Mayong,pari,siakap,kerapu dan lain-lain lagi'
Dihalaman kali ini bukan kisah pancing yang ingin dipaparkan tetapi cerita disebalik Tragidi selepas pesawat terhempas yang meragut kesemua penumpang didalamnya.Tragedi kapal terbang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977 yang kini hanyalah sebuah belukar tinggal. Ia menyembunyikan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab.
Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.
Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.
Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ, dimana pernah menjadi lokasi bagi para pemancing Semasa kejadian ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.MEMORIAL memperingati tragedi pesawat Boeing 737 MH653 masih dikunjungi ahli keluarga mangsa di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.
Setelah kesemua mayat mangsa dikebumikan,terdapat desas-desus pelbagai cerita seram mengenai roh mangsa berkeliaran,tak terkecuali cerita-cerita mistik disekitar tapak memorial,salah satunya cerita mengenai beberapa teksi dan bas yang menerima duit berupa helaian daun dari penumpang yang tak diundang....
Cerita ni diceritakan dari mulut ke mulut ..selepas tragedi tersebut ramai yg bercerita tentang mesteri nya jln kebun Teh. Dulunya jalan Kebun Teh sunyi sepi dipenuhi hutan belukar sepanjang jalan dan keadaan jalan gelap gelita apabila menjelang malam.
Hinggalah satu malam sebuah bas Alec No44 bergerak utk mengabiskan trip terakhirnya iaitu jam 11.45mlm...Sepanjang jalan tiada satu pun peroleh penumpang, tiba-tiba selepas keluar dari jln JPJ lama,driver bas terlihat ada lembaga merupakan seorang wanita melambai menahan bas agar berhenti. Driver bas itu berhenti lalu membuka pintu bas bagi membenarkan penumpang wanita itu naik, tak semena-mena engin bas tiba-tiba berhenti....Berkali-kali driver bas cuba menghidupkan engin bas tapi tak berhasil.."kenapa ni kau,meragam dekat kubur Jepun niii..."keluhan driver bas.
Sementara itu Konduktor bas berbangsa cina menghampiri wanita tersebut dan meminta tambang bas lalu wanita tersebut memberi wang kertas tanpa memberitahu destinasinya...Konduktor bas lihat wajah wanita itu dengan memuji kecantikanya"Amoi cantik,lu mau pegi mana...apasat jalan sorang-sorang,tara takut antu ka?... bukan wa mau takutkan sama lu tapi lamai olang cakap ini tempat ada kelat ooo..."kenduktor cuba ajak wanita itu bersembang,tetapi tiada respon.
Driver bas masih berusaha menghidupkan bas kemudian dengan kalimah "Bismillah..."Engin bas pun dapat dihidupkan lalu driver meneruskan perjalanan. Selepas bas dapat bergerak, konduktor pula mula mengira duit bagi memulangkan baki duit penumpang wanita tadi, bagi memastikan pulangan duit, konduktor melihat semula duit yang diberi wanita tersebut ditangan kirinya... Bukan wang kertas yg digengamnya tapi DAUN....
Marah sungguh konduktor apabila dipermainkan begitu lalu ia menghampiri wanita tersebut dan berdiri dihadapannya...tiba-tiba wajah konduktor itu pucat-lesi,menggigil ketakutan kerana wajah wanita yg dilihatnya begitu cantik tiba-tiba bertukar hodoh mengerikan... dimana bebola matanya tersembul keluar,dengan mulutnya yg rabik hingga menampakkan tulang rahang,dengan tempurung kepalnya sompak sehingga menampakkan otak didalamnya... pandangan matanya tiba-tiba menjadi gelap dan rebah,pengsan tidak sedarkan diri...............
"DEEbab...."terdengar oleh driver ,dari cermin pandang belakang dilihatnya konduktor rebah,lalu dihentkannya bas. Dihampirinya "Apek...apa jadi???mana itu pompuan??... konduktor bisu tidak menyahut. Tiba-tiba driver bus itu terhidu bau yg teramat busuk lagi meloyakan ...
Seketika kemudian ia terpandang sesusuk lembaga putih melayang terbang keluar dari belakang tingkap bas... melayang bagai kain putih ditiup angin, terus berhenti berdiri diatas MEMORIAL PESAWAT TERHEMPAS DITANJUNG KUPANG....Begitulah seadanya...
(sebenarnya cerita itu cuma rekaan saya semata-mata (seperti yg diceritakan dari orang terdahulu),tidakada kena-mengena mereka yg hidup atau yg telah mati...)
daripada ZULKIFFLEEH
Ahad, 4 Ogos 2013
PETIR- TRAGEDI NYARIS MAUT (di Pulau Setindan)
Pulau Setindan didaerah Mersing milik persendirian tanpa penghuni dimana penduduknya telah berhijrah ketanah besar,terbiar sepi menjadikan Pulau Setindan lokasi memancing kepada warga tempatan yang mengetahui bahagian persekitaran mana terdapat lubuk ikan diPulau tersebut.
Bagi warga tempatan jika ingin ke pulau Setindan tidak perlu menaiki bot tetapi cukup hanya berjalan kaki untuk sampai kesana,dimana ketika air surut pulau Setindan dan tanah besar akan terhubungan. Hanya memerlukan 20 minit untuk sampai kesana berjalan kaki ketika air surut kering dan harus pulang juga ketika air surut ini bermaksud terpaksa bertahan dipulau tersebut dari air pasang sehingga air laut surut kembali.
Perancangan telah dibuat lebih awal bersama bersama beberapa anak muda untuk ke pulau Setindan iaitu pada hari cuti sekolah dan waktu air yang sesuai.Dimana kami begerak awal pagi agar dapat pulang waktu petang hari yang sama. Konvoi kami anak muda dari Mersing dengan membawa bekalan secukupnya juga membawa sekali harapan yang besar bagi peroleh hasil pancingan yang lumayan.
Dari menyusuri pantai berpasir kami kepantai bebatu menuju tanjung yang mana terdapat lubuk ikan yang telah diketahui ramai warga tempatan. Acara mengail pagi itu menjadi gamat apabila masing-masing berjaya menaikkan sepsis ikan yang baik-baik seperti kerapu mata hijau,siakap karang,gelama kambing seberat 500gm setiap ekor, ,kakap merah dan pari karang bintik….
“Ku sangka cuaca cerah sampai ke petang, rupanya mendung di tengah hari”.Cuaca yang panas terik ketika sampai menjadi gelap mendung diniharinya menandakan hari akan hujan. Bagi kami kaki pancing apabila mendung tiba, itulah petanda ribut akan turun. Bagaimanapun, sebelum ribut, pastinya kilat menyambar dulu.Keseronokan memancing menjadi terbantut apabila tiba-tiba rebut petir mula melanda, kami bergegas dan kebingungan dimana harus menyelamatkan diri kerana persikitaran kami hanyalah tebing bebatu tiada tempat untuk berlindung…
Kami biarkan Joran kami terpacak dicelahan batu lalu kami berlindung berhimpit-himpit dicelah tebing tinggi dari ribut,petir dan hujan lebat, masing-masing memandang sesama sendiri memikirkan apa perlu dilakukan?..Tiba-tiba
kami terlihat kelibat cahaya kilat yang terang behampiran kami dan seketika kami melihat salah satu joran kami disambar petir disusuli dentuman yang sungguh membingitkan bagai nak pecah gegendang telinga kami mendengarnya sementara tong ikan behampiran joran tadi terpelanting dan berkecai…
masing-masing dari kami berpelukan dan beristifar panjang berdoa agar dijauhkan dari petir yang sedang menggila itu. Dalam fikiran “abislah,mati aku hari ini…” Allah maha kuasa tak lama kemudian cuaca pun reda bagai tiada apa-apa berlaku,tetapi kami yang dalam keadaan gementar seolah-olah tak percaya akan mengalami tragidi ini.
Dihalaman ini marilah kita renungkan dan ingin saya mengajak pemancing berkongsi maklumat dari peristiwa tadi mengenai cuaca sebelum mereka pergi memancing , sama ada di sungai, laut, tasik, parit , kolam komersial atau pantai.
Sehubungan itu, atas beberapa faktor dan demi keselamatan pemancing saya berpesan kepada pemancing cuba mengelak daripada melakukan aktiviti memancing ketika cuaca guruh dan kilat, biarpun pada ketika itu ikan galak memburu umpan.
Juga bagi pemancing di darat pula seperti di tepi tasik, tebing sungai atau lombong, sebaik-baiknya mengelakkan diri daripada berteduh di bawah pokok rendang atau terdedah di tanah lapang kerana dikhuatiri disambar petir. Juga pemancing tidak digalakkan mendedahkan diri di tempat lapang yang terbuka atau tidak memegang joran atau memegang batang besi kerana ia mudah disambar petir.
Walau bagaimana pun keselamatan diri harus diutamakan,usah menyesal dikemudian hari andai sesuatu terjadi nanti.. Justeru nasihat saya pemancing perlu elakkan diri daripada mencabar kilat dengan mendedahkan diri kepada bahaya. Berhentikanlah sebarang aktiviti memancing semasa guruh dan kilat sabung menyabung. Berlindung di tempat yang selamat serta berdoa,beristifar dan berzikir untuk keselamatan diri.
InsyaAllah Tuhan akan mengingati kepada orang yang ingati Nya.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dan
Selamat memancing.
Dari Laman Pengail :zulkiffleeh

Langgan:
Catatan (Atom)