Khamis, 19 September 2013

STULANG LAUT (pasar orang Seletar)




PASAR ORANG ASLI (KAUM SELETAR) DI STULANG LAUT
 
GEOGRAFI
Terletak di 1°29'U 103°44'T, bandaraya Johor Bahru bertempat di pinggir Selat Tebrau yang memisahkan Malaysia dari Singapura. Keluasan sebanyak 185 km², Tanjung Puteri, nama asal Johor Bahru diasaskan pada tahun 1855 olehTemenggong Daeng Ibrahim (Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim), bapa kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, seorang Sultan yang amat dikenangi. Pada permulaannya, ia merupakan sebuah kampung perikanan Melayu

Lirik lagu Tanjung Puteri
Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu
Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

( korus )
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diraja
Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri

Begitulah senonim nya Stulang Laut dgn lagu rakyat Johor dan juga cerita ttg sejarah pahlawan diTanjung Puteri,stulang. http://tawau.wordpress.com/2008/04/09/sejarah-si-bongkok-pahlawan-johor/
 
   Suku Kaum Seletar jugak dikategorikan sebagai Orang Laut. Di Johor,terdapat beberapa buah kampung yang menjadi penempatan suku kaum Seletar,antaranya Kampung Orang Asli Stulang Laut,Kampung Orang Asli Bakar Batu,dan Kampung Orang Asli Telok Jawa-Semuanya terletak di kawasan Johor Bahru. Walaupun diorang asalnya sebahagian daripada kelompok Orang Laut,tapi kerajaan Malaysia telah mengkategorikan mereka sebagai sebahagian daripada Orang Asli. Orang Asli merupakan kelompok minoriti di negara ini.Walaupun Orang Asli dikategorikan sebagai golongan bumiputera,mereka agak terlewat menerima pembangunan kerana kelompok ini lebih selesa hidup secara tradisional dan tinggal di pesisiran sungai/pantai dan di hutan.Dan sumber pencarian mereka ialah dari hasil laut dan hasil hutan.
 
Di Stulang Laut juga terdapat ‘pasar Pagi atau Pasar Segar Orang Asli’ betul2 ditepi pantai.hasil laut segar ini dijual utk org ramai. Pasar ni telah ujud sejak dahulu lagi juga di,sekitar tahun 70an dimana dulunya x berapa popular sangat kerana sekadar men jual hasil2 laut kepada penduduk setempat iaitu seperti udang2,( juga udang papai),ketam bangkang  http://zulkiffleeh.blogspot.com/2012/05/normal-0-false-false-false-en-us-x-none_24.html ,ketam bunga ,beberapa jenis ikan juga ikan tamban serta beberapa jenis kerang-kerangan laut http://zulkiffleeh.blogspot.com/2012/05/hidupan-laut-kerang-kerangan.html seperti lokan,kupang,kijeng,remis dan sebagainya .Kini nelayan telah pergi jauh kelaut lepas dan hasil yg diperolehi lebih banyak.

Seawal 7pagi lagi org ramai berpusu2 menanti nelayan org asli ...warga singapura pun ramai dtg membeli kerana hasil lautnya yg segar2 dan nilai mata wang membolehkan mereka membeli tanpa tawar-menawar harga. Itu yg org tempatan kalah dgn org singapura ni
 
Kadang-kala,belum sempat di bawa keatas...org ramai telah berebut membeli di bot nelayan orang asli... ibarat siapa cepat dia dapat,kerana waktu jualan cuma sampai jam 9 pagi aje..lewat dah habis















Hasil laut segar dgn harga berpatutan.Umpan udang hidup utk kaki pancing dgn harga 30sen seekor pun terdapat disana.Dan kebanyakan pemancing yg menaiki bot bergegas menempah umpan udang hidup bagi jalan mudah untuk mendapatkan umpan segar.

Lihatlah...ikan besar2 ni..ianya bukan ada terdapat disungai2,biasa adanya di laut lepas...dimana kerajaan telah banyak membantu Orang Asli ini seperti memberi peralatan menangkap ikan seperti Bot, Jaring, engine bot, penempatan baru yang lebih selesa kepada kaum asli ini
Begitu lah seadanya.



Daripada Laman Pengail Zulkiffleeh



Sabtu, 14 September 2013

SELUK UDANG GALAH ,BELALANG HIJAU DAN IKAN PATONG (BHG 1)

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 16/SEPTEMBER 2013
Terlihat rancangan di TV Discovery channel bagaimana diadakan pertandingan menangkap ikan keli gergasi terlintas dibenak kepala kenangan semasa kanak-kanak dimana pernah mempelajari satu teknik iaitu 'Meraba udang galah" atau menangkap udang menggunakan tangan?Bunyi nya agak pelik tetapi itulah teknik yang pernah saya lakukan iaitu ketika umur dalam lingkungan 12tahun semasa zaman kanak-kanak.

Sekitar tahun 70'an Hulu sungai Pandan iaitu daerah Kangkar Tebrau air sungainya jernih belum tercemar seperti sekarang,terdapat pelbagai spesis ikan air tawar yang masih boleh diperolehi seperti ikan lampam, keli,talapia,baung,sebarau ,ketutu dan pelbagai lagi termasuk udang galah.

Masa itu sekitar darjah enam dimana waktu gemar berkawan,suka mencari pengalaman dan suka keluar menipu orang tua,dengan macam-macam helah menipu semata-mata ingin keluar bermain. Salah seorang rakan sekelas sering menceritakan pengalaman bersama bapanya menangkap udang galah,tersemat dihati teringin mencuba pengalaman sebegitu lagipun seumur-umur hidup tak kenal udang galah apa tah lagi merasainya.Terliur air liur apabila diceritakan keenakan rasa udang galah terutama masakan pais udang galah, akhirnya keputusan dibuat untuk menangkap udang galah di sg.Pandan Kg Kangkar Tebrau.

Dipendekkan cerita maka kami berempat selepas pulang dari sekolah tengahari bergegas kerumah rakan diKangkar Tebrau dengan berbohong kpd orang tua konon ada aktiviti  disekolah.Sesampai di Kangkar Tebrau rakan saya telah siapkan peralatan iaitu tali tangsi,mata kail ,jaring bonjot ikan,sauk rama-rama dan parang. Kenapa perlukan sauk rama-rama, matakail dan tangsi?"acara silingan kalau air masih penuh..." katanya ,pelbagai persoalan timbul tetapi terpaksa pendamkan kerana masih 'zero' tak mengerti apa-apa...

Perjalanan kesungai meredah melalui belukar dan paya,perasaan takut dipendamkan, terpaksa beranikan diri,sesampainya di sungai air masih penuh lalu rakan ajak dan diajar mencari cacing tanah dan belalang hijau. Rupanya acara silingan adalah memancing ikan,dan barulah saya tahu bagaimana mencari belalang hijau untuk dijadikan umpan.

 Berhampiran tebing sungai tersebut terdapat padang rumput lalu rakan saya mengibas-ngibas sauk rama-rama diatas rumput maka dapatlah beberapa ekor belalang hijau untuk dijadikan umpan ikan,ikan apa ye?..... Bodoh dan tiada pengetahuan langsung ,lalu rakan saya mengajak kesuatu tempat iaitu paya tinggal iaitu anak sungai lama yang muara nya terhalang dengan benteng pasir.
Diajarnya kami mengikat matakail dengan jorannya dari sumber alam iaitu buluh,dengan memotong belakang selipar jepun untuk dijadikan pelampung dimana seandai umpan dicuri ikan pelampung akan bergerak-gerak maka bersedialah untuk menyembat,semuanya merupakan pengalaman baru bagi saya.

Mulanya cuma umpan cacing digunakan dan kami teruja apabila mendapat beberapa ekor ikan Talapia sebesar tapak tangan kami, maklumlah seumur-umur tak pernah mancing.Setelah lama memancing dan air sungai Pandan sedang gerak surut sementara ikan talapia pun dah banyak kami perolehi lalu saya bertanyakan perihal belalang hijau, "pesan bapa aku kalau ikan dah senyap tak makan umpan, bolehlah guna belalang hijau untuk umpan PATONG"..


Ooo..Ikan Patong???!!!sejenis ikan seperti talapia berwarna coklat dan bersisik keras,gemar mendiamkan diri seperti namanya dan umpan menjeratnya iaitu cengkerik.Zaman 70'an cengkerik masih belum popular cuma umpan seangkatannya adalah belalang hijau,teknik pancingan yang digunakan menggunakan pelampung kecil bagi melihat gertuannya. Seketika menunggu dapat jugalah beberapa ikan Patong,  masa berlalu akhirnya ikan patong kurang menyambar umpan lalu rakan berkata "pesan bapa aku kalau Patong senyap maka goyang, kacau dia..."

 Goyang,kacau ikan???orang pancing nak senyap ni perlu  pula usik ikan,pelik-pelik...seketika lihat rakan meniti di ranting ketengah paya lalu dihenjut-henjutnya dahan dikaki membuatkan kocakan dipermukaan air lalu segera ia melabuhkan pancing berpelampung ditengah paya,terbukti benar... seketika terdapat sambaran Patong maka kami yang lain segera mengikuti tekniknya.Hasilnya banyak ikan Patong yang kami perolehi.

Bersambung bahagian 2 dipaparan akan datang...

Daripada Laman Pengail: ZulkiffleeH


MERABA UDANG GALAH zaman kanak-kanak (BHG KE2)

Bersambung paparan lepas...
Zaman kanak-kanak adalah zaman yang terindah penuh dengan memori,setiap orang pasti akan tersenyum simpul bila terkenangkan zaman kanak-kanaknya.Disini saya ingin menceritakan sedikit pengalaman bagaimana saya bersama rakan-rakan sebaya telah pergi keKangkar Tebrau mencari udang galah dengan meraba disungai pandan. Ikuti lah sambungan pada keluaran lepas....

Setelah puas memancing talapia dan ikan Patong kemudian rakan saya mengajak kami turun pula ke dalam sungai Pandan, air dalam sungai Pandan telah surut kering sehingga menampakkan tebing-tebing nya serta beting-beting dialur sungai sementara air sungai kelihatan jernih separas peha. Saya yg tak pernah mandi air sungai terasa gementar dan terkial-kial berjalan elak dari tersungkur, perasaan takut hilang apabila rakan saya menunjukkan seekor udang galah sebesar lengan kami serta sepitnya yg panjang meliuk-liuk.Oooo...itu rupanya yg dikatakan udang galah,bagaimana menangkapnya?...

"Pesan bapa aku,udang galah tempat tinggalnya di dalam atau dicelah-celah batu...." "jadi perlahan-lahan kita merabanya ,cari lubang di tebing-tebing atau beting-beting tanah liat...." Dengan penuh semangat kami berlumba-lumba mencari lubang udang galah, adakalanya kami berebut-rebut pada satu lubang,suasana masa tu riuh-rendah dengan suara kami. Akhirnya dapat juga saya akan seekor udang galah,mula-mula terasa sesungutnya,kemudian terasa jari bagai disepit ,ikutkan hati nak melatah terperanjat tetapi teringat pesan rakan kalau rasa bagai nak disepit itu tandanya ada udang galah maka hulur terus kebadannya kemudian genggam jangan lepas.

Perasaan bangga dan gembira bila telah peroleh seekor udang galah didalam genggaman,langsung tidak terlintas perasaan takut andai terpegang sang ular ke!!!...

Akhirnya cuaca bertambah suram menandakan hari dah hampir maghrib,dan masing-masing dari kami telah peroleh hasil tangkapan yang lumayan kemudian rakan saya mengajak balik. Hasil tangkapan dibahagi sama rata masing-masing peroleh ikan talapia,ikan patong dan beberapa ekor udang galah untuk dibawa pulang. Dengan keadaan kami seperti orang kuala, baju kotor dan badan berlumpur masih bernasib baik apabila masih ada bas terakhir menunggu kami pulang kerumah.

Sesampai nya dirumah kononnya inginlah menceritakan kepada keluarga pengalaman pertama bagaimana mencari cacing untuk dijadikan umpan mancing,menangkap belalang hijau  ,memancing ikan talapia, memancing ikan patong dan bagaimana  menangkap udang galah dengan tangan, ingin berbangga dengan hasil tangkapan tetapi tiba-tiba....."duuzum" tak semena-mena kepala terasa sakit,mata berpinar-pinar,gelap mata...rupanya satu tendangan padu telah hinggap dibelakang kepala oleh abang long....

Apalagi meraung kesakitan tetapi malah ditambah lagi dengan beberapa das rotan oleh ibu ,malam itu teruk saya dikerjakan oleh keluarga saya akibat ingin peroleh pengalaman baru dalam ilmu nelayan. Setelah reda keadaan, abang long saya memberitahu yang saya masih bernasib baik tidak dibaham oleh buaya kerana katanya ada udang galah adalah buaya kerana mereka bersahabat baik dimana sang buaya membenarkan udang galah membersihkan celah-celah giginya....kalau lah ketika meraba tangan kamu masuk kemulut buaya,bagaimana???...Walau bagaimana pun merasa juga saya akan pais udang galah dimasak oleh ibu pada esok harinya tetapi serik untuk meraba udang galah lagi,takut di NGAP buaya.
Nasib baik pais udang galah kalau pais Sang Bedal????



Begitulah seadanya ceritnya,(usah berani meraba nanti kena tampar,baru padan muka)

Daripada Laman Pengail:
ZulkiffleeH