PENGELAMAN KEJADIAN MISTIK KETIKA MEMANCING
Ada seorang rakan f/b bertanya ‘mengapa tiada gambar
disertakan..?’,Alasan bukanlah tidak mahu merakamkan gambar pada tika memancing
itu,tetapi ada beberapa sebab yang perlu dijelaskan disini…
·
Tahun 80an-90an tiada handfone berkemera waktu
itu…
·
Yang ada hanyalah kemera ber filem ,dimana
sering digunakan hanya untuk keramaian atau melancong,dan penggunaannya ‘leceh’perlu
dihantar cuci dan guna duit yg bukan sedikit…
·
Sementara kemera terkini yg berdigital amat
mudah digunakan tanpa perlu dihantar kekedai untuk dicuci filemnya.
·
Khuatir tragidi mistik yang mendebarkan berulang
sekali lagi..atau tertangkap gambar yg tak sepatutnya atau juga ada yang ikut
balik…
Mengikut pengalaman dimana saya pernah 3kali memperolehi
sembilang yang banyak sepanjang menjadikan memancing sebagai hobi, iaitu :
·
Semasa baru-baru belajar memancing ketika umur
17th sekitar tahun 80an di Sungai Redan,Ulu Tiram Johor.(peroleh 1tin
minyak tanah)
·
Sekitar tahun 90an menaiki bot di sekitar Estet
Nam Heng,Ulu Tiram Johor(39ekor) dan..
·
Semalam 09/06/2012,diatas Jeti Pak Utih,Kg Pasir
Putih,Nam Heng,Ulu Turam Johor (13ekor).
Kesemua tempat tersebut adalah kawasan sekitar yang
berdekatan,walau bagaimana pun ditempat yang disebutkan tadi juga merupakan
tempat yg KERAS pada alam mistik (bukan keras lantai konkriknya), dimana saya
pernah melalui pengalaman mendebarkan dan tak dapat dilupakan,…Pengalaman pertama:
Semasa umur dalam 17tahun iaitu sekitar tahun 80an ketika
baru pertama kali memancing mengikuti abang dan arwah abang ipar mengail di
tebing sungai,kawasan Sungai Redan,Ulu Tiram didalam kebun kelapa sawit,berhampiran
kuil Hindu yang terpencil..
Sewaktu itu tidak pernah saya lihat ikan sembilang
dikail begitu senang didaratkan,hanya berumpankan udang kopek
sahaja..sehinggalah dirasakan umpan udang hampir kehabisan dan waktu masih lagi
awal sekitar jam 5ptg saja,lalu arwah abang ipar menyarankan saya membeli lagi
umpan udang dipekan berhampiran.
Pekan berhampiran bukanlah dekat,hampir 5km jauhnya,
sementara
saya baru pertama kali ketempat itu,jadi berpandukan tempat belakang kuil Hindu
sahaja yg boleh saya ingat kedudukan pancingan kami. Setelah puas mencari dari
satu kedai kesatu kedai akhirnya dapat juga umpan yg dicari,lalu bergegas membawa
motosikal menuju ketempat pancingan kami tadi…
waktu pula menunjukkan sekitar
6ptg dan waktu dulu pkl 6ptg adalah waktu hampir maghrib,sementara saya masih
dlm perjalanan mencari tempat yg dituju.
Kedudukan kebun kelapa sawit hampir sama sahaja,dan lorong
tanah merah juga membuatkan kita keliru .Jam menunjukkan pukul 6.30ptg akhirnya
sampai juga saya di kuil Hindu yang dicari,lalu saya mengikuti lorong kanan
belakang kuil tersebut,…saya rasakan perjalanan begitu jauh sekali, tiba-tiba saya perasan yang saya masih lagi berada
dihadapan kuil hindu tersebut lagi.Dalam fikiran mungkin saya silap jalan,lalu
saya ulangi jalan tersebut lagi dan berteriak memanggil abang2 saya tetapi tiada
sahutan dan saya masih lagi tidak temui tempat abang2 saya mengail.
Hati mulai gelabah dan hampir menangis kerana dah hamper 4kali
saya berpusing2 melalui kuil hindu tersebut.Belok kanan jumpa kuil itu,belok
kiri juga jumpa kuil itu,waktu pula makin gelap dan tak nampak…akhirnya saya
teringat pesan orang tua2,kalau sesat dihutan cuba2lah”azan”lalu saya pun azan
sebanyak 3kali sekuat hati….tiba-tiba…(suspen)
saya dengar suara abang saya memarahi saya kerana lambat dan”
berazan” ditengah2 hutan pada waktu maghrib!! Fuuh…lega dapat juga saya bertemu
dgn abang2 saya setelah melalui peristiwa yg mendebarkan. Yang peliknya abang2
saya tidak mendengar bunyi motosikal saya (sedangkan ekzos saya jenis yg
membingitkan)dan tidak dengar saya memanggil nama2 mereka,sedangkan kedudukan
kuil hindu dgn tebing sungai terlalu hampir…pelik bukan?Pengalaman kedua.
Sekitar tahun 90an semasa kemaruk pada dunia
pancingan,dimana saya sanggup membeli bot fiber dan engin semata2 demi minat pada
mengail. Pernah 2-3 kali memancing diwaktu malam diatas bot fiber dan juga pernah
melalui pengalaman mendebarkan sewaktu mengail diwaktu malam diganggu sesuatu .
Sewaktu itu kami 4 orang dgn menggunakan 2bot fiber
memancing di sekitar Sungai Johor diEstet Nam Heng,Ulu tiram.Malam itu bulan
penuh diterangi dan cantik pemandangan persekitaranya,dimana kami memancing
saling berhampiran.
Semasa sedang asyik menukar umpan Ruat Bakau dan ikan pula menyambar
tak henti2 tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu suara yang teramat asing bagi
kami…suara seolah2 “mengerang”seolah”menangis hiba”…ketika itu masing senyap
terdiam,tiada suara sindir-menyindir kedengaran…Serta merta bulu tengkuk
meremang berdiri,masing2 berbisik bertanyakan bunyi apakah gerangan? Serta
merta keadaan menjadi senyap termasuk gertuan ikan juga,ketika sedang asyik
bertanyakan soalan yg tak terjawab…tidak semena-mena bot fiber kami
terolang-aling seperti ada alun ombak seolah2 ada bot melintas lalu.
Didalam kepala mula lah memikirkan yang bukan2…mana ada bot
lintas,..Buaya ke?
Teringat cerita orang tua2…suatu ketika ada pemancing
menaiki bot telah didatangi tetamu tak diundang,”terperuk”duduk menumpang
dihadapan bot mereka dengan rambut panjang mengurai, pakaian lusuh,serta berbau
busuk meloyakan ,tetamu mereka adalah ‘Langsuir’datang tanpa diundang sambil
membelangkangi pemancing tersebut…”terisak-isak”menangis”mengeluh” dan akhir
sekali “mengillai”…..sehingga membuatkan pemancing tersebut ‘gelabah’ketakutan
lalu pengsan…..
Eeeeeii…menyeramkan…akhirnya kami bergegas hidupkan engine bot
lalu menarik sauh dan berpatah balik menuju kejeti kemudian terus balik
membatalkan hasrat untuk memancing malam itu. Masing2 tertanya bunyi apakah
itu?Benda apakah yang mengolang-olingkan bot fiber kami? Kejadian2 tadi
menjadikan satu kemuskilan yang tak terjangkau oleh akal kami,Memang ramai yang
menganggap ini tahyul tetapi bagi mereka yang pernah mengalami kejadian2 pelik
seperti pengalaman saya tadi . Memang tidak disangkal, ada kehidupan lain iaitu
alam mistik selain alam realiti ini….
Semoga cerita tersebut tidak mematahkan semangat pemancing2
untuk terus dengan hobi pancingan Cuma beringat
atau berwaspada lebih menjadikan dunia pancingan hobi yang menarik.





