NGAIL JETI TANJUNG BUAI HASILNYA 'MUAI'...
Seawal 7pagi gerak cari umpan udang segar diStulang Laut,terlihat air laut dah mula gerak pasang. Sampai saja dirumah segera berkemas untuk distinasi yg telah dirancang TANJUNG BUAI KOTA TINGGI JOHOR.
Cuaca sekitar 10pagi amat terik dan kedudukan hujung jeti tiada berbumbung pasti masak jadinya,jadi insentif iaitu dgn meletakkan payung di w/c bagi mengurangkan kepanasan.
Keadaan paling membosankan jika ikan2 kecil menganggu umpan,umpan udang segar akan habis dikerjakannya tetapi petua orang dulu2 kalau dapat ikan kecil..pesan minta dipanggil ikan yang besar2 kemudian lepaskan lah ia semula..
Terbukti benar,tiba2 joran diragut dengan rakus dan acar tarik menarik berlangsung tak lama maka naiklah seekor ikan 'daun baru' atau ikan telinga gajah sekitar 1kg. Lama tak naik ikan kasar begini kemudian terfikir bahawa ikan Daun Baru habitatnya berkawan,tak mustahil akan perolehi sekawan ikan ini...
Anak saya yang baru belajar memancing menjerit"abah2 ada benda tarik"... kemudian saya suruh dia 'sembat' kuat dan suruh ia layan perlahan kerana matakail yg digunakan kecil khuatir 'rabut' pula. Inilah ikan pertama dia...
Acara penutup apabila perut dah 'keroncong',kebetulan pula cuaca tiba2 mendung dan berangin,petir berdentam-dentum dan air laut berkocak hebat. Sebelum pulang singgah makan digerai makan berhampiran yang ada menyediakan menu masakan "belangkas" yang sangat popular diTanjung Buai.
Hasil Halaman Pengail Zulkiffleeh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan