Sabtu, 8 November 2014

PERSEDIAAN AWAL SEBELUM MENCEBURI HOBI MEMANCING

Telah sampai musim Monsun Cina Selatan dan semakin culas lah pada mereka yang bekerja menghadapi musim hujan setiap hari,musim-musim sejuk begini waktu sesuai untuk memalaskan diri dengan tidur tapi pada pemancing tegar musim monsun menjadi penantian bagi menjerat ikan pilihan. Perancangan mula diatur,persiapan disenaraikan...

Pemancing yang berpengalaman menyediakan persiapan yang rapi sebelum kedestinasi memancing,tetapi bagi orang muda yang baru menceburi dunia pancingan cukup jika ada joran dan matakail tanpa memikirkan persediaan yang patut ketika ingin bawa memancing... 

Tanpa ilmu yang cukup atau sering mengadakan aktiviti memancing pasti akan hilang keseronokannya. Sebab itu ada di antara pemancing yang tiba-tiba hilang dari padang memancing  kerana bosan.

Keluaran kali  ini ingin saya berkongsi ilmu mengenai beberapa persediaan memancing yang sepatutnya diketahui seorang yang baru  menceburi dalam hobi keseronokan  aktiviti memancing.
PERSEDIAAN AWAL
Alat pancing 
Penyediaan alatan memancing tidak seharusnya yang hebat dan mahal  sebaliknya mencukupi bermula dengan   sebatang  joran  sama ada untuk pantai, laut atau kolam,  kekili, mata kail dan batu ladung.
Sedikit ilmu
Pelajari sedikit  cara ikatan  yang mudah agar tidak perlu meminta tolong pada rakan kerana ia akan  mengganggu keseronokan rakan nanti. Bertanya pada mereka yang sudah lama memancing bagaimanapun  untuk mengelakkan ikan daripada terlepas. 
Pelajari cara melepaskan matakail pada mulut ikan serta tahu serba sedikit spesis ikan yang berbisa atau tidak berbisa agar pemancing lebih berwaspada. kerana ada di antara mereka terkena sengat atau tercucuk duri  secara tidak sengaja.
Peranan pancing
Kenali perbezaan tali perambut ,tali utama serta penggunaan kekili cara lontaran dan kedudukan  batu ladung  di tempat  yang sepatutnya. 

Mengenali Peralatan Pancing

Joran (Rod)


Dahulu joran dari batang buluh kini bahan diperbuat dari fiberglass,carbon,kevlar atau Boron.
Terdapat joran 'one piece' atau mudah dibawa jenis yang bersambung, panjang joran yang sesuai digunakan sekitar 5kaki-7kaki

dan pelbagai jenama terdapat dikedai jual alat pancing seperti Penn,Daiwa,Barkley,Toman,Shimano dan sebagainya ikut pada kemampuan kos pemancing.

Carilah joran yang sedikit ringan"light weight' jenis carbon bagi aksi yang pantas atau fiberglass padat bagi aksi ikan 'kasar' seperti pari,siakap,kerapu atau gemang.
Perambut
Perambut kedudukanya penghujung pada tali utama yang diikat dengan matakail beserta umpan. Kekuatan Perambut bergantung pada lb atau ketebalan talinya,contoh...tali utama 15lb penggunaan tali perambut 25lb-30lb.

Manakala Perambut yang menggunakan kawat atau tali sulam sering digunakan untuk pancingan ikan pipi bersirip yang tajam iaitu siakap atau bergigi tajam seperti tenggiri ,kekacang atau lain2.



Bekas foto album boleh dijadikan tempat menyimpan perambut yang telah siap agar pemancing tidak perlu membuat perambut baru andai perambut putus atau menjadi habuan ikan BELIN @Sesirat sejenis ikan PENGACAU.



Tali Utama
Kebiasaannya tali utama digunakan sekala 12lb- 30lb,pemilihan warna dan kekuatan bergantung pada pemilihan pemancing sendiri  itupun bersesuaian dengan mesin gelondong kekili.

Kebiasaannya tali utama untuk sungai cukup 12lb -30lbuntuk pancingan dasar(seperti sembilang ,kerapu, tetuka, unga tanda dan sebagainya) apungan (seperti siakap,talang,kekacang)dan panjang rol nya cukup 100meter.

Sementara pancingan laut dalam penggunaan tali utama sekitar30lb-80lb dan panjang rol nya dalam 200meter. Dan tali utama perlu diganti setelah terasa kasar atau kerinting.


Kekili (Reel)


Kekili adalah mesin bagi menyimpan tali utama, 'Kekili Duduk @ spinning' sesuai bagi mereka yang baru belajar memancing dimana penggunaanya mudah 
dimana untuk melepaskan tali kita perlu buka 'bail arm' sambil jari telunjuk menekan tali sebelum lontaran dibuat.

 Lengan menggarau tali boleh ditukar samada kiri atau kanan ikut kesesuaian pemancing tersebut. Kapasiti  gelondong rol tali 200meter-400meter mengikut ketebalan tali.


Sementara kekili mendatar lebih mekenikal atau lebih canggih dimana terdapat sistem gear,centrifugal/megnetic brake,flipping switch
dan sebagainya dimana memerlukan kemahiran jika tidak masalah tali tersimpul pasti berlaku, tidak sesuai bagi mereka yang baru meminati dunia pancingan


Batu Ladung

Batu ladung adalah alat pancing yang diperlukan bagi setiap pemancing khusus bagi pancingan dasar, Buatannya dari timah kerana murah,lebih berat dan mudah diacu dengan pelbagai bentuk dan saiz.

Kenali bentuk dan penggunaannya....
Tongkol 
Ladung Tongkol berbentuk seperti bonjot atau seperti Tanpin Bowling,sesuai untuk semua keadaan samada bagi pemberat arus atau teknik menghanyut ,mempunyai klip lubang untuk tali ia menjadi pilihan pemancing baik disungai atau dilaut dalam.

Topedo

Ladung ini sesuai untuk semua keadaan dan menjadi pilihan pemancing sungai,peranannya sebagai pemberat dan lontaran dapat dibuat dengan lebih jauh kerana tiada rintangan angin. Mempunyai klip lubang untuk tali perambut.

Ladung Hidup
Ladung ini ada yang berbentuk bulat atau lunjung seperti topedo dimana mempunyai lubang ditengah-tengahnya.

Melalui Tali utama ladung ini dijadikan sebagai pemberat dimana sedikit tarikan ikan meragut umpan dapat dirasai kerana tiada gangguan halangan tali. Menjadi pilihan pancingan berlumpur.

Pyramid


Bentuknya bersegi ada yang berbentuk pyramid dan ada yang berbentuk bata dan mempunyai klip lubang untuk tali perambut.

Ladung ini khusus untuk pantai berpasir dan berombak dimana hujung yang runcing akan terbenam didasar pasir setelah mencecah dasar dan tidak menjejaskan umpan yang terumbai-umbai.

Sesuai sekali pada pantai yang berombak dimana pemukaannya yang bersegi kurang membuat ladung ini terolang-oleng digasak alun ombak dasar.

Layang 

Ladung Layang berbentuk leper/pipih bersegi empat sama,sesuai pada pancingan dasar berbatu yang mana ladung ini akan berada diatas bebatu dan tidak berguling kecelah-celah batu. Peratus tersangkut 30%

Mata Kail (Hook)
Mata kail adalah satu alat atau elemen yang wajib bagi mereka yang ingin memancing,matakail adalah tempat meletak umpan pancing.

Matakail berbeza saiz penggunaanya dimana untuk pancingan disungai saiz sekitar 4-9 dan pancingan laut dalam saiz matakail menggunakan saiz yang lebih besar dalam 9 keatas.

Menggunakan saiz matakail menjamin tangkapan ikan dimana saiz kecil membolehkan semua jenis ikan meragutnya,

sedangkan saiz besar hanya khusus untuk ikan besar tetapi matakail besar sering kehilangan umpan kerana digertu ikan-ikan kecil.

manakala matakail kecil jika umpan dimakan ikan besar jaminan mendaratkannya  tipis ,samada matakail patah/putus atau 'rabut' akibat mulut ikan yang besar dan luas.

Maka pilihan ditangan penggail sendiri samada ingin menggunakan matakail saiz kecil atau besar.



Swivel

Klip ini berperanan bagi sambungan atau sebagai alat penghubung samada digunakan pada hujung tali utama, perambut, ladung atau bermanafaat bagi melerai tali/perambut bersimpul.
Juga berperanan sebagai pemberat bagi pancingan berbatu untuk mengurangkan resiko tersangkut.



UMPAN 

Umpan merupakan 'sogokan' bagi memperolehi tangkapan ikan ia merupakan elemen penting dalam istilah memancing.Memasang umpan pancing memerlukan kemahiran atau penelitian rapi agar umpan benar-benar tak terlerai . Terdapat pelbagai variasi dan perbezaan untuk air masin atau air tawar seperti:

 Umpan Mati 

 Isi ikan,isi udang ,hirisan sotong tergulung dalam umpan mati ,ia merupakan  umpan popular yang sering dan kerap menjadi pilihan pemancing bagi pancingan sungai,paya mahupun laut baik air tawar atau air laut.
Hampir kesemua spesis ikan menggemari umpan ini.


Cacing/Perumpun/Ruat

Cacing tanah atau ulat Gendong (sagu)antara umpan air tawar yang diminati oleh udang galah dan ikan baung dll. 
Umpun-umpun ,wat bakau umpan air masin cukup senonim bagi pemancing kerana kemampuannya menjerat pelbagai spesis ikan seperti gelama,bolos, ikan duri, sembilang unga tanda dan sebagainya.




Umpan Hidup 

Umpan Hidup menjadi pilihan pemancing yang mensasarkan ikan idaman dimana sukar menjeratnya,itupun bergantung pada nasib jika spesis tersebut masih bersarang disesuatu lubuk.

Umpan hidup yang mudah diperolehi seperti udang,ikan belanak,tamban dll digemari spesis Siakap,Tenggiri,pari, Barracuda , Layaran dan sebagainya
 begitu juga umpan hidup 'Udang Lipan' terbaik untuk umpan laut dalam bagi menjerat ikan Merah,Jenahak atau Kerapu 






sementara katak,ikan seluang,udang parit menjadi pilihan ikan air tawar seperti Baung, Toman,Sebarau,lampam dll.



Umpan Umang-umang hidup terbaik untuk menjerat Gemang 

  http://zulkiffleeh.blogspot.com/2012/05/normal-0-false-false-false-en-us-x-none_28.html 




Serangga


Umpan serangga seperti Cengkerik, Kalakatu,anak Tebuan, telur Kerengga menjadi pilihan pemancing Darat air tawar seperti

lombong, Bendang,parit,sungai atau kolam yang gemarkan mengail ikan Puyu,Haruan,Keli,Kaloi

,Talapia,Temakang, Tengas, Lampam,Baung dan sebagainya. 

Buah-buahan

Kebanyakan ikan air tawar menggemari buah-buah hutan sebagai rutin makanannya seperti buah Mengkudu yang ranum dicangkuk pada matakail rambai digemari ikan bersisik seperti Terbol,Kaloi, Pucuk pisang dan Lampam.

Buah  Ara buah hutan biji kecil berwarna merah berongga juga hirisan biji sawit yang berminyak menjadi pilihan terbaik ikan sungai seperti Kelah,Jelawat dan sebagainya. 

Pisang masak dihiris juga boleh dijadikan umpan air tawar seperti Patin buah....

Umpan Tapa/Dedak

Isi ikan Baung amat lazat sehingga menjadi buruan pemancing tempatan dan Umpan Tapa yang amat busuk merupakan umpan yang digemari ikan tersebut maka bagi mereka yang boleh tahan bau Umpan Tapa elok mencubanaya

Semantara umpan dedak umpan moden, umpan bagi mengail  ikan kolam seperti rohu,tongsan ,patin dan sebagainya.
Pelampung
Sering diperbuat dari Gabus, plastik,fiberglass atau kayu 'lempong' ,berperanan dalam pancingan atas air atau separa air. 
Pelampung menggambang diatas air dengan penggunaan umpan Hidup amat sesuai menjerat ikan berkualiti seperti Siakap, Tenggiri, Tuna sirip kuning,Layaran,Marlin dll.


Apollo
Apollo adalah rangkaian beberapa matakail yang menyerupai planton diperbuat dari helaian plastik kilat ,rambu-rambai dan manik 'Glow' 
menjadi makanan kumpulan ikan laut seperti selar, selayang, kembung,tamban dan sebagainaya dimana sering didaratkan menjadi  umpan hidup atau umpan segar oleh pemancing laut .

Gunting dan Pisau
Berguna atau manafaatnya sebagai pemotong hirisan umpan atau memutuskan tali kusut...

TopiRaincoat/Touchlight
Menghindari pancaran UV yang boleh menyebabkan barah atau dari dibasahi hujan...

Sementara Lampu picit persediaan dimasa kecemasan dan sangat berguna pada pancing diwaktu malam bagi memasang umpan,meleraikan ikan tangkapan dan mencari alatan pancing yang kecil dan sukar dimalam gelap.

Ubat Penghalau Nyamuk

Bagi mereka yang gemar memancing diwaktu malam hari,disarankan membawa sekali ubat penghalau nyamuk berupa krim atau ubat nyamuk kerana kawasan tepi sungai,laut atau kolam tempat pembiakan nyamuk. Jangan kerana nyamuk mengigit hasrat memancing terbantut.

Tong Ais 
Kebanyakan pemancing baru sangat kurang llmu tentang peralatan yang perlu dibawa seperti 'cool box',

ada antara  pemancing yang  membiarkan ikan yang  didaratkan terbiar sehingga  menyebabkan  ikan yang diperolehi tidak fresh setelah sampai dirumah.

juga tempat menyimpan umpan pasar atau tempat sejukan minuman...
.

Kotak Pancing (Tackle Box)

Sangat efesen bagi menempatkan kebanyakan alatan pancing seperti Ladung,matakail,Apollo,pisau,swivel,tali perambut,gewang,pelampung,Glow stik,glove dan lain-lain yang sesuai ditempatkan kedalam nya.

Carilah kotak pancing yang tidak terlalu kecil dan boleh tempatkan assesories dengan selesa....

Demikianlah sedikit sebanyak persediaan yang perlu dibawa dan yang perlu dititik beratkan oleh setiap pemancing agar tidak menjadi sesuatu bebanan pada rakan yang turut serta, nanti tak pasal-pasal dapat sindiran atau kemarahan.

Yang penting jaga keselamatan diri dan jadikan hobi hamis ini lebih menghiburkan...


Dari Halaman Pengail:zulkiffleeh










Tiada ulasan:

Catat Ulasan