TanjungLembu sempena nama pekan didaerah Sedeli,ianya berkaitan dengan sejarah dimana dahulu pekan tersebut dipenuhi dengan lembu peliharaan yang dibiar bebas berkeliaran.Tetapi bukan itu yang ingin saya ceritakan tetapi kenangan bagaimana nyawa hampir melayang apabila dipukul ribut ketika pulang mengail di sana.
Memakai jaket keselamatan ketika memancing di laut atau sungai sudah diamalkan sejak dulu lagi oleh pelaut ketika dalam sebarang keadaan lebih-lebih lagi apabila keadaan cuaca laut, buruk. Kita kadang kala terlupa atau sengaja tidak mahu memikirkan tentang keselamatan diri ketika pulang dari memancing sama ada membawa rezeki yang lumayan atau sebaliknya.
Keselamatan diri yang hendak dikaitkan pada kali ini ialah semasa bot bot yang hendak memasuki kuala justeru tekong-tekong sudah maklum tentang bahaya yang bakal di lalui dan tentunya berjaga-jaga, tapi pemancing amatur tentunya tidak banyak yang memikirkan bahaya ini.
Keadaan di Muara sungai dimana keluarnya air sungai dan masuknya air laut akan mempertembungkan kedua arus lalu menjadi pecahan gelombang yang tidak menentu dan berbahaya jika bot tidak dapat dikawal terutama bot-bot fiber. Sebab itu peristiwa bot tenggelam sering kita dengar apabila hendak masuk ke muara.
Pengalaman tahun 1992 ketika di muara Tg.Lembu pantai Sedeli bagaimana bot fiber yang saya naiki dilambung ombak 3 beradik,daripada peristiwa tersebut saya ingin berkongsi pengalaman yang dikaitkan dengan peristiwa dilalui semasa berdepan dengan kejadian terhumban ke laut lalu terselamat kerana sempat memakai jaket keselamatan berbanding mereka yang enggan mengenakan jaket berkenaan ketika berada dalam bot.
Keselamatan yang diperoleh walaupun tidak 100 peratus pada mereka yang memakai jaket keselamatan ketika bertarung di permukaan laut, tetapi adalah lebih baik daripada mereka yang tidak memakainya. Daripada peristiwa yang berlaku ini saya jadikan ingatan supaya rakan pancing mengambil kira soal keselamatan diri semasa pulang atau hendak keluar dari kawasan kuala atau muara. Tekong berpengelaman telah sedia maklum akan keadaan tersebut tetapi tekong muda yang kadang kala terlepas pandang, terlupa atas sebab-sebab tertentu.
Pengalaman ini dilalui sendiri oleh saya bersama 2 lagi rakan karib selepas bergerak pulang dari mengail seharian di perairan Sedeli, Johor. Keadaan air laut ketika itu sedang gerak surut,dengan pemanduan yang berhati-hati semasa melepasi beting pasir ,dari kejauhan telihat warna putih dimuara sungai ,terbayang ombak besar sedang melanda perairan Sedeli ketika itu. Dengan hati-hati bot fiber kami begerak memasuki kuala sungai Sedeli ,jelas terasa bot terumbang-ambing dilambung ombak serta alun berarus hasil pecahan ombak.Tiba-tiba terasa bot kami dihempas pukulan ombak dari belakang dengan kuat,seketika bot kami begerak dengan laju kehadapan… Tanpa disangka kemudian datang pula ombak kedua sehingga menenggelamkan bot fiber kami ,keadaan
Tanpa
menjadi cemas dimana masing-masing cuba menyelamatkan barang-barang didalam bot…Belum pun sempat mencapai barangan tersebut datang pula ombak ketiga dan terus terbalikkan bot kami…
Keadaan menjadi cemas apabila masing-masing terhumban kedalam laut,nasib kami baik kerana sempat memakai jeket keselamatan tekala terlihat dari jauh warna putih disekitar kuala Sedeli sebelum keadaan tidak diingini berlaku. Masing-masing dari kami cuba mencapai sesuatu untuk menyelamatkan diri,dan langsung tak terfikir alatan mancing Cuma yang terlintas dibenak kepala hanyalah cuba menyelamatkan nyawa sendiri. Saya cuma dapat bergayut pada tong minyak yang telah hampir kosong sementara 2 lagi rakan saya sempat berpaut pada bucu bot yang timbul dimana belakang bot telah tenggelam bebanan dari enjin,sebelum kami diselamatkan oleh sebuah bot pemancing lain yang secara kebetulan melalui arah pulang yang samajuga selepas menjalankan aktiviti memancing .
Apa pun persediaan tidak memberi makna jika kita sendiri tidak mahu menggunakannya walaupun menyedari keselamatan nyawa ketika berada di laut, lautan bukan tempat untuk bermain atau boleh diajak berjanji.
Saya ingin berkongsi pengalaman pahit ini bersama dengan rakan pemancing lain agar diamalkan dengan baik atau dijadikan pedoman,supaya dapat menggalakkan pemancing memakai jaket keselamatan setiap masa walaupun waktu tidur dimana saya sudah melalui pelbagai peristiwa di laut ,ketahuilah bahawa keselamatan diri perlu diutamakan daripada keselesaan. Tiada guna nya keselesaan sekiranya boleh mengundang bahaya yang datang secara tiba-tiba…
Saya ingin berkongsi pengalaman pahit ini bersama dengan rakan pemancing lain agar diamalkan dengan baik atau dijadikan pedoman,supaya dapat menggalakkan pemancing memakai jaket keselamatan setiap masa walaupun waktu tidur dimana saya sudah melalui pelbagai peristiwa di laut ,ketahuilah bahawa keselamatan diri perlu diutamakan daripada keselesaan. Tiada guna nya keselesaan sekiranya boleh mengundang bahaya yang datang secara tiba-tiba…
Jaket keselamatan tetap penting setiap kali turun memancing walaupun cuma memancing di kuala sungai. Segala keperluan yang baik seperti jeket keselamatan tidak sukar untuk dperolehi dan ia tidak mengeluarkan belanja yang besar pun untuk dibeli, keyakinan dalam diri itu sendiri juga perlu ada.
Bagi nelayan atau warga pelaut yang sudah lama mengenal laut, muara sungai adalah kawasan paling utama diberikan perhatian sama ada keluar atau masuk. Bagi laut terbuka seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang dan perairan timur Johor, kuala sering terjadi malapetaka bot karam dan ada yang mengorbankan nyawa.
Terbaik untuk dilakukan oleh pemancing semasa berada dalam kawasan Zon Bahaya ini agar semua pemancing berada dalam keadaan bersedia dan berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.Sekali gus jadikan pedoman, kerana pedoman adalah langkah terbaik dari sebarang kepercayaan. Justeru sifat ingat mengingatkan itu adalah satu amalan yang sangat baik untuk pemancing lakukan semasa berada dalam bot. Bahaya yang akan datang adalah bahaya yang tidak diundang ,sering-sering lah mendengar ramalan cuaca dari media massa sebelum sampai pada tempat lokasi yang ingin dituju. Berdoa kepada Allah untuk keselamatan itu paling baik untuk dilakukan. ingatlah keluarga tersayang dirumah...
Utamakan keselamatan dan selamat memancing.
dari Laman Pengail :zulkiffleeh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan