Ahad, 21 Julai 2013

GABUNGAN “DRIFTING &TROLLING” MENGGUNAKAN KAWAT DAWAI (teknik pancingan Tradisional)

Pengenalan:


Drifting ialah keadah dimana umpan dihulur tanpa batu ladung , berpelampung atau tidak berpelampung. umpan akan dibiarkan bebas untuk berenang dipermukaan hingga ke pertengahan kedalaman air bergantung arus air.

Sementara Trolling ialah keadah menggunakan umpan tiruan berupa Gewang ikan plastic atau sotong 'soft plastic' dihulur
menggunakan batu ladung (mengikut aras kedalaman)atau tanpanya berserta pelampung,umpan  dihulur lalu ditunda perlahan berenang dipermukaan atau kepertengahan kedalaman air yang dikehendaki.

Pernahkah pemancing melihat keadah pancingan Trolling menggunakan kawat dawai? Para nelayan pesisiran pantai Timur selain memukat mereka juga mengail ikan-ikan Banggak dipermukaan atau pertengahan air bagi memenuhi masa juga ketika musim sesuatu jenis ikan. Pelbagai jenis teknik pancingan digunakan termasuk pancingan tundaan atau Trolling, salah satunya keadah gabungan trolling dan Drifting menggunakan kawat dawai….

Mangsa sasaran ialah semua jenis spesis predator yang mencari makan dipermukaan hingga kepertengahan air seperti:



            

Jenis Umpan:
                                                     
 Umpan yang boleh digunakan untuk keadah pancingan tersebut  terdiri daripada ikan selar, anak kembong, aya, sotong, udang, lolong dan tamban lebih berkesan jika dapat menggunakan umpan ikan hidup yang baru diperolehi sekitar unjam-unjam yang banyak terdapat diperairan atau unjam yang diusahakan oleh para nelayan itu sendiri.


Peralatan:

Keadah gabungan Trolling/Drifting kawat dawai ini bergantung pada spesis apa yang ingin diduga. sekiranya spesis Tenggiri, Marlin, Layaran,, Tuna sirip kuning ,Belitong, Aruan Tasik dan jerung yang mega dicari, sediakanlah set kawat  dawai besi (ampaian jemuran kain baju) berkekuatan 100lb - 250lb dan panjang sekitar 200-300meter (tempahan dari kilang agar dapat ukuran panjang yang dicari tanpa perlu disambung-sambung) .


Saya cadangkan tanpa menggunakan perambut (andai menggunakan perambut biar dari jenis florocarbon sepanjang 1 meter disambung coated steel wire 30lb sepanjang 6 inci). penggunaan matakail yang tajam jenis karbon seperti jenama  gamakatsu atau apa saja yang kuat lebih mencerahkan peluang.


Caranya:
Dengan menggunakan matakail berangkai,cangkuk matakail pada bibir  umpan ikan hidup dan biarkan matakail satu lagi berumbai di belakang ekor sirip umpan ikan hidup tersebut. Atau cangkukkan matakail pada umpan contohnya ikan selar hidup di pangkal tengkorak ikan dan disirip tengah ikan menggunakan double hook.

Mengemudi bot dengan penundaan perlahan,kemudian
lepaskan ikan tersebut ke air dan biarkan ia berenang mengikut kelajuan tundaan,lepaskan sepanjang 60 ke 100meter.Buatlah tundaan sekitar unjam atau sekitar kawasan yang dirasakan berpotensi terdapat ikan banggak dengan tundaan yang agak perlahan agar umpan hidup dapat bergerak seolah-olah ikan tercedera. Tidak perlu penggunaan batu ladung kerana berat kawat dawai itu sendiri telah menjadi pemberat,dan dengan tundaan perlahan umpan akan berada dipertengahan air.

Andai  terdapat sambaran,tarik lah kawat  dawai sepenuh tenaga tanpa memberi peluang pemangsa melepaskan diri sementara biarlah kawat tersebut terbiar diatas lantai,usah bimbang kerana kawat dawai besi tidak seperti tangsi atau tali yang mudah bersimpul.  Bagi keselamatan usah lupa menggunakan sarung tangan kerana sifat besi yang mudah mencederakan tapak tangan. Mengikut pengalaman saya penggunaan umpan hidup adalah lebih efiktif dari umpan mati  untuk mendapat tangkapan yang diburu.

Bagi pancingan alaf baru ,Trolling diperbagaikan seperti menggunakan umpan rambu-rambai (seperti sotong soft plasik) untuk memburu Layaran atau Marlin dan paling popular pancingan Trolling atau tundaan menggunakan Gewang separuh permukaan air dimana kerap digunakan oleh pemancing yang mempunyai impian besar bagi perolehi ikan yang besar.


Jika trolling menggunakan ikan segar (mati yang baru ditangkap) boleh menggunakan double hook atau triple hook berangkai (seperti dalam gambarajah) lalu matakail dipangkuk kedalam badan umpan ikan. Atau menggunakan matakail berkembar dimana matakail pertama dipangkuk dari mulut tembus ke bawah insang ,hiris sisip isi ikan kedua2 belah hingga ketengah badan lalu patahkan tulang tengah dan buang, sementara matakail satu lagi di biarkan berumbai bersama bahagian badan ikan yang telah di sisip tadi kemudian bibir mulut ikan dililit dengan tali halus,tujuannya untuk mengawal pergerakan renangan ikan agar tidak terumbang-ambing atau berpusing sehingga  pemangsa tidak berselera untuk menyambar umpan.

Harap teman-teman pemancing dapat pelajari satu lagi pengatahuan teknik pancingan.

’ HAPPY  HUNTING!’

Sisipan Laman Pengail: Zulkiffleeh

Rabu, 3 Julai 2013

KARAM ANGKARA OMBAK ‘3 BERADIK’ (di muara TANJUNG LEMBU )




TanjungLembu sempena nama pekan didaerah Sedeli,ianya berkaitan dengan sejarah dimana dahulu pekan tersebut dipenuhi dengan lembu peliharaan yang dibiar bebas berkeliaran.Tetapi bukan itu yang ingin saya ceritakan tetapi kenangan bagaimana nyawa hampir melayang apabila dipukul ribut ketika pulang mengail di sana.

Memakai jaket keselamatan ketika memancing di laut atau sungai sudah diamalkan sejak dulu lagi oleh pelaut ketika dalam sebarang keadaan lebih-lebih lagi apabila keadaan cuaca laut, buruk. Kita kadang kala terlupa atau sengaja tidak mahu memikirkan tentang keselamatan diri ketika pulang dari memancing sama ada membawa rezeki yang lumayan atau sebaliknya.

Keselamatan diri yang hendak dikaitkan pada kali ini ialah semasa bot bot yang hendak memasuki kuala justeru tekong-tekong sudah maklum tentang bahaya yang bakal di lalui dan tentunya berjaga-jaga, tapi pemancing amatur tentunya tidak banyak yang memikirkan bahaya ini.




 Keadaan di Muara sungai dimana keluarnya air sungai  dan masuknya air laut  akan mempertembungkan kedua arus lalu menjadi pecahan gelombang yang tidak menentu dan berbahaya jika bot tidak dapat dikawal terutama bot-bot  fiber. Sebab itu peristiwa bot tenggelam sering kita dengar apabila hendak masuk ke muara.

Pengalaman tahun 1992 ketika di muara Tg.Lembu pantai Sedeli  bagaimana bot fiber yang saya naiki  dilambung ombak 3 beradik,daripada peristiwa tersebut  saya ingin  berkongsi pengalaman yang dikaitkan dengan peristiwa dilalui  semasa berdepan dengan kejadian terhumban ke laut lalu  terselamat kerana  sempat memakai jaket keselamatan berbanding mereka yang enggan mengenakan jaket berkenaan ketika berada dalam bot.
Keselamatan yang diperoleh walaupun tidak 100 peratus pada  mereka yang memakai  jaket keselamatan ketika bertarung di permukaan laut, tetapi adalah lebih baik daripada mereka yang tidak memakainya. Daripada peristiwa yang berlaku ini  saya jadikan ingatan supaya rakan pancing mengambil kira soal keselamatan diri semasa pulang atau hendak keluar dari kawasan kuala atau muara. Tekong berpengelaman telah sedia maklum akan keadaan tersebut tetapi tekong muda yang kadang kala terlepas pandang, terlupa atas sebab-sebab tertentu.


Pengalaman ini dilalui sendiri oleh saya bersama 2 lagi rakan karib selepas bergerak pulang dari mengail seharian di perairan Sedeli, Johor. Keadaan air laut ketika itu sedang gerak surut,dengan pemanduan yang berhati-hati semasa melepasi beting pasir ,dari kejauhan telihat warna putih dimuara sungai ,terbayang ombak besar sedang melanda perairan Sedeli ketika itu. Dengan hati-hati bot fiber kami begerak memasuki kuala sungai Sedeli ,jelas terasa  bot terumbang-ambing dilambung ombak serta alun berarus hasil pecahan ombak.Tiba-tiba terasa bot kami dihempas pukulan  ombak dari belakang dengan kuat,seketika  bot kami begerak dengan laju kehadapan…                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       Tanpa disangka kemudian datang pula ombak kedua sehingga menenggelamkan bot fiber kami ,keadaan
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    Tanpa     
              
                                                                                                                     

menjadi cemas dimana masing-masing cuba menyelamatkan barang-barang didalam bot…Belum pun sempat mencapai barangan tersebut  datang pula ombak ketiga dan terus terbalikkan bot kami…    

Keadaan menjadi cemas apabila masing-masing terhumban kedalam laut,nasib kami  baik kerana sempat memakai jeket keselamatan tekala terlihat dari jauh warna putih disekitar kuala Sedeli sebelum keadaan tidak diingini berlaku. Masing-masing dari kami cuba mencapai sesuatu untuk menyelamatkan diri,dan langsung tak terfikir alatan mancing Cuma yang terlintas dibenak kepala hanyalah cuba menyelamatkan nyawa sendiri. Saya cuma dapat bergayut pada tong minyak yang telah hampir kosong  sementara 2 lagi rakan saya sempat berpaut pada bucu bot yang timbul dimana belakang bot telah tenggelam bebanan dari enjin,sebelum kami diselamatkan oleh sebuah bot pemancing lain yang secara kebetulan melalui arah pulang yang samajuga  selepas menjalankan aktiviti memancing .


Apa pun persediaan tidak memberi makna jika kita sendiri tidak mahu menggunakannya walaupun menyedari keselamatan nyawa ketika berada di laut, lautan bukan tempat untuk bermain atau boleh diajak berjanji.
Saya ingin berkongsi pengalaman pahit ini bersama dengan rakan pemancing   lain agar diamalkan dengan baik atau dijadikan pedoman,supaya dapat menggalakkan  pemancing memakai jaket keselamatan setiap masa walaupun waktu tidur dimana saya  sudah melalui pelbagai peristiwa di laut ,ketahuilah bahawa keselamatan diri perlu diutamakan daripada keselesaan. Tiada guna nya keselesaan sekiranya boleh mengundang bahaya yang datang secara tiba-tiba…
Jaket keselamatan tetap penting setiap kali turun memancing walaupun cuma memancing di kuala sungai. Segala keperluan  yang baik seperti jeket keselamatan tidak sukar untuk dperolehi dan ia tidak mengeluarkan belanja yang besar pun untuk dibeli, keyakinan dalam diri itu sendiri juga perlu ada.

 
Bagi nelayan atau warga pelaut yang sudah lama mengenal laut, muara sungai adalah kawasan paling utama diberikan perhatian sama ada keluar atau masuk. Bagi laut terbuka seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang dan perairan timur Johor, kuala sering terjadi malapetaka bot karam dan ada yang mengorbankan nyawa.

Terbaik untuk dilakukan oleh pemancing semasa berada dalam kawasan Zon Bahaya ini agar semua pemancing berada dalam keadaan bersedia dan berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.Sekali gus jadikan pedoman, kerana  pedoman adalah langkah terbaik dari sebarang kepercayaan. Justeru sifat ingat mengingatkan itu adalah satu amalan yang sangat baik untuk pemancing lakukan semasa berada dalam bot.   Bahaya yang akan datang adalah bahaya yang tidak diundang ,sering-sering lah mendengar ramalan cuaca dari media massa sebelum sampai pada tempat lokasi yang ingin dituju.  Berdoa kepada Allah untuk keselamatan itu paling baik untuk dilakukan. ingatlah keluarga tersayang dirumah...


Utamakan keselamatan dan selamat memancing.
dari Laman Pengail :zulkiffleeh