Ahad, 2 November 2014

TEKNIK MUDAH CARA IKAT MATA KAIL PANCING





Sering kali memancing bersama anak2 atau kawan2 yang baru belajar memancing atau cetek ilmu dalam dunia pancingan,pertanyaan pertama yang sering terkeluar dari mulut mereka "Macam mana nak ikat mata kail ni...Tolong"......















Jadi untuk keluaran  kali ini saya akan 
tunjukkan bagaimana teknik atau cara ikat mata kail pancing yang paling mudah.
Tentu pemancing-pemancing di luar sana sudah tahu kaedah atau cara ikat mata kail.
Tapi tidak semua ikatan mata kail diikat dengan betul dan kuat supaya ikan di pancing tak terlepas.

Seperti ikatan (gambar sebelah) sering saya ajar pada mereka yang baru belajar memancing kerana ia mudah dan kuat. 
Sebenarnya terdapat pelbagai Teknik ikatan mudah ringkas lagi kuat  cara mengikat mata kail.

1) Teknik ikatan yang ditunjukkan tadi adalah untuk mata kail yang mempunyai lubang mata.















2)Sementara mata kail yang tidak mempunyai lubang mata atau yang dipanggil mata kail 'rawai' teknik ikatan nya berlainan,ianya seperti gambar disebelah kiri....


 3) Di sini disertakan beberapa post cara ikat atau ikatan mata kail ianya juga sesuai untuk ikatan pada swivel @ cili , 
pada batu ladung 'buah' bercincin atau untuk ikatan serbaguna seperti mengikat tali sauh,tambat bot atau apa2 saja.

Disersertakan dengan gambar teknik dan cara ikat atau ikatan mata kail ringkas dan kuat.


















4) Untuk ikatan pada umpan tiruan seperti gewang,sesudu teknik nya seperti disebelah kanan bukan sahaja ringkas malah kekuatannya telah terbukti.








5)Bagi tali pancing utama yang pendek atau putus dan pemancing ingin menyambung tali tambahan,teknik ikatan untuk menyambung ditunjukkan di sebelah kiri dan kanan.







6) Mata kail "berkait' (matakail 2 mata) sering digunakan pada pemancing yang memperoleh ikan besar,kebiasaannya mereka menggunakan umpan ikan hidup atau umpan isi ikan.

Disini ditunjukkan cara ikatan mudah untuk dipraktikkan...


Penggunaan matakail 'berkait' amat berkesan 100% dimana ikan yang menyambar umpan hidup pasti sukar untuk melepaskan diri.


Andai menggunakan mata satu atau solo pasti bergini jadinya...kehampaan memihak pada kita.


7)Ada juga ikatan seperti Teknik pancingan pelampung ditunjukkan untuk pemancing pelajari.




Tak salah mencuba teknik atau cara ikat mata kail pancing yang lain jika anda sudah biasa dengan ikatan mata kail tertentu. Pastinya setiap ikatan mata kail pancing pasti ada lebih mudah, ada kekurangan dan pasti ada yang terbaik.



8)Akhir sekali ada juga kawan2 saya masih tidak tahu Teknik meletak umpan pada matakail,jadi sama2 kita kongsi teknik 'pangkuk' umpan pada matakail.



Inilah sahaja yang saya dapat berikan tentang cara ikat mata kail atau teknik ikatan mata kail untuk para pemancing di luar sana. Anda boleh cuba ikat mata kail mudah ini, jika ada kesempatan dan bandingkan yang mana lebih mudah dan terbaik.


 Dengan ikatan mata kail yang pelbagai pastinya memberikan kelebihan kepada pemancingan, teknik atau kaedah  ikatan ini mempunyai kelebihan masing masing. Jika anda sudah biasa dengan teknik ikatan tertentu anda boleh mencuba kaedah dan cara ikatan mata kail yang lain pula.

 Sekian sahaja untuk keluaran kali ini iaitu berkaitan cara mudah ikat mata kail mudah lagi ringkas, semoga ia bermanfaat untuk aktiviti memancing  diluar sana.

Selamat Memancing:Daripada Halaman Pengail Zulkiffleeh


Sabtu, 20 September 2014

MAKAN DITEMPAT BERHANTU

Pernahkah rakan Pengail merasai pengalaman pelik atau kejadian yang tak diingini berlaku  samada ketika memancing atau pulang dari memancing. Dipaparan kali ini ingin saya berkongsi pengalaman pelik iaitu singgah makan diwarung berhantu....

KISAH PERTAMA

Diawal tahun ini iaitu 2014 saya telah pergi memancing diJeti abang Aziz dekat pekan Api-api Pontian Johor, setelah beberapa jam memancing maka air laut mula kering dan tangkapan pun semakin kurang lalu kami seramai 4 orang mula kemas untuk pulang. Jam telah menunjukkan pukul 2 pagi dan perut dah mula terasa lapar, rakan saya menyarankan kami singgah makan jika terlihat warung.Dalam 1/2 jam perjalanan kami terlihat dari kejauhan cahaya warna-warni menandakan ada warung makan dihadapan,kami pun berhenti dan set pada meter kereta jarak warung itu dari tempat kami mula-mula keluar ke jalan besar.

Warung makan itu sungguh unik bagai berada dikampung pendalaman Indonesia dimana tiang-tiangnya dari buluh dan dindingnya dari anyaman buluh,
sementara orang-orang yang berada disitu berkopiah dan berserban putih,rata-rata wanita dan lelaki berpakaian putih serta diiring dengan lagu bacaan Al-Quran. Kerana lapar kami kurang ambil perhatian keadaan sekeliling walaupun kami rasa seperti diperhatikan atas-bawah oleh mereka.

Setelah pesanan diambil dan hidangan sampai kami makan dengan berselera sekali,tidak pernah saya dan kawan-kawan menikmati hidangan selazat ini dan selepas selesai kami meneruskan perjalanan pulang dan berjanji akan kewarung itu lagi dilain masa.

2 minggu kemudian kami mancing lagi diJeti abang Aziz dan selepas air laut surut kami bergegas pulang dan merancang untuk singgah diwarung kemarin. Setelah sampai ditempat kawasan warung itu kami dapati tiada kelibat warung makan pun,beberapa kali saya pusing mencari warung tersebut tapi tidak kelihatan....yang ada adalah pokok kapas besar pemeluk dan waktu baru menunjukkan jam 10 malam.

Kami tertanya-tanya mana warung makan itu?adakah kemarin kami berada dialam BUNIAN....

KISAH KEDUA

Seharian isteri dan anak dara ku pergi krusus IKS ,maka petangnya ambil mereka dan merancang utuk singgah makan diBISTRO TNB tapi Bistro masih belum buka lalu anak dara ku cadangkan satu tempat iaitu warung Bakso dikawasan jirat cina dikuaters LLN iaitu dijalan kebun Teh lama.

Dengar saja jirat cina anak aku yang kecil dan isteri enggan pergi tapi aku yang suka cabaran mula cakap besar dimana tidak takut akan hantu cina.Walaupun semasa sekolah SSI dulu aku akan melalui jirat cina dan pernah sekali petik bunga cina mati dan berikan pada gadis sekelas tapi selepas ia simpan bunga tersebut tiba-tiba ia HISTRIA meracau-racau sehingga terpaksa panggil Ustaz untuk pulihkan dia dan perhubungan kami terputus disebabkan kejadian itu gara-gara bunga cina mati

Bersambung semula...Sesampai saja dikampung setinggan jirat cina itu kami melilau-lilau mencari warung Bakso tersebut tapi tidak ketemu,dikiri kanan jalan bersepah dengan jirat-jirat lama sungguh menyeramkan..seorang kanak-kanak menunjukkan tempat warung Bakso tersebut dan ketemu juga akhirnya.

Kedudukan warung makan itu sungguh menyeramkan dimana kiri-kanannya terdapat jirat-jirat lama dalam hati tertanya"kenapalah dibuatnya warung bersebelahan dengan jirat..." Kalau datang malam tentu menyeramkan dimana terdapat pokok ara yang akarnya terjuntai..

Sungguh sedap dan lazat hidangan nya terutama sate Madura nya,besar macam sate lilit dan terasa jus dagingnya.Selepas ingin pulang saya bergurau tentang keadaan jirat yang ada disekeliling

Selepas pulang,terlupa basuh kaki terus baring-baring dan malamnya terus tidur tiba-tiba....terlihat seperti berada dipokok ara siang tadi,dari kejauhan terlihat banyak tanglung-tanglung diatas pokok tiba-tiba terpandang diatas pokok ara tu banyak kelibat kain putih,


setelah diamati betul-betul rupanya Hantu Langsiur atau Hantu cina....Aku cuba lari tapi tiba-tiba tangan aku telah dipegang orang,aku toleh rupa-rupanya Hantu Jepun..."Bagero...Kepala Potong..."

Aku meronta-ronta kemudian aku baca beberapa potong ayat al-Quran tapi tak dapat abiskan ayat-ayat itu  seram sejuk mula dirasai...aku buka mata rupanya aku berada dirumah. 


Keadaan dalam bilik gelap tiba-tiba dihadapan pintu bilik aku  seperti kelibat lembaga sesuatu, diamati...macam susuk Hantu Jepun...,
terus aku selubung dengan selimut kerana ketakutan, dari celah-celah aku dapat lihat tanglung-tanglung berada disekitar bilik aku....sampai siang aku tak dapat lelapkan mata kerana bawa balik Hantu Jepun

Daripada:zulkiffleeh 

Selasa, 5 Ogos 2014

SESAT DIHUTAN KETIKA MENCARI EMAS (BAHAGIAN 1)

Sempena bulan Syawal ni hidangan juadah tradisi adalah ketupat,Teringat pesanan orang tua-tua "potong ketupat usah dilerai anyamannya nanti SESAT dihutan" dan ada pula berpesan "jangan masuk dalam jala,karang sesat dihutan nanti" dan ada pelbagai ungkapan atau pesanan orang terdahulu agar pantang larang yang berkaitan dengan SESAT DIHUTAN.

Sesat sering berlaku semasa mencari jalan keluar dari lokasi memancing terutama dilombong tinggal,tasik atau dalam hutan,diruangan ini ingin saya berkongsi pengalaman bersama rakan pengail agar dapat dijadikan petua atau panduan ketika alami setuasi sedemikian.

Sekitar tahun 80'an Johor dikejutkan pertemuan EMAS tulen didaerah Mersing,dan semasa menetap disana sarahidup pendapatan kami sekeluarga adalah dengan 'mendulang emas'. Memang diakui hasil bumi Mersing memang terdapat emas asli dan purata warga tempatan 'mendulang emas' merupakan sumber pendapatan sampingan.

Nak dijadikan cerita suatu hari GRUP kami berupa 7orang telah mendapat satu peta yang diperoleh dari sesaorang yang telah menandakan lokasi EMAS 5 BINTANG iaitu disekitar 'alur' Gunung Arong. Antara kami ada yang pakar mencari 'alur sungai mati' yang terdapat emas tulen didasarnya. Akibat terlalu ghairah ingin memperoleh LUBUK emas sehingga kami terlupa beberapa persiapan untuk meredah hutan.

Setelah diadakan sesi perbincangan dan esoknya berkumpul di lokasi pertemuan serta kami memberi tugas masing-masing akhirnya kumpulan kami meredah hutan Gunung Arong yang asing bagi kami....

Satu demi satu alur sungai mati  yang kami temui akan kami gali bersama bagi mencari "BAKA" (bukti terdapat)emas asli dan kami tanda setiap alur yang mempunyai BAKA terbanyak ini bagi rujukan kami mana yang mempunyai BINTANG terbaik.

Tanpa disedari telah masuk jam 4 petang akhirnya kami sepakat berkemas untuk pulang kerana bekalan yang kami bawa cukup untuk hari itu saja. Masing-masing merasa bersemangat untuk pulang dan akan datang semula kelokasi yang ditanda dengan membawa bekalan untuk seminggu.

Kami berjalan mengekori jurupandu dihadapan iaitu rakan kami seorang warga Indon bernama Adi yang akui berpengalaman dan sering mencari tempat baru didalam hutan...TETAPI mengapa telah hampir 1 jam berjalan kami masih tak keluar-keluar lagi kejalan besar? SAH kami telah sesat.....


Dua tiga kali kami akan berpusing ditempat yang sama,CANTAS ranting renek akhirnya temui ranting yang sama juga.TAKIK batang pokok sebagai tanda tetapi kami akan lihat tempat yang kami takik tadi,LALUI jalan kanan bukit akhirnya akan lalui tempat tadi, PUSING jalan kiri juga kami temui jalan yang asal tadi, akhirnya kami berpakat apa yang perlu dibuat.

Salah seorang rakan kami 'Ah Yan dan Lo Kap' akui pernah bekerja sebagai penebang balak bersama orang asli dan menyarankan agar kami ikut petua nya,iaitu 'cari akar berjuntai,lalu belah kepada dua bahagian dan kami harus melalui dicelah belahan tadi'. Demi ingin balik kami ikut petua yang mengarut itu tetapi keadaan masih tetap sama dimana kami masih lalui dilokasi yang sama.

Seorang lagi rakan bernama 'Ramli' mengakui bahawa ia bekas KOMANDO...ingin kami mengikut caranya iaitu dengan melihat kedudukan MATAHARI.alahai...mana nak lihat kedudukan matahari pada waktu begini? dimana keadaan hutan akan lebih gelap walau jam baru pukul 5 petang,suasana macam hampir Maghrib. Akhir nya kami berpakat kami harus bermalam dihutan!!!!!...

Bersambung pada keluaran akan datang 

 http://zulkiffleeh.blogspot.com/2014/08/sesat-di-hutan-ketika-mencari-emas.html 

 bagaimana kami mengalami pengalaman bermalam didalam hutan dan pahit-manisnya ketika alami  SESAT dihutan... Taip disini "SESAT "(bhg ke2)


Daripada Halaman Pengail:Zulkiffleeh