Selasa, 5 Ogos 2014

DI SESAT PENUNGGU HUTAN KETIKA MENCARI EMAS (BAHAGIAN 2)


 Bersambung pada keluaran lepas...

Bahagian pertama "klik sini"

Setelah gagal mencari jalan keluar untuk pulang dan hari pula semakin gelap, akhir nya kami berpakat kami harus bermalam dihutan.Tanpa banyak soal kami semua akur dan kami berpakat apa yang harus dibuat,masing-masing diberi tugas...


Ada yang cari kayu untuk dibuat RAN atau pondok tinggi,kerana sebentar tadi semasa lalui sebatang pokok besar (lebih kurang 10 pemeluk)kami temui bangkai landak yang baru dibaham HARIMAU. Ada yang cari akar kayu atau rotan untuk dibuat tali,ada yang mencari DAUN PAYUNG untuk buat atap dan juga sebagai 'selimut' kami (kerana masing-masing ada yang bercelana pendek atau berlengan 'singlet')dan ada yang ditugaskan mencari kayu api.




Kami mencari Banir pokok mati ditapak perkhemahan kami kerana kami akan buat unggun api yang boleh bertahan sepanjang malam.Kedudukanya pula behampiran anak sungai kecil dimana airnya jernih untuk diminum,dan kami masak air menggunakan buluh. Soal makan memang kami kelaparan kerana ada yang bawa bekalan nasi lemak atau kueh untuk alas perut saja tadi,

 Jadi... untuk makanan saya sering cantas umbut bayas untuk dimakan sambil mengunyah pucuk 'tongkat ali' bagi tambah stamina.

Bermalam dihutan sememangnya menyeramkan,apa tidaknya...dahlah gelap-gulita dengan bunyi yang pelik-pelik lagi menakutkan, lebih sengsara diserang dengan gigitan nyamuk hutan yang memeritkan tidak seperti nyamuk rumah yang cuma gatal sahaja.


 Sejuk dan dinginnya mencengkam tulang, kami terpaksa tidur rapat-rapat kerana kesejukan.Dari kejauhan bunyi engin lori dapat didengari menandakan kumpulan kami berada jauh kedalam hutan.

Dalam keadaan kesejukan dan serangan nyamuk bertalu-talu kami dikejutkan dengan NGAUMAN harimua yang saya rasa cuma beberapa meter saja dengan tempat  RAN kami,tak mustahil kalau ia lompat atau panjat pondok kami,masing-masing dari kami memegang parang walau ianya tak berkesan untuk mencederakan harimau itu.

 Akhirnya saya teringat dalam beg sandang saya ada 2botol bahan letupan seperti mercun iaitu botol 100plus + karbaid, lalu saya masukan sedikit air didalamnya lalu ketatkan penutupnya kemudian lontar kearah bunyi ngauman tadi....sebentar dalam beberapa saat satu bunyi letupan "KEBOOM"seperti Meriam menggegarkan keheningan malam dan kami dengar seperti bunyi larian menjauh kearah kami...LEGA.

Jam 4pagi sekali lagi saya lontarkan letupan tadi bagi menghalau Sang Harimau atau binatang buas yang ada berdekatan.

Sebelum matahari terbit riuh rendah dengan bunyi cicipan unggas....

Menjelang terbit matahari kami telah berjalan meredah anak sungai kerana seorang Rakan bernama 'Awang Liku' ingin kami mengikut arahannya walau ia bukan ketua dalam pasukan kami,rancangan yang elok mungkin ada baiknya,maka kami susuri anak sungai...

sehingga tengahari kedudukan kami semakin rumit dimana kami terpaksa meredah duri pandan yang penuh ranjau. Akhirnya kami berhenti kerana dari kejauhan kami lihat paya pandan terbentang luas,bagaimana harus kami laluinya?kami buat keputusan batalkan perjalanan kepaya pandan yang berduri itu.

Kini tibalah giliran saya untuk mengeluarkan pendapat setelah masing-masing buntu mencari jalan keluar.Maka saya menyarankan kami memanjat bukit tinggi dan menyusuri tebing-tebing diatasnya. Walaupun beresiko masing-masing setuju mengikut cadangan saya itu,maka kami mencari bukit tinggi dan memanjat keatas,akibat kepenatan dan kelaparan ada antara kami terpaksa membuang alatan menggali emas dan perjalanan kami memakan masa seharian, adakah menuju kematlamat atau semakin jauh kehutan Kahang?
 


Sehinggalah ada seorang rakan bernama Emy kepenatan minta berhenti untuk buang air ,tanpa diduga ia seperti terlihat susuk saya di belakangnya sedangkan saya mengemudi dihadapan!!!..SIAPA kah tubuh itu? lalu ia menghampiri saya dan berbisik tentang kelibat tadi...
Seperti satu tamparan saya mula tersedar...rupanya kami semuanya telah diSESATkan oleh Penunggu Hutan!!!.Patutlah kami asyik berpusing-pusing sekitar bukit itu???

Terlintas dikepala saya cerita pelik semasa saya memancing dengan abang-abang saya diSungai Redan NAM HENG....Lalu saya minta rakan-rakan yang lain tunggu dan jangan bertanya atau menjawab apa yang akan saya buat sebentar nanti. Saya tinggalkan mereka sebentar lalu saya BERWUDUK lalu saya AZAN sekuat-kuat hati sebanyak 3x....tiba-tiba...

Saya terpandang tiang penanda pegawai perhutanan iaitu 'Boundri' yang bercat kuning serta laluan jalan walaupun terdapat tumbuhan renek tetapi boleh cam yang ia berupa jalan lama... Akhirnya saya memaklumkan pertemuan jalan pulang kepada rakan-rakan yang lain,

Syukur akhirnya kami berjaya sampai ditempat pertemuan kami berkumpul kemarin dan tak lama kemudian kami lihat beberapa anggota polis dan Rela menghampiri kami bertanya hal kejadian serta memberi kami makanan kepada kami yang sedang kelaparan.

Untuk panduan dan seandainya ada rakan pemancing yang mengalami situasi seperti saya tadi bolehlah menggunakan sedikit kaedah mudah iaitu:
1-pemancing harus membuat tanda pada batang pokok besar atau pokok yang boleh dilihat dengan jelas diwaktu siang.Tanda yang perlu dipaparkan seperti arah anak panah mengukir atau menanda pada ranting kayu.
2- Mematahkan ranting pokok renek dan bahagian yang tumbang menghala arah perjalanan kita atau tanda arah dimana mereka datang.
3-atau satu lagi cara dengan mengikat tali atau kain perca yang jelas boleh dilihat pada batang pokok atau ranting.
4-Jangan panik...tanda keluar sudah pasti akan kita gunakan untuk jalan yang kita masuk tadi.
5-Sesekali usah berpecah dari kumpulan jika ianya berlaku pasti akan mengundang sesat yang berterusan.
6-Cari lokasi tinggi seperti bukit atau pokok bagi mengenal pasti kedudukan arah pulang. Akhir sekali sentiasa ingat kepadaNYA agar dapat perlindungan dariNYA.

Sekian bagi tatapan umum
Daripada Halaman Pengail :Zulkifleeh



Rabu, 30 April 2014

"MENEKUT' ATAU MEMANCING WAK-WAK




Mengail bukan sahaja boleh diketogorikan mengumpan bagi mendapatkan hasil tangkapan samada berupa ikan,haiwan,unggas atau apa sahaja makhluk termasuk manusia,dan mengail bukan sahaja menggunakan joran tetapi boleh menggunakan jaring dan penggunaan umpan bukan sahaja
 penggunaan isi berinti pada matakail malah bunyi-bunyian juga boleh dijadikan umpan tangkapan.
Kali ini saya ingin bercerita tentang memancing Wak-wak atau menjerat burung Ruak-ruak. 
Burung Ruak-Ruak atau juga dipanggil Burung Wak-wak   atau nama sainsnya Amaurornis phoenicurus .
Burung wak-wak dewasa kebanyakannya mempunyai warna kelabu gelap
 pada bahagian belakang dan sisi, 
dan kepala, leher dan dada putih.


Bahagian perut dan bawah ekor bewarna perang cerah Burung ini biasa terdapat berhampiran penempatan manusia tetapi amat sukar dilihat kerana ia akan terbang atau berlari menyorok apabila menyedari manusia menghampirinya.Anak burung bewarna hitam yang dapat dilihat apabila dibawa melintas jalan.

Burung ini menggunakan paruh dalam lumpur dan air berlumpur, juga memagut makanan yang dilihat. Ia makan serangga, ikan kecil, dan biji benih. 
Ia merayau mencari makan di tanah atau di semak samun dan tumbuhan renek.
Burung Wak-wak mudah dilihat dikawasan terbuka atau berpaya.

 Ia merupakan burung yang bising, terutamanya pada waktu subuh dan maghrib,
 dengan bunyi panggilan kuak,kuak yang kuat
Cara menangkapnya juga berbeza, antara cara menjeratnya teknik 'Serkup Jaring' dimana kita kena cari buluh dua batang,pacak agak2 tiga depa,
Kemudian pasang jaring dan digantung botol yang dibubuh air.
Bila burung wak2 langar kita lepaslah tali tu supaya burung wak2 tergumpal didalam jaring 
Ada juga pencari wak-wak menangkap burung tersebut menggunakan kaedah jerangkap,dimana 'sawar' atau
 'Belat'dipasang bagi laluan wak-wak ke jerangkap 'Racik' yang dipasang dipenghujung pintu 'belat/sawar'.


Rakaman bunyi wak-wak dipasang bagi tarikan burung tersebut ke perangkap.
Ada juga teknik menjerat wak-wak dengan meletakkan kail disepanjang paya. 
Beberapa kail seperti 'tajor' digunakan dengan berumpankan anak2 ikan parit,cara ini amat tragis dimana burung wak-wak akan memakan umpan yang mempunyai mata kail...
akibatnya matakail akan tersekat dileher wak-wak, sadis,sadis...

Kebiasaannya .Cara menangkapnya ialah dengan meniup pipit pada waktu malam 
dimana penggunaan 'jaring' kerap digunakan bagi menangkap burung wak-wak sambil dialunkan dengan bunyi menekut serunai atau 
dipanggil 'pipit' memanggil berturut-turut..


 Jaring akan dipasang dikawasan lapang pada waktu petang berbentuk 'L' atau memanjang,dengan menggunakan tiang atau galah yang panjang dalam 20kaki.Jaring berkocek digunakan agar burung yang tersangkut akan terkurung dalam 'kocek' jaring.
Memanggil menggunakan serunai atau pipit pada waktu malam agar burung
 tidak melihat kelibat jaring yang berwarna hitam,
sementara peniup serunai duduk macam 'tok dalang' dihadapan jaring memanggil berturut-turut.
 2 hingga 3 orang diperlukan untuk menjerat burung ini,2 peniup serunai diperlukan dimana jika
 sahutan wak-wak semakin hampir seorang lagi akan meniup dengan pantas agar wak-wak 'terpukau' untuk menghampiri bunyi spesisnya yang pelik itu lalu tesangkut dijaring.
Seorang lagi akan melepaskan burung yang tersangkut pada jaring agar burung lain tidak lari dari menghampiri perangkap.

Ada cerita pelik tentang pengalaman menangkap burung wak-wak ini ....
CERITA PERTAMA-
Semasa remaja ada jiran sebelahan bermain serunai atau pipit  tetapi berbunyi pelik "kuak,kuak (berturut2) kuakkkk......"tergerak hati untuk mengetahuinya. Jiran memberitahu fungsi serunai tersebut lalu mempelawa saya merasai pengalaman menangkap burung wak-wak bersamanya malam itu.
Selepas hampir tengah malam seekor pun burung wak-wak tak mahu datang malah sahut bunyi pun tidak, lalu jiran saya bertanya "semasa kau ikut tadi,
ada tak kau baca apa-apa ayat?..." 

Saya berkata memang ada maka ia berpesan "lain kali kalau ikut MENEKUT jangan baca apa-apa kerana kita memanggil SYAITAN"....(meremang bulu tengkuk)

CERITA KEDUA-
Ada sekali saya mengikuti jiran saya tadi  MENEKUT telah diganggu dengan bunyi pelik,
bunyi seolah-olah bunyi kucing,kadang-kadang bunyi nyaring Helang dan seolah-olah bunyi hilaian sedih.
Tak semena-mena terlihat kelibat warna putih beralun ,berlegar-legar terbang diatas jaring....

suasana masa itu gelap cuma sedikit disinari cahaya bulan. Sambil berbisik jiran saya mengajak saya beredar perlahan-lahan tanpa mengemas jaring yang telah dipasang.Sesampai didalam kereta,jiran saya memberitahu bahawa bunyi yang didengari diatas pokok tadi adalah bunyi hilaian LANGSIUR....

dan kelibat kain putih yang bermain diatas jaring tadi adalah makhluk HANTU KELAMBU...(menyeramkan) Keseokan harinya barulah kami mengemas jaring tersebut.


CERITA KETIGA-
Telah banyak kali saya perolehi wak-wak yang dijaring ,kebiasaannya hasil yang diperolehi dalam 3-4 ekor semalam dan pernah sekali dalam sejarah menekut burung
 wak-wak kami memperolehi hasil yang amat banyak sekali.

Mulanya hari pertama hasil wak-wak cuma 3 ekor sahaja,dan dari kejauhan bunyi wak-wak disebelah hujung bukit masih galak bersahutan.

Keesokkan malam harinya kami ketempat semalam,kali ini hasil diperloehi bertambah 3X ganda dan bunyi sahutan wak-wak makin galak kedengaran. 
Kami ulangi lagi untuk hari yang ketiga berturut-turut,kali ini bunyi wak-wak amat bising didengari diatas langit.

TIBA_TIBA.......kami melihat segerombolan awan hitam melanggar jaring kami,kemudian kami dapati jaring kami bergegar kuat seolah-olah dilanda gempa,lalu kami melihat jaring kami dipenuhi dengan spesis burung
 WAK_WAK.....

Serta-merta jiran saya mengarahkan saya dan anaknya menggulung sahaja jaring yang
 dipenuhi dengan burung wak-wak  tadi dan menjerit segera pulang balik kerana apa yang kami lihat iaitu 
awan hitam yang berupa gerombolan awan hitam tadi memenuhi atas langit tempat kami
 menekut tadi.
Kami bernasib baik kerana segera pulang dari terima musibah,jika tidak pasti 
keesokan harinya akhbar akan memaparkan tentang KEHILANGAN 3 PENEKUT WAK-WAK.

Begitulah cerita tentang Burung Wak-wak yang telah semakin hilang dari pengetahuan generasi moden dan yang saya ketahui dan cerita misteri yang pernah saya alami sepanjang menjadi 
Pengail dan juga pemanggil burung wak-wak,semoga ia menjadi ilmu dan pedoman pada rakan pengail.

Wallahualam...