Sempena bulan Syawal ni hidangan juadah tradisi adalah ketupat,Teringat pesanan orang tua-tua "potong ketupat usah dilerai anyamannya nanti SESAT dihutan" dan ada pula berpesan "jangan masuk dalam jala,karang sesat dihutan nanti" dan ada pelbagai ungkapan atau pesanan orang terdahulu agar pantang larang yang berkaitan dengan SESAT DIHUTAN.
Sesat sering berlaku semasa mencari jalan keluar dari lokasi memancing terutama dilombong tinggal,tasik atau dalam hutan,diruangan ini ingin saya berkongsi pengalaman bersama rakan pengail agar dapat dijadikan petua atau panduan ketika alami setuasi sedemikian.
Sekitar tahun 80'an Johor dikejutkan pertemuan EMAS tulen didaerah Mersing,dan semasa menetap disana sarahidup pendapatan kami sekeluarga adalah dengan 'mendulang emas'. Memang diakui hasil bumi Mersing memang terdapat emas asli dan purata warga tempatan 'mendulang emas' merupakan sumber pendapatan sampingan.
Nak dijadikan cerita suatu hari GRUP kami berupa 7orang telah mendapat satu peta yang diperoleh dari sesaorang yang telah menandakan lokasi EMAS 5 BINTANG iaitu disekitar 'alur' Gunung Arong. Antara kami ada yang pakar mencari 'alur sungai mati' yang terdapat emas tulen didasarnya. Akibat terlalu ghairah ingin memperoleh LUBUK emas sehingga kami terlupa beberapa persiapan untuk meredah hutan.
Setelah diadakan sesi perbincangan dan esoknya berkumpul di lokasi pertemuan serta kami memberi tugas masing-masing akhirnya kumpulan kami meredah hutan Gunung Arong yang asing bagi kami....
Satu demi satu alur sungai mati yang kami temui akan kami gali bersama bagi mencari "BAKA" (bukti terdapat)emas asli dan kami tanda setiap alur yang mempunyai BAKA terbanyak ini bagi rujukan kami mana yang mempunyai BINTANG terbaik.
Tanpa disedari telah masuk jam 4 petang akhirnya kami sepakat berkemas untuk pulang kerana bekalan yang kami bawa cukup untuk hari itu saja. Masing-masing merasa bersemangat untuk pulang dan akan datang semula kelokasi yang ditanda dengan membawa bekalan untuk seminggu.
Kami berjalan mengekori jurupandu dihadapan iaitu rakan kami seorang warga Indon bernama Adi yang akui berpengalaman dan sering mencari tempat baru didalam hutan...TETAPI mengapa telah hampir 1 jam berjalan kami masih tak keluar-keluar lagi kejalan besar? SAH kami telah sesat.....
Dua tiga kali kami akan berpusing ditempat yang sama,CANTAS ranting renek akhirnya temui ranting yang sama juga.TAKIK batang pokok sebagai tanda tetapi kami akan lihat tempat yang kami takik tadi,LALUI jalan kanan bukit akhirnya akan lalui tempat tadi, PUSING jalan kiri juga kami temui jalan yang asal tadi, akhirnya kami berpakat apa yang perlu dibuat.
Salah seorang rakan kami 'Ah Yan dan Lo Kap' akui pernah bekerja sebagai penebang balak bersama orang asli dan menyarankan agar kami ikut petua nya,iaitu 'cari akar berjuntai,lalu belah kepada dua bahagian dan kami harus melalui dicelah belahan tadi'. Demi ingin balik kami ikut petua yang mengarut itu tetapi keadaan masih tetap sama dimana kami masih lalui dilokasi yang sama.
Seorang lagi rakan bernama 'Ramli' mengakui bahawa ia bekas KOMANDO...ingin kami mengikut caranya iaitu dengan melihat kedudukan MATAHARI.alahai...mana nak lihat kedudukan matahari pada waktu begini? dimana keadaan hutan akan lebih gelap walau jam baru pukul 5 petang,suasana macam hampir Maghrib. Akhir nya kami berpakat kami harus bermalam dihutan!!!!!...
Bersambung pada keluaran akan datang
http://zulkiffleeh.blogspot.com/2014/08/sesat-di-hutan-ketika-mencari-emas.html
bagaimana kami mengalami pengalaman bermalam didalam hutan dan pahit-manisnya ketika alami SESAT dihutan... Taip disini "SESAT "(bhg ke2)
Daripada Halaman Pengail:Zulkiffleeh
Bersambung pada keluaran lepas...
Bahagian pertama "
klik sini"
Setelah gagal mencari jalan keluar untuk pulang dan hari pula semakin gelap, akhir nya kami berpakat kami harus bermalam dihutan.Tanpa banyak soal kami semua akur dan kami berpakat apa yang harus dibuat,masing-masing diberi tugas...
Ada yang cari kayu untuk dibuat RAN atau pondok tinggi,kerana sebentar tadi semasa lalui sebatang pokok besar (lebih kurang 10 pemeluk)kami temui bangkai landak yang baru dibaham HARIMAU. Ada yang cari akar kayu atau rotan untuk dibuat tali,ada yang mencari DAUN PAYUNG untuk buat atap dan juga sebagai 'selimut' kami (kerana masing-masing ada yang bercelana pendek atau berlengan 'singlet')dan ada yang ditugaskan mencari kayu api.
Kami mencari Banir pokok mati ditapak perkhemahan kami kerana kami akan buat unggun api yang boleh bertahan sepanjang malam.Kedudukanya pula behampiran anak sungai kecil dimana airnya jernih untuk diminum,dan kami masak air menggunakan buluh. Soal makan memang kami kelaparan kerana ada yang bawa bekalan nasi lemak atau kueh untuk alas perut saja tadi,
Jadi... untuk makanan saya sering cantas umbut bayas untuk dimakan sambil mengunyah pucuk 'tongkat ali' bagi tambah stamina.
Bermalam dihutan sememangnya menyeramkan,apa tidaknya...dahlah gelap-gulita dengan bunyi yang pelik-pelik lagi menakutkan, lebih sengsara diserang dengan gigitan nyamuk hutan yang memeritkan tidak seperti nyamuk rumah yang cuma gatal sahaja.
Sejuk dan dinginnya mencengkam tulang, kami terpaksa tidur rapat-rapat kerana kesejukan.Dari kejauhan bunyi engin lori dapat didengari menandakan kumpulan kami berada jauh kedalam hutan.
Dalam keadaan kesejukan dan serangan nyamuk bertalu-talu kami dikejutkan dengan NGAUMAN harimua yang saya rasa cuma beberapa meter saja dengan tempat RAN kami,tak mustahil kalau ia lompat atau panjat pondok kami,masing-masing dari kami memegang parang walau ianya tak berkesan untuk mencederakan harimau itu.
Akhirnya saya teringat dalam beg sandang saya ada 2botol bahan letupan seperti mercun iaitu botol 100plus + karbaid, lalu saya masukan sedikit air didalamnya lalu ketatkan penutupnya kemudian lontar kearah bunyi ngauman tadi....sebentar dalam beberapa saat satu bunyi letupan "KEBOOM"seperti Meriam menggegarkan keheningan malam dan kami dengar seperti bunyi larian menjauh kearah kami...LEGA.
Jam 4pagi sekali lagi saya lontarkan letupan tadi bagi menghalau Sang Harimau atau binatang buas yang ada berdekatan.
Sebelum matahari terbit riuh rendah dengan bunyi cicipan unggas....
Menjelang terbit matahari kami telah berjalan meredah anak sungai kerana seorang Rakan bernama 'Awang Liku' ingin kami mengikut arahannya walau ia bukan ketua dalam pasukan kami,rancangan yang elok mungkin ada baiknya,maka kami susuri anak sungai...
sehingga tengahari kedudukan kami semakin rumit dimana kami terpaksa meredah duri pandan yang penuh ranjau. Akhirnya kami berhenti kerana dari kejauhan kami lihat paya pandan terbentang luas,bagaimana harus kami laluinya?kami buat keputusan batalkan perjalanan kepaya pandan yang berduri itu.
Kini tibalah giliran saya untuk mengeluarkan pendapat setelah masing-masing buntu mencari jalan keluar.Maka saya menyarankan kami memanjat bukit tinggi dan menyusuri tebing-tebing diatasnya. Walaupun beresiko masing-masing setuju mengikut cadangan saya itu,maka kami mencari bukit tinggi dan memanjat keatas,akibat kepenatan dan kelaparan ada antara kami terpaksa membuang alatan menggali emas dan perjalanan kami memakan masa seharian, adakah menuju kematlamat atau semakin jauh kehutan Kahang?
Sehinggalah ada seorang rakan bernama Emy kepenatan minta berhenti untuk buang air ,tanpa diduga ia seperti terlihat susuk saya di belakangnya sedangkan saya mengemudi dihadapan!!!..SIAPA kah tubuh itu? lalu ia menghampiri saya dan berbisik tentang kelibat tadi...
Seperti satu tamparan saya mula tersedar...rupanya kami semuanya telah diSESATkan oleh Penunggu Hutan!!!.Patutlah kami asyik berpusing-pusing sekitar bukit itu???
Terlintas dikepala saya cerita pelik semasa saya memancing dengan abang-abang saya diSungai Redan NAM HENG....Lalu saya minta rakan-rakan yang lain tunggu dan jangan bertanya atau menjawab apa yang akan saya buat sebentar nanti. Saya tinggalkan mereka sebentar lalu saya BERWUDUK lalu saya AZAN sekuat-kuat hati sebanyak 3x....tiba-tiba...
Saya terpandang tiang penanda pegawai perhutanan iaitu 'Boundri' yang bercat kuning serta laluan jalan walaupun terdapat tumbuhan renek tetapi boleh cam yang ia berupa jalan lama... Akhirnya saya memaklumkan pertemuan jalan pulang kepada rakan-rakan yang lain,
Syukur akhirnya kami berjaya sampai ditempat pertemuan kami berkumpul kemarin dan tak lama kemudian kami lihat beberapa anggota polis dan Rela menghampiri kami bertanya hal kejadian serta memberi kami makanan kepada kami yang sedang kelaparan.
Untuk panduan dan seandainya ada rakan pemancing yang mengalami situasi seperti saya tadi bolehlah menggunakan sedikit kaedah mudah iaitu:
1-pemancing harus membuat tanda pada batang pokok besar atau pokok yang boleh dilihat dengan jelas diwaktu siang.Tanda yang perlu dipaparkan seperti arah anak panah mengukir atau menanda pada ranting kayu.
2- Mematahkan ranting pokok renek dan bahagian yang tumbang menghala arah perjalanan kita atau tanda arah dimana mereka datang.
3-atau satu lagi cara dengan mengikat tali atau kain perca yang jelas boleh dilihat pada batang pokok atau ranting.
4-Jangan panik...tanda keluar sudah pasti akan kita gunakan untuk jalan yang kita masuk tadi.
5-Sesekali usah berpecah dari kumpulan jika ianya berlaku pasti akan mengundang sesat yang berterusan.
6-Cari lokasi tinggi seperti bukit atau pokok bagi mengenal pasti kedudukan arah pulang. Akhir sekali sentiasa ingat kepadaNYA agar dapat perlindungan dariNYA.
Sekian bagi tatapan umum
Daripada Halaman Pengail :Zulkifleeh